Bomoh rotan dua beranak

0

Category : Macam-macam hal

KUALA LUMPUR: Seorang bomoh wanita melakukan rawatan pelik dengan menyebat dua beranak menggunakan rotan kononnya untuk menghalau hantu dan roh jahat ketika kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan bagi menghilangkan penyakit migrain.

Akibatnya, wanita berusia 50-an yang bergelar ‘hajah’ itu ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis berikutan anaknya cedera dan dia turut dirotan ketika cuba menghalang dukun terbabit merotan anaknya.

Menurut sumber polis, ketika ditahan pengamal perubatan tradisional terbabit terpaksa diasingkan dan dibiarkan berseorangan dalam sebuah lokap kerana dia mengamuk dan meracau sehingga membuatkan beberapa tahanan lain takut.

Selain itu, beberapa anggota polis mengadu tidak tahan dengan ‘gangguan’ selepas wanita terbabit dibawa ke lokap dan mereka mendakwa ternampak bayangan serta lembaga yang berlegar di balai.

Sumber itu berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang pada 2 Ogos lalu ketika ibu mangsa yang juga berusia 50-an membawa anak gadisnya mendapatkan rawatan penyakit migrain.

Pengantin lelaki ditampar ibu depan tetamu

0

Category : Macam-macam hal

JEDDAH: Seorang pengantin lelaki ditampar ibunya di depan tetamu gara-gara melakonkan babak cerita Cinderella pada majlis perkahwinannya di Tabuk.

“Pasangan pengantin itu sebelumnya bersetuju dengan rancangan pengantin perempuan berjalan ke dewan majlis dengan sebelah kasut dan sebelah lagi dibawa adiknya.

“Menurut rancangan, pengantin lelaki kemudian akan mengambil sebelah kasut itu dan menyarungkannya pada kaki pengantin perempuan di depan tetamu.

“Si ibu begitu kecewa melihat adegan itu kerana menganggap ia memalukan, menampar muka anaknya. “Si anak akhirnya meninggalkan dewan, berlepas ke lapangan terbang untuk ke Malaysia bagi berbulan madu. – Agensi

Adik goda, kakak ugut

0

Category : Macam-macam hal

JOHOR BAHRU: Adik goda, dua kakak peras ugut. Itulah taktik digunakan tiga beradik perempuan mendapatkan wang secara mudah daripada lelaki sasaran mereka.

Si adik bekerja pelayan pelanggan (GRO), manakala dua kakaknya berperwatakan tomboi saling bekerjasama melakukan pelbagai perbuatan keji mendapatkan wang cara mudah mengikis dan mengugut lelaki menjadi mangsa mereka.

Difahamkan, sehingga kini sekurang-kurangnya lima lelaki menjadi ‘hamba’ tiga beradik itu selepas hanyut dalam godaan si GRO dan sanggup mengeluarkan wang demi memastikan rahsia mereka menjalin hubungan sulit tidak dibongkar si tomboi kepada keluarga masing-masing.

Taktik adik-beradik itu si GRO menggoda dan memerangkap mangsa, manakala si tomboi mengugut ahli keluarga mangsa tidak masuk campur atau berdepan tindakan ‘ganas’ mereka.

Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Effa, 46, anak sulungnya, Iwan, 24, menjadi mangsa tiga beradik itu selepas berkenalan dengan GRO terbabit menerusi rakan sekerja dan sejak itu sikapnya jauh berubah.

Isteri nikah tanpa cerai

0

Category : Macam-macam hal

KUANTAN: Hancur luluh hati seorang bekas tentera yang baru dibebaskan daripada tahanan selama sembilan bulan apabila mendapati isterinya sudah berkahwin dengan remaja berusia 17 tahun sedangkan dia tidak pernah menceraikan wanita itu.

Lebih mengaibkan, Mohd Zaini Abdul Hamid, 28, mendakwa ibu mentuanya bersekongkol menyembunyikan rahsia pernikahan isterinya dengan suami kedua selain menjadi dalang terhadap perkahwinan terlarang itu yang dilakukan di negara jiran.

Mohd Zaini dari Nenasi, Pekan, mendakwa isterinya yang berusia 26 tahun kini masih tinggal bersama ‘suami’ barunya di kampung asalnya di Pokok Sena, Kedah.

“Saya sebelum ini ditahan dalam tahanan tentera selama sembilan bulan bermula Ogos tahun lalu kerana melakukan kesalahan tidak hadir bertugas.

“Selepas tamat tempoh tahanan, saya pulang mencarinya (isteri), namun terkejut apabila mendapati dia tinggal bersama remaja lelaki berusia 17 tahun di kampungnya di Kedah, lalu saya melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, saya terkejut dan kecewa apabila Jaik memaklumkan kepada saya selepas membuat serbuan pada 15 Julai lalu, isteri saya mengaku sudah berkahwin dengan remaja itu di negara jiran dan mereka mengemukakan dokumen pernikahan dalam tulisan jawi sebagai bukti,” katanya.

Bapa saman anak kandung RM2j

0

Category : Macam-macam hal, Mahkamah

SEDIH...Baharom tidak dapat menahan sedih ketika menfailkan saman, semalam.

SHAH ALAM: Seorang bapa melahirkan kekesalan terhadap perbuatan tiga daripada lima anak kandungnya sebagai tidak wajar kerana memaksanya menandatangani pada surat pembahagian harta pusaka, selepas didakwa mengurungnya dalam rumah, tiga tahun lalu.

“Tindakan ketiga-tiga anak saya itu tidak kena pada tempatnya. Saya masih hidup, mereka paksa saya tandatangan kerana mahu rampas harta saya,” kata Baharom Long dengan linangan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam.

Terdahulu, dia yang menyambut hari jadi ke-85 semalam, memfailkan saman tuntutan ganti rugi berjumlah lebih RM2 juta terhadap tiga anaknya yang didakwa mengurung dan memaksanya menurunkan tandatangan pada satu surat berhubung pembahagian harta pusaka, pada 2007.

Baharom, bekas pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memfailkan saman itu menerusi peguam Muhd Azmi Talib & Co.

Dia menamakan anak sulungnya, Md Hanafiah, 55, pesara tentera sebagai defendan pertama, manakala Zakariah, 52, dan Musa, 50, kedua-duanya bekerja di bahagian kargo syarikat penerbangan, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga. Baharom mempunyai dua lagi anak, Roslan, 48, dan Azizan, 44.

Dalam penyataan tuntutannya, Baharom mendakwa, defendan kedua berjumpanya di Masjid Selayang di pinggir Kuala Lumpur, sekitar November 2007 dan membawanya ke rumah defendan pertama sebelum mengunci pintu dan tingkap kediaman itu.

Anak dirasuk nafsu iblis

0

Category : Macam-macam hal

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan sendiri kekejaman anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun di rumah mereka sehingga gadis berkenaan mengandung, baru-baru ini.

Lebih menyedihkan apabila jeritan dan rayuan wanita berusia awal 40-an itu yang cuba menghalang tindakan keji anak lelakinya tidak diendahkan.

Malah, tindakannya mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali langsung tidak dihiraukan seolah-olah anak lelakinya dirasuk hantu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam hujung bulan lalu di sebuah taman perumahan di Setapak Jaya di sini, mangsa yang juga seorang pelajar dikatakan dirogol empat kali dalam bilik berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya membuat laporan polis kelmarin selepas lelaki terbabit enggan bertanggungjawab terhadap perbuatannya sehingga dia kini disahkan mengandung.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila pelajar terbabit dipelawa ke rumah suspek untuk mengenali ahli keluarganya.

“Mangsa tidak keberatan mengikut suspek ke rumah berkenaan kerana ibu teman lelakinya juga ingin mengenali remaja berkenaan.

“Selepas tiba di rumahnya dan berkenalan dengan ibu suspek, teman lelakinya itu bagaikan dirasuk hantu apabila memaksa remaja terbabit masuk ke biliknya,” katanya.

Sumber itu berkata, keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum suspek mengheret tangannya masuk ke bilik dan mengunci pintu.

Isteri gagal kawal nafsu

0

Category : Macam-macam hal

KUALA LUMPUR: Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.

LIZA, 28:

“HANYA Tuhan tahu betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.

Mungkin kerana perkahwinan kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak mendapat belaian suami.

Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal nafsu. Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan seks dengannya setiap kali bertemu.

Suami mula menjauhkan diri daripada saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di sekitar Johor Bahru, Johor.

Saya sedar tindakan mengadakan hubungan bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu berlaku.

Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan sangat membenci saya. Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana.

Saya sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.

Bagaimanapun, perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing.

Selepas berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie, suami saya didakwa terkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga membuatkan dia membenci saya.

Saya insaf di atas dosa yang pernah dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga. Semuanya terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan.”

SHIMA, 32:

“TIGA tahun digantung tidak bertali, saya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki menampung hidup bersama dua anak.

Malah kerana gagal menahan gelora nafsu akibat ketiadaan suami, saya sanggup melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu dan kadangkala terlanjur dengan teman lelaki.

Bagaimanapun jauh di lubuk hati, saya menyedari perkara itu mengundang dosa.

Padah tak matikan enjin kereta

1

Category : Macam-macam hal

MAKKAH: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati kereta mereka hilang selepas keluar dari sebuah pasar raya di sini, semalam.

Bagaimanapun, kebimbangan mereka berakhir 30 minit selepas itu apabila si suami menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali.

Pemanggil berkenaan mengucapkan terima kasih kepadanya dan memaklumkannya kereta itu berada di depan sebuah bank dan kuncinya diletakkan di bawah kerusi pemandu.

2 wanita bergusti depan suami

0

Category : Macam-macam hal

AMPANG: Kerana berselisih faham berhubung pembayaran wang sewa rumah, dua wanita ‘bergusti’ di depan suami masing-masing dalam satu kejadian di sebuah rumah flat di Kampung Pandan, Khamis lalu.

Kejadian berlaku selepas mangsa yang tinggal di rumah berkenaan terlambat membayar wang sewa bulanan sebelum anak kepada pemilik rumah itu pergi menemuinya untuk berbincang.

Menurut sumber, ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 30-an, berada di rumah disewanya sebelum didatangi sepasang suami isteri serta beberapa saudara mereka.

“Mangsa mengenali pasangan suami isteri itu kerana wanita terbabit anak kepada pemilik rumah yang disewanya,” katanya.

Menurutnya, anak pemilik rumah berkenaan bersama saudaranya yang lain terus menyerbu masuk dan memukul kepala mangsa.

Antara hacker-hacker yang top

0

Category : Macam-macam hal

1.Jonathan James

James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara karena membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.

[ Online : 1011 hari. ]