Ketua balai polis rogol budak bawah umur!!

0

Category : jenayah

Ketua balai polis direman kerana kes rogol bawah umur
KOTA BAHARU: Seorang ketua balai polis di daerah ini, yang berpangkat Sarjan Mejar, ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu kes rogol di bawah umur, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Abd Rahim Hanafi mengesahkan penahanan anggota

polis berumur 49 tahun itu yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar disiplin pasukan polis.

Lelaki kemaruk seks dibelasah

0

Category : jenayah

KLANG – Seorang lelaki warganegara Bangladesh yang kemaruk seks cedera dipukul sebelum ditahan polis selepas beberapa minit mencabul seorang peniaga di Jalan Teruntun 3, off Jalan Meru Klang dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Sungguh pun begitu, suspek sedikit pun tidak berasa bersalah dan takut melakukan perbuatan berkenaan apabila dikatakan masih melepak di sebuah kedai tidak jauh daripada kedai milik mangsa beberapa minit selepas mencabul mangsa.

Maki hamun, jerut leher kakak

0

Category : Apa dah jadi, jenayah

KUALA LUMPUR: Melampau apabila seorang lelaki bukan saja memaki hamun kakaknya, malah tergamak menjerut leher wanita berusia 50-an itu dengan rantai besi motosikal hanya kerana perselisihan faham kecil.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia 50-an terbabit yang tiba-tiba naik angin turut menolak kakaknya dengan kuat menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dalam kejadian minggu lalu.

Lebih memalukan, kejadian itu disaksikan beberapa penghuni lain di rumah mereka di Kampung Melayu Ampang, dekat sini.

Mangsa cabul ‘balas dendam’

0

Category : jenayah

KLANG: Tindakan seorang lelaki warga Bangladesh mencabul seorang peniaga di Jalan Teruntun 3, Off Jalan Meru, dekat sini, semalam, bertukar tragedi apabila dia lembik dibelasah wanita terbabit sebelum diberkas polis.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa, 46, sedang berniaga berseorangan di kedai runcit sebelum didatangi suspek dari belakang yang terus memeluk dan meramas buah dada serta menciumnya.

Terkejut dengan perlakuan lelaki gila seks itu, mangsa bergegas memberitahu suaminya tidak jauh dari tempat kejadian sebelum menemui suspek di belakang sebuah kedai runcit sambil berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Ejen khas ketagih seks – Guru menyamar Pegawai Khas Akta Sulit untuk cabul guru

0

Category : jenayah, Negeri Sembilan

SEREMBAN – Macam-macam taktik jika sudah kemaruk seks. Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini sanggup mendakwa dirinya sebagai Pegawai Khas Akta Sulit dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencari mangsa pemuas nafsu.

Suspek itu mendakwa tugas Pegawai Khas Akta Sulit KKM yang bekerja sebagai guru amat sulit kerana identiti mereka tidak boleh diketahui oleh sesiapa termasuk pengetua sekolah mahupun isteri sendiri.

Polis tahan 7 tukang urut, penyelia pusat urut bogel

0

Category : jenayah

Tiga pelanggan lelaki yang sedang asyik diurut dalam keadaan bogel oleh tiga tukang urut wanita warga asing yang juga berbogel tergamam apabila diserbu polis dalam satu serbuan mengejut di sebuah rumah urut yang berselindung di sebalik premis kedai kecantikan di Jalan SS2/55, Sea Park, Petaling Jaya di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, hasil maklumat orang awam dan risikan, serbuan dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang oleh polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Gadis hamil ditahan

0

Category : jenayah

SHAH ALAM- Taktik menyeludup dadah jenis kokain dalam kapas terbongkar apabila seorang wanita warga Filipina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Jumaat lepas.

Lebih mengejutkan, wanita itu yang kini hamil tujuh bulan dan belum berkahwin, ditahan ketika membawa kokain bernilai kira-kira RM460,000 dalam kapas yang disembunyikan dalam jaketnya yang berwarna kuning.

Mati kempunan , tak sempat joli RM1j

0

Category : jenayah

SERI KEMBANGAN: Hampir sebulan menjadi buruan polis, dua ahli kumpulan perompak bersiri Geng Hong Leong yang amat dikehendaki polis akhirnya tersungkur mati selepas ditembak lebih 30 das peluru, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, polis terpaksa menembak mati seorang daripada dua penjenayah terbabit di Taman Equine di sini, selepas suspek enggan menyerah diri.

Wanita dan bekas suami diberkas terbabit kes samun

0

Category : jenayah, Pahang

KUANTAN: Seorang wanita bersama bekas suaminya diberkas di sebuah rumah di Felda Jengka 16 dekat Maran semalam kerana disyaki terbabit menyamun dua pelajar perempuan.

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata, wanita berusia 31 tahun dan bekas suaminya yang berumur 34 tahun ditahan di rumah wanita terbabit pada 4 pagi kerana dipercayai menyamun dua pelajar berusia 14 tahun di Sungai Gau dekat Temerloh pada 5.15 petang sehari sebelumnya.

Pemandu teksi samun suri rumah

0

Category : jenayah

Seorang suri rumah menempuh detik mendebarkan apabila disamun pemandu teksi durjana bersenjatakan pisau di sekitar Cheras, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, mangsa berusia 53 tahun yang bersendirian itu menahan sebuah teksi Proton Iswara merah di sekitar Jalan Cheras kerana mahu pergi ke Hentian Puduraya.

[ Online : 1011 hari. ]