Dengkur petanda sakit kronik

0

Category : kesihatan

RAMAI beranggapan dengkur hanyalah gangguan tidur yang jika memudaratkan dan sekadar menjejaskan tidur pasangan. Tidak kurang yang memandang ringan dengan menganggap masalah dengkur itu berlaku akibat getaran tisu di atas laluan pernafasan.

Bagaimanapun, dengkur bukan lagi masalah biasa, sebaliknya serius apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur. Keadaan itu dikenali gangguan tidur (Obstructive Sleep Apnea – OSA).

 Sejauh manakah serius atau kroniknya masalah ini? Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suo Kuan, berkata OSA ialah masalah kesihatan yang kronik. Ia menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas dalam tidur secara berulang kali iaitu antara lima hingga 30 kali atau lebih dari sejam.

Panduan Cara Bagaimana Menghentikan Dengkuran

0

Category : kesihatan

Ramai menganggap berdengkur merupakan perkara biasa. Ada yang berdengkur jika mereka betul-betul tidur nyenyak dan terdapat juga yang terus berdengkur walaupun baru terlelap hanya seketika.

Berdengkur adalah disebabkan oleh halangan di dalam saluran nasal berpunca daripada postur tidur yang tidak betul, pengumpulan lemak di sekitar muka dan leher serta berkemungkinan juga disebabkan oleh alahan.

Semasa sedang tidur, anda masih memerlukan pengaliran oksigen yang betul. Ini penting bagi mengurangkan kebarangkalian untuk berdengkur dan seterusnya mendapatkan rehat yang cukup setiap malam.

Tidur yang berkualiti dan betul-betul nyenyak boleh terganggu disebabkan oleh gangguan walaupun sedikit. Bagaimanapun, terdapat kaedah-kaedah atau cara semulajadi bagi menghentikan dengkuran.

 

Kutil, Ketuat : Malu membawa mudarat

0

Category : kesihatan, Rencana

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

ketuatBermula dengan bintil halus atau tompok kecil bertekstur kasar di permukaan kulit, ketuat membawa kepada rasa jijik dan kegatalan jika sistem ketahanan tubuh tidak berupaya mengekang pertumbuhannya.

MUNGKIN kewujudannya tidak disedari. Kalau kelihatan pun, mungkin juga ia segera dilupakan kerana disangka tidak memberi apa-apa kesan berpanjangan.

Namun begitu, bagi kes-kes tertentu, kehidupan seseorang boleh berubah kerananya.

Perkara yang dimaksudkan itu adalah kutil dan ketuat. Variasi dengan ketumbuhan kecil yang bertekstur kasar sama ada di tangan atau di kaki, ia boleh merebak menjadi bintil-bintil bercecair seperti melepuh.

Lebih mendatangkan rasa khuatir adalah apabila kutil dan ketuat ini ditemui di bahagian lain pada tubuh seperti di dada, ketiak, kemaluan, leher dan juga tengkuk.

Kutil yang tumbuh pada kulit lelaki tua mungkin suatu yang dianggap biasa. Namun, kutil yang sama jika tumbuh di muka seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an, ia suatu cabaran kosmetik yang ‘menggemparkan’!

kaedah rawatan dan penjagaan diabetes

0

Category : kesihatan

Tabiat pemakanan yang buruk mengundang kencing manis

Tabiat pemakanan yang buruk mengundang kencing manis

Rawatan diabetes adalah tanggungjawab sepanjang hayat, baik bagi penghidap mahupun ahli keluarga terdekat.  BUKAN sekadar orang yang gemuk cenderung menghidap diabetes. Mereka yang kurus juga berisiko mendapat penyakit kencing manis ini jika corak pemakanan dan gaya hidup sihat tidak dijaga atau diamalkan.

Paterikan dalam fikiran tentang peringatan ini – diabetes adalah penyakit yang serius. Maka, bagi mereka yang telah didiagnosis menghidapinya, hendaklah membulatkan tekad untuk mengikuti komitmen penjagaan kesihatan sepanjang masa.

Percayalah, usaha itu berbaloi kerana bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kesihatan, malah menghindarkan masalah yang mengancam nyawa.

Berikut adalah 10 kaedah rawatan dan penjagaan yang membolehkan penghidap menikmati hari mendatang dengan lebih baik:

[ Online : 913 hari. ]