SHAH ALAM – Selepas lima tahun berlalu, Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Irawadi Mohamad (gambar) selepas didapati bersalah membunuh kekasihnya, Norzi Ayu Md. Noor, 27 tahun.
Irawadi, 29, yang merupakan bekas penuntut Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi tenang menerima keputusan tersebut selepas dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Yazid Mustafa.
Irawadi yang memakai kemeja T berwarna putih dilihat duduk di luar kandang tertuduh sambil berbincang dengan peguam belanya sebelum meninggalkan pekarangan mahkamah.
TEMERLOH, Hakim Mahkamah Sesyen di sini Selasa melarang pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengganggu dan menghubungi saksi kedua kes perbicaraan rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya Halimi Kamaruzzaman.
Hakim Azuar Che Yusof mengeluarkan perintah tersebut selepas peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Norza, membuat permohonan.
KUANTAN: Seorang mekanik terlepas daripada hukuman tiga sebatan selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengenepikan hukuman itu yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen ke atasnya kerana melakukan seks ganas dan persetubuhan luar tabii dengan isterinya.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya, yang membenarkan rayuannya, turut mengurangkan hukuman penjara ke atas Khairulhisam Abdul Khalid, 35, daripada 10 tahun kepada enam tahun.
Pada 5 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan selepas Khairulhisam menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan mengadakan seks ganas dan melakukan seks luar tabii tanpa kerelaan isterinya.
Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mendakwa dirogol jurulatihnya pada 2004 mendesak agar pihak pendakwaan
memfailkan segera rayuan kesnya ke Mahkamah Rayuan.
Mangsa menerusi peguamnya Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu yang melepas dan membebaskan bekas jurulatih PLKN Zuki Mohd dari tuduhan merogol.
Exco Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini membuat satu laporan polis berikutan pendedahan terbaru mengesahkan 80 peratus pembantunya mendiang Teoh Beng Hock mati dibunuh bukan terjatuh.
Laporan dibuat di balai polis Seri Kembangan pagi ini mendesak pihak polis menyiasat kes ini dari sudut kes pembunuhan bukannya bunuh diri atau mati mengejut.
Ahmad Najib Aris yang dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan membunuh penganalisis teknologi maklumat Canny Ong Lay Kian enam tahun lalu, akan kekal meringkuk di penjara, selepas kehabisan saluran untuk mengenepikan hukuman matinya itu.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Ahmad Najib bagi kebenaran untuk menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengekalkan hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
SHAH ALAM: Dua belas penunjuk perasaan yang terbabit dalam insiden memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, 28 Ogos lalu akan dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen, di sini.
Bagaimanapun tarikh perbicaraan kes itu akan ditetapkan pada sebutan semula kes itu 8 Disember depan.
Terdahulu, Hakim M Gunalan membenarkan permohonan Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Timbalan Pendakwa Raya Roslan Abu Bakar agar kes itu dibicarakan bersama.
Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.
Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia ‘dicekik’.Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh. Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.
Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.
Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh “jatuh dalam keadaan sedar” tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Hukuman sebat secara sivil
Sebatan mengikut kaedah Sivil
1- Sebatan hanya dilakukan kepada pesalah lelaki sahaja.
2- Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz namun kebiasaanya diameter rotan tidak melebihi 1.25 sentimeter.
3- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat yang hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4- Sebatan hanya dilakukan di bahagian daging punggung.
5- Pesalah akan disandarkan berdepan pada tempat khas dan diikat kedua kaki dan tangan.
6- Sebatan dilakukan pada satu tempat yang sama tanpa henti sehingga habis jumlah sebatan.
Akibat terlalu marah apabila ternampak isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan berbogel di sebuah rumah, seorang pekerja kontrak telah memukul mangsa dengan kayu belati sehingga mati.
Tertuduh, Lee Meng Ching, 36, bagaimanapun bernasib baik kerana setelah tiga saksi memberikan keterangan, pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
China hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga lagi defenden atas tuduhan melakukan pembunuhan semasa rusuhan di barat wilayah Xinjiang pada Julai lalu.
Keputusan itu menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijatuhkan hukuman mati berhubung rusuhan tersebut kini berjumlah sembilan orang.
Hampir 200 orang terbunuh ketika tercetusnya rusuhan di ibu kota Urumqi, apabila penduduk Uighur Islam menyerang masyarakat kumpulan dominan etnik Han menyebabkan berlakunya rusuhan kaum terburuk dalam tempoh sedekad di China.
Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor memberitahu prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock bahawa SPRM tidak bertanggungjawab terhadap kematiannya kerana Teoh bukan lagi berada di bawah kawalan agensi itu.
PUTRAJAYA: Seorang kakak disyaki sanggup bersekongkol dengan dua adik lelaki menjadikan pangsapuri disewanya di sini sebagai ‘syurga seks’ bersama teman masing-masing.
Lebih memalukan, si kakak berusia 30-an yang masih berstatus ‘anak dara’ terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks dan tidur bersama pasangannya berusia 50-an sejak lebih sebulan lalu dengan alasan tidak berkemampuan untuk berkahwin bersama lelaki terbabit.
Hakim Mahkamah Sesyen melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan kes hasutan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin yang terpaksa ditangguhkan lagi berikutan pihak pendakwaan masih gagal menyempurnakan waran tangkap ke atas penulis blog itu.
Hakim Rozina Ayob berkata mahkamah menjangkakan kes itu yang mula dibicarakan pada tahun lepas akan selesai pada akhir Disember ini.
Ketika menyifatkannya sebagai kes luar biasa, Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan perbicaraan semula bekas pengawal keselamatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan dalam kes senjata api di Johor Bahru, 16 tahun lepas.
Mahkamah membatalkan sabitan ke atas Abdul Rahim Itap selepas mendengar bahawa tidak terdapat alasan kehakiman daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang yang terlibat dalam kesnya, oleh kerana kedua-dua hakim telah meninggal dunia.

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 