Bapa dipenjara 30 tahun, sebat 20 kali rogol anak

0

Category : Apa dah jadi, kelantan, Mahkamah

KOTA BHARU: “Sebenarnya tidak ada perkataan yang boleh saya gunakan untuk menggambarkan betapa hina dan jijiknya perbuatan kamu. Ini baru hukuman dunia, tetapi ada satu lagi hukuman menanti kamu di akhirat.

“Adalah menjadi harapan saya supaya tempoh kamu menjalani hukuman akan dapat mengubah diri kamu dan mengenang kembali kesilapan dilakukan. Sebagai orang Islam, kamu ada masa lagi untuk ‘bertaubat’,” kata Hakim Zainal L Saleh di Mahkamh Sesyen, di sini, semalam.

Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman terhadap seorang buruh selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak perempuannya berusia 20 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Pasir Puteh, Februari lalu.

Dalam penghakimannya, Zainal menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 20 sebatan ke atas bapa terbabit yang juga warga emas berusia 58 tahun selepas mengaku melakukan rogol terhadap anak kandungnya itu.–hmetro

Inkues Teoh Beng Hock: Pemilik DNA misteri akan diketahui hari ini

0

Category : Mahkamah

SHAH ALAM: Pemilik DNA lelaki misteri yang dikesan pada tali pinggang dan blazer Teoh Beng Hock akan diketahui hari ini berikutan adanya penemuan terbaru ahli kimia.

Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Kerajaan Malaysia memaklumkan perkara tersebut dalam inkues kematian setiausaha politik itu di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu bahawa ahli kimia, Dr Seah Lay Hong, akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berkaitan perkara itu.

Saman Chin Peng ditolak

0

Category : Mahkamah, Malaysiaku

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak dengan kos, saman yang difailkan oleh bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap kerajaan Malaysia.

Hakim Balia Yusof Wahi memutuskan saman itu “tidak mampan” kerana permusuhan antara PKM, yang telah dibubarkan, dengan kerajaan adalah fakta sejarah dan tidak boleh dinafikan.

Katanya perjanjian menamatkan permusuhan itu ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 1989 itu sendiri telah menunjukkan wujudnya perjuangan bersenjata antara kerajaan dan kumpulan itu, lapor Bernama.

Beliau juga menerima alasan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh bahawa saman yang difailkan oleh Chin Peng dan anggota PKM adalah satu fitnah dan bukan saman kemungkiran kontrak seperti yang didakwa peguam bela Tommy Thomas kerana asas aduan oleh pengadu ialah reputasi mereka tercemar.

Balia juga memutuskan bahawa PKM tidak boleh menyaman atau disaman kerana ia tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan.

Cops may face charges over Kugan’s death

0

Category : english, Mahkamah

Police today said that the policemen involved in the death of A.Kugan are likely to face charges either tomorrow or within this week at the Petaling Jaya Magistrate court.

“We will know tomorrow,” Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar told The Malaysian Insider tonight.

However, he could not say how many policemen would be charged and what charges the men would be facing because police will only get the documents from the deputy public prosecutor tomorrow morning.

The 22-year-old, who was detained on suspicion of being a car thief, died on Feb 20 after five days in police custody.

His mother N. Indra, 40, today told The Malaysian Insider that she would not be satisfied unless the policemen responsible were charged with murder.

“We will continue to fight and not let the matter rest if they are not charged with murder,” she said.

Ironically, Indra, who has been waiting eight months to see justice for her son, said she cannot be in court tomorrow to see the faces of the men who caused his death.

“I work in housekeeping at a hotel. No one told me they would be charged so I could not take leave,” she said.

However she said Kugan’s uncle, N. Ravi would be able to go.

When contacted, Ravi also said he wanted the suspects to be charged for murder.

A total of 11 policemen with the ranks of constables and lance corporals were transferred to desk duty at the Selangor Police headquarters following Kugan’s death in January.

His death had called into question police interrogations methods and caused wide spread resentment especially among the Indian community.

To make matters worse for the authorities, two post-mortem reports on his body had significant differences, including descriptions of the extent of injuries and the actual cause of death, and these discrepancies have given rise to concerns about an attempted cover-up.

The case was initially classified as voluntarily causing hurt to extort a confession but was reclassified as murder after public outcry.

Kugan was suspected to be involved in several cases of theft of luxury cars and was detained at the Taipan police station in USJ, Subang Jaya, he collapsed and died.–malaysianinsider

Pukul bekas isteri, suami pelakon Noniswara didenda RM700

0

Category : Artist, Mahkamah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Syarikat Telekomunikasi, U Mobile, Datuk Rosman Ridzuan, yang juga suami kepada pelakon Noniswara Baharudin didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim, empat tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu turut mengarahkan Rosman dipenjara seminggu jika gagal membayar denda itu.

Pada 20 Ogos lalu, Rosman, 52, mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu dibacakan terhadapnya.

Rosman, yang baru sahaja berkahwin dengan Noniswara Julai lalu, didakwa dengan sengaja mencederakan Azura Ibrahim, 37, di Tingkat 3 Plaza Kuala Lumpur, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, jam 12.30 tengah hari, 8 April 2005.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Zulkifli manakala Rosman diwakili peguam Firuz Jafril.

Rosman membayar denda itu. – Bernama

Mahkamah syariah tangguh sebat pasangan kekasih

0

Category : Macam-macam hal, Mahkamah, selanggor

Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sebatan enam kali ke atas pasangan kekasih yang menjadi individu pertama dijatuhi hukuman sebatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana cuba melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah kereta, Mei lalu.

Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@ Shaii membuat keputusan tersebut setelah membenarkan permohonan peguam syarie Shahida Elias yang mewakili kedua-dua tertuduh, Mohd Shahrin Abd Majid, 29, dan pasangannya Nadiah Najat Hussin, 24.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja di syarikat swasta diperintahkan mengemukakan dua penjamin, sementara menunggu proses rayuan tamat dan diarahkan memfailkan rayuan dalam masa 14 hari bermula hari ini.

Mohammad Khalid juga menasihati kedua-dua tertuduh untuk segera berkahwin kerana dalam rayuan sebelum ini, mereka menyatakan akan bertunang selepas raya dan berkahwin 20 Februari tahun depan.

“Senangnya menikah tidak sampai lima minit. Kalau sudah menikah, tiada masalah. Kamu masih muda. Lepas raya, minta izin daripada bapa dia (merujuk kepada Nadiah Najat) untuk bernikah,” katanya.

Mohammad Khalid turut menerangkan kepada kedua-dua tertuduh sekiranya rayuan mereka ditolak kelak, mereka perlu dimasukkan ke dalam penjara bagi membolehkan hukuman sebat dijalankan.

Semalam, mahkamah itu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 12 bulan dan enam sebatan ke atas pasangan itu setelah mereka mengaku bersalah cuba melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta Kompleks PKNS di sini, pada jam 7.15 malam, 16 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26, Enakmen Jenayah Syariah Selangor Nombor 9, 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun, enam sebatan atau dua daripadanya.

Kedua-duanya telah membayar denda semalam

Menurut fakta kes, ketika ditemui kedua-dua tertuduh hanya berpakaian dalam.–bharian

Kemuka laporan polis, gambar individu didera

0

Category : Mahkamah, Malaysiaku

SHAH ALAM: Laporan polis dibuat individu yang mendakwa didera termasuk ditampar, disuruh berbogel dan dipukul kemaluan menggunakan rotan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan didedahkan dalam prosiding inkues menentukan kematian Teoh Beng Hock.

Perkara itu dikejutkan di Mahkamah Koroner di sini semalam, oleh Peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, apabila mengemukakan beberapa laporan polis yang mendakwa terdapat saksi atau suspek yang didera di pejabat SPRM, tingkat 14 Plaza Masalam di sini.

Menurutnya, bagi menyokong dakwaan itu, pihaknya mempunyai gambar untuk dijadikan bukti berhubung penderaan berkenaan.

“Dalam laporan itu mendakwa pegawai SPRM bergilir-gilir menampar, menutup mata, menyuruh berbogel. Terdapat juga menggunakan batang besi yang dibalut dengan akhbar sebelum memukul perut, punggung, tangan dan kaki.

“Selain itu, ada yang menggunakan rotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki hingga menyebabkan saksi hampir pengsan,” katanya.

Gobind berkata demikian selepas menyoal saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang didakwa ada melakukan perbuatan itu ketika memberi keterangan dalam prosiding inkues, semalam.

Bagaimanapun, peguam pemerhati SRPM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata dakwaan itu tidak berkaitan dengan kes prosiding inkues Teoh.

Menurutnya, pihaknya berharap perkara itu dibuat secara hujahan untuk mengelak memalukan orang lain.

“Kita tidak boleh berpatah balik berhubung kejadian yang berlaku di SPRM. Apa yang berlaku terhadap orang lain itu melangkaui skop kita,” katanya.

-Metro-

Hukuman sebat keatas Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguhkan

1

Category : Apa dah jadi, Mahkamah, Malaysiaku

Hukuman sebat keatas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguhkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip). Kartika dihantar ke rumah bapanya di Sungai Siput oleh van JAIP.

Sebelum itu penduduk kampung terbabit telah mengadakan solat hajat agar Kartika tabah menghadapi hukuman sebat..

Beliau dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan dia ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu. Kartika Sari adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

[ Online : 1011 hari. ]