22 Jan 2010 @ 3:01 PM 

  KUALA KUBU BHARU: Pertemuan kali pertama mengundang padah apabila seorang remaja bawah umur dirogol lelaki baru dikenalinya.

Lebih malang lagi, mangsa yang berusia 14 tahun itu bukan saja menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit, malah turut dirogol abang kenalan barunya di sebuah rumah di Kampung Bilal, Hulu Bernam di sini.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata kejadian berlaku jam 9 pagi Ahad lalu selepas mangsa dipelawa keluar untuk bersarapan.

“Mangsa pada mulanya didatangi sahabatnya yang meminta hutang RM20 di rumahnya di Felda Sungai Behrang jam 7.45 pagi. Pada masa yang sama kawannya itu membawa seorang lagi rakan lain.

“Selepas membayar hutang, rakan kepada kawan lelakinya itu mengajak mangsa bersarapan dan pelawaan itu diterima,” katanya.

Norel berkata, mangsa diajak ke rumah kenalan barunya itu dengan alasan mengambil barang, namun dia dipaksa melakukan hubungan seks.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 22 Jan 2010 @ 03:01 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 06 Jan 2010 @ 2:05 AM 

Empat beranak dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang terletak bersebelahan di Kampung Batang Rokan, kira-kira enam kilometer dari sini, Selasa.

Mereka ialah imam masjid kampung berkenaan, Atan Daud, 90, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khatijah Ismail, 22.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata mayat keempat-empat mereka ditemui pada kira-kira pukul 3.30 petang oleh adik Siti Khatijah yang baru pulang dari sekolah. “Tiga mayat ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah imam itu manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

“Mayat Ismail Awang ditemui dalam keadaan putus kepala sementara anaknya Siti Khadijah ditemui dengan pisau masih terpacak di dada manakala Atan dan Sutiah ditemui dengan kesan tetakan pada tangan, seolah-olah mempertahankan diri dari serangan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Jan 2010 @ 08:48 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 05 Jan 2010 @ 9:45 AM 
Bunuh Tebusan: Nelayan Diperintah Bela Diri
KUANTAN, 4 Jan (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini Isnin memerintahkan seorang nelayan membela diri terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita yang didakwa diculiknya empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Sulaiman Hamat, 39.
Mariana menetapkan esok sehingga Jumaat ini untuk Sulaiman mengemukakan kenyataan bela diri.
Sulaiman didakwa membunuh Wong Geet Yin, 50, seorang peniaga, antara 9 pagi 22 Mei dan 7 malam 29 Mei 2006 di kawasan belukar Kampung Anak Air, Peramu, di sini.
Mengikut pertuduhan, Sulaiman, dari Tanah Putih di sini sebelum itu telah menculik Wong dan meminta wang tebusan RM10,000 daripada suami mangsa.
Dia didakwa tidak melepaskan Wong walaupun wang tebusan itu dibayar dan bertindak sendirian membunuh mangsa menggunakan sebatang kayu.
Sulaiman didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Dia diwakili peguam Che Ariffin Mohd Ali manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadzli Mahmud.
– BERNAMA

Mahkamah Tinggi di sini Isnin memerintahkan seorang nelayan membela diri terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita yang didakwa diculiknya empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Sulaiman Hamat, 39.

Mariana menetapkan esok sehingga Jumaat ini untuk Sulaiman mengemukakan kenyataan bela diri.

Sulaiman didakwa membunuh Wong Geet Yin, 50, seorang peniaga, antara 9 pagi 22 Mei dan 7 malam 29 Mei 2006 di kawasan belukar Kampung Anak Air, Peramu, di sini.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 05 Jan 2010 @ 09:45 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: jenayah
 10 Dec 2009 @ 12:29 PM 

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein diminta memandang berat masalah rogol yang melibatkan juvana kerana kes berkenanan dilihat semakin banyak berlaku.

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng pagi tadi mendesak sedemikian ekoran pihak polis mengabaikan suatu laporan kes rogol pelajar di suatu sekolah, seperti yang didedahkan akhbar Sin Chew beberapa hari lalu.

“Saya mahu mengambil kesempatan bertemu sendiri Menteri Dalam Negeri tanpa rasa segan-silu untuk bertanya mengapa pihak polis mengabaikan laporan polis lebih sebulan yang lalu (oleh) waris kepada pelajar malang itu,” jelas beliau pada sidang media di parlimen semalam.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 10 Dec 2009 @ 12:29 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 14 Nov 2009 @ 1:31 AM 

KUCHING -Perbuatan kejam seorang guru lelaki yang dipercayai merogol serta meliwat lima orang muridnya sejak tiga tahun lalu berakhir apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Guru berusia 27 tahun itu diberkas setelah polis menerima laporan yang dibuat oleh pihak sekolah tempat dia mengajar di Lubok Antu.

Perlakuan jenayah guru itu dipercayai bermula sejak tahun 2006 apabila dia dikatakan merogol dan meliwat lima murid perempuan berusia antara tujuh hingga 10 tahun.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 13 Nov 2009 @ 05:35 PM

EmailPermalinkComments (1)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 10 Nov 2009 @ 9:16 AM 
‘Mai mati sama-sama’
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
ALOR STAR: “Kalau hang tak mau hidup dengan aku, mai kita mati sama-sama.” Itulah kata-kata seorang warga emas sebelum secara tiba-tiba menikam isterinya selepas berang tindakan mangsa meminta cerai daripadanya dalam kejadian di Kampung Kuala Sungai, dekat sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Zabedah Ali, 73, maut akibat ditikam di sebelah kiri perut oleh suaminya yang berusia 81 tahun menggunakan sebilah pisau di depan pintu masuk rumah mereka.
Suspek yang juga suami ke-11 mangsa, hilang pertimbangan apabila usahanya memujuk wanita itu untuk meneruskan perkahwinan mereka menemui jalan buntu selepas dia tetap dengan keputusannya untuk berpisah.
Mangsa yang ditikam dengan pisau sepanjang 17.8 sentimeter (tujuh inci) cuba melarikan diri ke halaman rumahnya dalam keadaan parah sebelum rebah dan menemui ajal di situ.
Anak tiri mangsa, Ismail Hashim, 50-an, berkata sebelum kejadian, dia singgah di rumah ibu tirinya itu untuk menziarahinya kira-kira jam 11.50 pagi selepas pulang dari bandar ini.
“Ketika di rumah itu, saya nampak berlaku pertengkaran antara ibu tiri dengan suaminya dan dalam pertengkaran itu, lelaki terbabit mengeluarkan pisau yang diselit di pinggangnya lalu terus menikam ibu tiri saya.
“Lelaki itu cuba menikam ibu tiri saya sekali lagi, tetapi saya menghalangnya. Dia kemudian cuba lari, tapi saya dan seorang penduduk menahannya sebelum kami hubungi polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mustafa Ahmad, 80, berkata Zabedah dikunjungi suaminya yang tinggal di Kuala Kedah kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, dipercayai untuk memujuknya membatalkan hasrat untuk bercerai, tetapi wanita itu enggan menerima pujukan itu.
“Ketika mangsa rebah di halaman rumah selepas ditikam, dia sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh jiran yang datang selepas menyedari kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau juga mengesahkan seorang lelaki berumur 81 tahun ditahan untuk siasatan.

ALOR STAR: “Kalau hang tak mau hidup dengan aku, mai kita mati sama-sama.” Itulah kata-kata seorang warga emas sebelum secara tiba-tiba menikam isterinya selepas berang tindakan mangsa meminta cerai daripadanya dalam kejadian di Kampung Kuala Sungai, dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Zabedah Ali, 73, maut akibat ditikam di sebelah kiri perut oleh suaminya yang berusia 81 tahun menggunakan sebilah pisau di depan pintu masuk rumah mereka.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 10 Nov 2009 @ 09:16 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: jenayah
 08 Nov 2009 @ 12:45 AM 

Mayat seorang bayi dengan kepalanya terdapat kesan gigitan haiwan ditemui terapung oleh seorang pekerja warga Indonesia di sebatang sungai di Batu 4, Kampung Sementa, Kapar di Kelang petang ini.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Md Yusof berkata mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui dalam keadaan bogel kira-kira pukul 3.30 petang di sungai yang terletak di belakang kediaman ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 08 Nov 2009 @ 12:45 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 06 Nov 2009 @ 4:51 AM 

KUALA LUMPUR: Seorang peragut bermotosikal mati dilanggar pemandu wanita yang diragutnya sebelum itu di Taman Tasik Titiwangsa di sini kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Sebelum itu, suspek menahan wanita berkenaan tidak jauh dari tempat kejadian kerana mendakwa kereta wanita itu terlanggar motosikalnya dan meminta ganti rugi.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 06 Nov 2009 @ 04:51 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 04 Nov 2009 @ 3:33 PM 
Alat sulit ditusuk berus gigi
MELAKA: Hasrat seorang pelajar perempuan untuk menjalani pemulihan selepas ditahan sementara di sebuah sekolah pemulihan akhlak di negeri ini bertukar igauan ngeri yang mungkin tidak dilupakan sehingga akhir hayatnya.
Ini kerana, pelajar berkenaan bukan saja terpaksa melalui perbuatan buli melampau dipukul tiga rakan perempuan di asrama sekolah terbabit, malah lebih dahsyat kemaluannya dmasukkan berus gigi secara paksa.
Tidak tahan dengan perbuatan kejam rakan seasramanya itu, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga kira-kira jam 9 malam pada Ahad lalu berhubung kejadian itu yang didakwa berlaku pada Oktober lalu.
Hasil laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah melakukan siasatan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata hasil siasatan mendapati pelajar berusia 15 tahun itu ditahan di sekolah pemulihan akhlak berkenaan pada Oktober lalu atas arahan mahkamah selama dua tahun.
“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa antara lain dipukul pelajar perempuan terbabit serta kemaluannya juga didakwa dimasukkan objek secara paksa.
“Berikutan itu, pihak polis menahan tiga pelajar perempuan berusia antara 14 hingga 16 tahun terbabit pada malam tadi (kelmarin) bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat mangsa.
“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan bagi perbuatan memasukkan objek ke dalam kemaluan tanpa kerelaan dan Seksyen 323 kanun sama kerana kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Ahmad Wan Abas.
Salehhudin berkata, mangsa sudah dihantar menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Melaka (HM) pada malam laporan dibuat.

MELAKA: Hasrat seorang pelajar perempuan untuk menjalani pemulihan selepas ditahan sementara di sebuah sekolah pemulihan akhlak di negeri ini bertukar igauan ngeri yang mungkin tidak dilupakan sehingga akhir hayatnya.

Ini kerana, pelajar berkenaan bukan saja terpaksa melalui perbuatan buli melampau dipukul tiga rakan perempuan di asrama sekolah terbabit, malah lebih dahsyat kemaluannya dmasukkan berus gigi secara paksa.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 04 Nov 2009 @ 01:06 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 04 Nov 2009 @ 1:00 PM 
Dua samseng maut dibelasah
KUALA LUMPUR: Cubaan sekumpulan lapan samseng menyamun seorang lelaki di Pasar Borong Selayang di sini gagal apabila dua daripada mereka maut selepas dibelasah lebih 50 lelaki warga asing bersenjatakan parang, kayu dan pisau yang melihat kejadian itu, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, kumpulan lelaki terbabit yang menaiki dua kereta dipercayai melanggar mangsa yang berusia 37 tahun di tempat kejadian sebelum mereka yang bersenjatakan parang turun dari kereta lalu menyamunnya.
Mereka turut menetak mangsa di bahagian belakang sebelum kejadian itu disedari pekerja warga asing yang masih berada di pasar terbabit.
Bagaimanapun, mangsa sempat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh orang ramai untuk rawatan lanjut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, semua suspek tidak menyedari mereka diperhatikan pekerja pasar berkenaan.
“Berang dengan tindakan keterlaluan kumpulan lelaki itu, sekumpulan lebih 50 pekerja pasar berkenaan cuba membantu mangsa sambil membawa parang, pisau dan kayu.
“Melihat kehadiran pekerja berkenaan, semua lelaki terbabit melarikan diri dengan dua kereta,” katanya.
Bagaimanapun, dalam usaha melarikan diri, kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh sebuah kedai telefon bimbit.
“Beberapa suspek cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya gagal lari lalu dibelasah beramai-ramai.
“Seorang daripada lelaki itu maut di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Khairi berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata secara berkumpulan.
Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian dan sekumpulan lelaki yang menghulurkan bantuan kepada mangsa samun berkenaan supaya tampil memberi maklumat kepada polis bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR: Cubaan sekumpulan lapan samseng menyamun seorang lelaki di Pasar Borong Selayang di sini gagal apabila dua daripada mereka maut selepas dibelasah lebih 50 lelaki warga asing bersenjatakan parang, kayu dan pisau yang melihat kejadian itu, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, kumpulan lelaki terbabit yang menaiki dua kereta dipercayai melanggar mangsa yang berusia 37 tahun di tempat kejadian sebelum mereka yang bersenjatakan parang turun dari kereta lalu menyamunnya.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 04 Nov 2009 @ 01:00 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 24 Oct 2009 @ 3:46 AM 

KLANG – Selepas diumpan RM5 oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diculik sebelum dirogol di Sungai Pinang, Jalan Meru di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa yang berjalan ke sebuah pasar mini tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani sepupunya berusia tujuh tahun telah dihampiri lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 24 Oct 2009 @ 03:46 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 23 Oct 2009 @ 12:13 PM 
peragut kena belasah

DUA peragut terbaring selepas dibelasah orang ramai sebelum diserahkan kepada polis di Kampung Kota di pinggir Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU: Dua peragut termasuk seorang yang berkopiah, bernasib malang apabila masing-masing cedera parah dibelasah orang ramai bersenjatakan kayu dan paip yang berang, selepas mereka meragut beg tangan seorang guru dekat Pintu Geng di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di Kampung Kota, itu, seorang daripada lelaki terbabit mulanya meragut beg tangan guru wanita yang sedang menunggu pesanan di gerai makan milik peniaga, Karimah Mohamad, 42.

Sejurus meragut beg tangan guru berkenaan, lelaki terbabit melarikan diri dengan membonceng motosikal ditunggang rakannya yang sedia menunggu secara berselindung di belakang sebuah kenderaan yang berada berdekatan.

Guru wanita terbabit yang terpinga-pinga dengan kejadian itu, hanya mampu menjerit meminta tolong kepada orang ramai yang berasa di sekitar kawasan berkenaan.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 23 Oct 2009 @ 12:14 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 23 Oct 2009 @ 2:57 AM 

KUALA LUMPUR: “Kelakuannya yang ketakutan sambil menunjukkan ke arah lelaki Sudan dan berkata ‘takut-takut’ masih terbayang dalam ingatan saya.

“Apabila tahu satu-satunya cucu saya meninggal dunia, saya meraung dan hampir pengsan. Kini saya terlalu benci kepada anak saya dan tidak lagi menganggapnya sebagai anak,” kata Amran Mohd Said, 49, datuk kepada Alia Aiman, 3, kanak-kanak yang mati dipercayai didera ibunya bersama teman lelaki warga Sudan, di Kondominium Reniville, Taman Puteri Batu 9, Cheras dekat sini, pada 12 Oktober lalu.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 24 Oct 2009 @ 03:55 AM

EmailPermalinkComments (6)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 22 Oct 2009 @ 1:37 AM 

liwatKAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 24 Oct 2009 @ 03:55 AM

EmailPermalinkComments (17)
Tags
Tags:
Categories: jenayah
 22 Oct 2009 @ 12:21 AM 

JOHOR BAHARU – Polis menembak mati seorang peragut remaja berusia 20 tahun manakala rakannya yang cuba melibas parang panjang ke arah anggota polis bermotosikal berjaya melepaskan diri ketika dikejar di Taman Johor Jaya, di sini, pada malam Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Amer Awal berkata, atas maklumat awam, tiga anggota polis, yang menaiki motosikal masing-masing, berjaya mengesan kedua-dua peragut itu menaiki sebuah motosikal di Jalan Dedap 9 di sini pada kira-kira 12 tengah malam.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 22 Oct 2009 @ 12:21 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: jenayah

 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 58
  • Posts/Pages » 2,038
  • Comments » 265
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.