Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.
Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia ‘dicekik’.Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh. Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.
Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.
Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh “jatuh dalam keadaan sedar” tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.







