Wujud pihak ketiga keruhkan hubungan Malaysia, Indonesia

0

Category : Malaysiaku

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengakui wujudnya pihak ketiga yang mengeruhkan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia bertujuan meraih kepentingan politik dan promosi agenda tertentu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, menyedari perkara itu, kerajaan kedua-dua negara sentiasa memantau pergerakan mereka.

“Pihak ketiga ini cuba memperbesar isu kecil untuk politik mereka, mempromosi agenda berkenaan. Kita mengetahui langkah yang diambil dan sentiasa memantau dan mengambil tindakan tertentu.

Malaysia ciplak Indonesia lagi??

0

Category : Malaysiaku

by Faisal Mustaffa

 Sebelum ini saya sering mempertikaikan konsep nasionalisme yang dibawa oleh pemimpin Kerajaan (Barisan Nasional) kepada rakyat Malaysia.  Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang kononnya memperkenalkan 1Malaysia yang membawa erti semua kaum di Malaysia berdiri di bawah satu konsep Bangsa Malaysia yang tidak mengira kaum.

Sebelum ini lagu kebangsaan Malaysia juga dibuktikan bahawa ianya bukan lagu asli Malaysia yang diciplak dari lagu keroncong Terang Bulan di Indonesia yang asalnya diambil dari lagu Memula Moon.

Telenovela kita calon Anugerah Emmy

0

Category : Karya Seni, Malaysiaku

Telenovela, A Time For Us (Kahit Isang Saglit) terbitan syarikat Bumiputera – Creasian Sdn Bhd dengan usaha sama stesen televisyen ABS-CBN Filipina, mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dicalon merebut kategori Telenovela Terbaik di Anugerah Emmy di New York, bulan depan.

Dibintangi Carmen Soo dari Malaysia dan Jericho Rosales (Filipina), telenovela 30 episod yang ditayangkan di TV2 itu akan bersaing dengan beberapa negara termasuk Brazil, Perancis dan Filipina.

Tinggal bayi atas bonet kereta

3

Category : Malaysiaku

KOTA BHARU: “Kami terkejut sejurus dimaklumkan mengenai penemuan bayi lelaki yang diletakkan di atas bonet kereta milik seorang jemaah dengan keadaan badannya lengkap berpakaian dan dibaluti tuala.

“Tanpa berfikir panjang, kami segera membawa bayi comel yang diselimuti tuala berwarna merah jambu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sebelum di hantar ke hospital,” kata seorang bilal, Muhammad Firdaus Zakaria, 22.

Masa depan PKFZ semakin malap ( siri 1)

0

Category : Malaysiaku

Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah mengumumkan penubuhan satu pasukan bertugas peringkat tertinggi (task force) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat kes penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) secara mendalam.  Antara tugas penting pasukan bertugas ini adalah untuk mengkaji halatuju pembangunan dan perkembangan PKFZ pada masa depan.

Implikasi gugur pengenalan kaum, agama

0

Category : Malaysiaku

Bangsa Malaysia jika dibentuk Jati diri Melayu jangan diabai
Tengadahlah dulu sebelum terhantuk
Jangan bersorak kampung tergadai
Harta sehasta tinggal sejengkal
Begitulah nasib si Lebai Malang
Pengenalan kaum mestilah kekal
Jangan dihapus jangan dihilang

Keunikan Malaysia

1

Category : Malaysiaku

Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Keunikan Malaysia tidak dapat dinafikan oleh mana-mana negara di dunia ini. Selain daripada rakyatnya yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa, Malaysia hanya diperintah oleh satu parti semenjak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Terbaru, Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila seorang pemimpin yang pernah dijatuhkan hukuman oleh partinya kerana didapati bersalah di atas amalan rasuah politik dipertahankan oleh perdana menteri secara terbuka.

RM300 untuk satu panggil telefon

0

Category : Malaysiaku, sarawak

Bayangkan jika anda perlu membelanjakan antara RM300 dan RM400 untuk petrol sahaja pada setiap kali mahu pergi ke bandar terdekat dengan bot hanya untuk membuat satu panggilan telefon yang penting.

Itulah keadaan yang dihadapi penghuni rumah panjang dan guru sekolah yang terletak jauh di pedalaman daerah Song.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Kemudahan Awam Datuk Ambrose Blikau membangkitkan masalah itu untuk perhatian Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang di pekan Song dekat Kapit hari ini.

13 Mei berulang tanpa ISA?(siri 2)

0

Category : Kekejaman ISA, Malaysiaku, Politik

“Kalau tak ada ISA ni, dalam tempoh lima tahun-lah, pergaduhan kaum akan berlakulah.  Melayu, Cina, India akan… macam 13 Mei.”

“Kalau tak ada ISA, memang susahlah… susah kerjanya sebab nak tangkap pun tak ada bukti.  Kalau ada ISA bolehlah tangkap saja.  Senang saja.”

Demikianlah antara propaganda yang cuba ditusuk ke dalam minda tahanan ISA, dengan pengakuan oleh Special Branch (perisik, biasa dikenali sebagai SB) pada hari-hari akhir sebelum Mat Sah Mohd Satray dibebaskan.

Dah kena baling batu pun ada hati lagi

0

Category : Malaysiaku

by faisal

Begitulah menjadi-jadinya pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kita dibaling batu kala menghantar bantuan bencana di Padang, Sumatera Barat (lihat sini atau lihat sini).Dalam keadaan ditimpa batu dan gunung sekalipun hati mereka tetap cekal untuk membaling batu kepada kita.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi insiden baling batu itu mungkin kerana ada yang terpengaruh dengan laporan media Indonesia mengenai isu seputar Manohara Odelia Pinot, isu perairan Ambalat, dan tarian Pendet Bali.

[ Online : 1017 hari. ]