Guru dihempap mayat 48 jam

0

Category : Luar negara, umum

PADANG: Seorang guru bahasa Inggeris, Suci Refikawulan Sari menceritakan bagaimana beliau merangkak untuk mencari tempat perlindungan bersama 13 pelajarnya apabila tangga dan bumbung runtuh menyebabkan mereka ditimbusi dengan runtuhan, debu dan besi.

“Saya melihat pelajar yang lain dihempap tiang yang jatuh menyebabkan semua orang menjerit,” katanya.

Guru berusia 25 tahun itu menenangkan dirinya dengan mengingati bayinya walaupun kakinya tersangkut pada tiang yang runtuh dan dihempap mayat selama 48 jam.

Indonesia gali kubur besar untuk kebumi mangsa gempa

0

Category : Luar negara

PADANG, Indonesia: Rakyat Indonesia hari ini menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa gempa bumi yang menggegarkan kota Padang Rabu lalu manakala di perkampungan berhampiran penduduk kampung menggunakan tangan menggali tanah berlumpur untuk mencari ratusan mangsa yang tertimbus.

Pasukan penyelamat yang memeriksa runtuhan bangunan di Padang menyatakan harapan untuk menemui mangsa yang terselamat daripada bencana yang dikatakan mengorbankan kira-kira 3,000 orang itu adalah tipis.

Mangsa gempa bumi Padang yang terperangkap hantar SMS

1

Category : Luar negara

Seorang mangsa gempa yang masih lagi terperangkap di dalam runtuhan bangunan sebuah hotel di barat Indonesia di sini telah menghantar SMS yang mengatakan bahawa beliau dan beberapa orang lagi masih hidup.

Pesanan itu menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa, tetapi peluang untuk mencari mangsa yang masih hidup adalah tipis hari ini memandangkan anjing penyelamat tidak dapat mengesan apa-apa tanda terdapat orang yang masih hidup.

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang

0

Category : Luar negara, umum

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16 petang rabu lalu.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

Up to 4,000 buried by Indonesia quake

0

Category : Luar negara

Up to 4,000 people are still trapped in rubble following the devastating 7.6-magnitude quake that struck Indonesia this week, the UN and Red Cross told AFP Saturday.

“We estimate about 3,000 to 4,000 people are still trapped or buried under the rubble,” UN Humanitarian Coordinator in Indonesia El-Mostafa Benlamlih told AFP.

Padang sudah 389 kali digoncang gempa bumi dalam 3 hari

0

Category : Luar negara

Ketika para pekerja mencari dan menyelamat sudah 72 jam bekerja keras menggali dan mencari mangsa dari celah-celah runtuhan lebih 11,000 bangunan akibat gempa 7.6 skala Richter (SR) Rabu lepas, dan sejak hari itu jugalah Sumatera Barat sudah digoncang 389 kali gempa bumi susulan.

Bagaimanapun gempa susulan itu yang berukuran lebih kecil iaitu antara 3.0 hingga 4.0 SR, mungkin tidak begitu dirasakan oleh penduduk tetapi masih berkemampuan mengakibatkan bangunan yang telah rosak strukturnya akibat gempa utama 7.6 SR itu, tiba-tiba runtuh dan mengancam nyawa.

100 korban tsunami di Samoa

0

Category : Luar negara, umum

APIA, Samoa Barat: Satu siri tsunami melanda negara kepulauan Pasifik Samoa Amerika dan Barat mengorbankan sehingga 100 orang, beberapa daripadanya dihanyutkan ke tengah laut, selain mencederakan beberapa ratus lagi dan meninggalkan kerosakan besar di kampung tepi laut.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengisytiharkan bencana utama di Samoa Amerika – sebuah wilayah AS  dan mengarahkan bantuan persekutuan dihulurkan kepada kepulauan itu.

Beribu-ribu terperangkap runtuhan bangunan, 200 dilaporkan maut akibat gempa bumi di Sumatera

0

Category : Luar negara, umum

PADANG: Gempa bumi magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat sekitar jam 5:16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.

Beberapa lagi bangunan seperti bangunan lembaga pendidikan LBA-LIA, bangunan Sekolah Tinggi Kesihatan (Stikes) Indonesia dan Hotel Ambacang, roboh, dan juga beratus-ratus kedai yang terletak di beberapa jalan utama kota Padang, seperti di Jalan Sawahan, Pemuda, Veteran dan beberapa tempat lain.

Lelaki didenda kerana tunjuk kemaluan kepada jiran

0

Category : Luar negara, Macam-macam hal

SINGAPURA : SEORANG lelaki yang sengaja menunjukkan kemaluannya kepada jirannya dikenakan denda $800 semalam.

Pelatih Graham Wayne Smith, 60 tahun, mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di flatnya di Yishun pada 10 Mac lalu.

Mahkamah diberitahu bahawa seorang suri rumah berumur 43 tahun, yang tinggal berhadapan dengan flat Smith, melaporkan perbuatannya itu kepada polis.

Siasatan menunjukkan bahawa suri rumah itu berada di dapur flatnya ketika beliau ternampak Smith meneropong flatnya menggunakan teropong.

Selepas memberitahu anak perempuannya yang berumur 18 tahun, mereka mematikan lampu dapur.

Bagaimanapun, apabila beliau menghidupkan semula lampu dapur itu kemudian, beliau melihat Smith dalam keadaan bertelanjang.

Dalam pengakuannya kepada polis, Smith mengaku menggunakan teropong untuk mengintai ke dalam flat suri rumah itu, sengaja menanggalkan pakaiannya dan merancap di depan mereka.

Peguam Smith, Encik Paul, mengemukakan rayuan agar hukuman ke atas anak guamnya itu diringankan kerana Smith, yang sudah berumah tangga dengan seorang warga Singapura selama 30 tahun, menyesal dan berasa malu dengan perbuatannya itu.–cyberita

Jenazah Noordin Mohd Top dibawa ke Malaysia 1 Oktober

0

Category : Luar negara, nordin mat top

Jenazah Noordin Mohd Top, penjenayah paling dikehendaki yang ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah pada 17 September akan dibawa ke Malaysia pada 1 Oktober depan.

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri, berkata jenazah Noordin akan dituntut pada Khamis depan dan polis Indonesia sudah pun menerima wakil daripada Polis Diraja Malaysia berkaitan urusan mengambil jenazah itu.

“Khamis nanti baru diambil (jenazah itu),” katanya seperti dipetik media massa dalam talian tempatan di sini, hari ini.

Beliau berkata, jenazah pengganas yang diburu oleh polis Indonesia selama sembilan tahun itu, yang kini ditempatkan di Hospital Polis Kramat Jati di sini, tidak diberikan sebarang kawalan keselamatan yang luar biasa dan ketika dibawa keluar juga nanti tidak akan dikawal secara khusus.

Semalam, tiga anggota polis Malaysia dilaporkan sudah pergi ke Hospital Polri dengan diiringi pegawai polis Indonesia, namun mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media massa.

Difahamkan tiada ahli keluarga Noordin dari Johor yang akan datang ke sini untuk menuntut mayat lelaki itu walaupun media massa tempatan melaporkan bahawa isteri dan abang Noordin akan ke sini pada 27 September.

Noordin dan tiga rakan pengganasnya, rakyat tempatan mati dalam serbuan polis itu yang membabitkan berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 200 kilogram bahan letupan, beberapa senjata lain, komputer riba dan dokumen.

[ Online : 1011 hari. ]