Lelaki maut, kekasih parah ditetak

0

Category : Menyayat hati

PORT DICKSON: Seorang ahli perniagaan ditemui mati dengan lima kesan tetakan pada kaki manakala teman wanitanya pula parah akibat diserang ketika tidur dalam sebuah bilik di unit berbulan madu sebuah hotel, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Ramli Osman, 40, dari Shah Alam, Selangor mati di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah, manakala teman wanitanya berusia 26 tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS). Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata kejadian disedari kira-kira jam 6 pagi selepas wanita terbabit menghubungi pihak hotel yang kemudian menghantar pengawal keselamatan ke bilik berkenaan.

“Wanita dari Batu Caves, Selangor itu yang cedera pada tangan, paha dan kaki kanan akibat ditetak sempat membuka pintu bagi membolehkan pengawal keselamatan masuk ke bilik berkenaan sebelum rebah tidak sedarkan diri.

“Sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui ahli perniagaan terbabit yang berseluar pendek dalam keadaan berlumuran darah di atas katil dan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa ditetak lima kali menggunakan senjata tajam dipercayai parang pada kaki kanannya, namun polis tidak menemui senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
Beliau berkata, polis juga tidak menemui kesan pecah masuk pada bilik berkenaan dan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh suspek yang dikenali mangsa.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan, selain mengambil keterangan beberapa warga Singapura di bilik bersebelahan yang mendakwa mendengar jeritan kira-kira jam 4 pagi.

Dirantai macam haiwan

0

Category : Menyayat hati

KEJAM...pegawai JKM melihat keadaan remaja OKU yang dirantai selepas dibawa keluar dari bilik dia dikurung.

MELAKA: Dia dirantai seperti haiwan ternakan dalam sebuah bilik tanpa tilam dan tandas. Lebih mengejutkan, remaja lelaki berusia 19 tahun terbabit kurus kering umpama pelarian perang kebuluran di Afrika.

SEJUK…keadaan remaja terbabit ketika ditemui dalam bilik, semalam. Penderaan terhadap remaja kurang upaya (OKU) itu terbongkar selepas kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah diketuai pegawainya, Saidatul Aini Jafri, memeriksa sebuah pusat jagaan swasta di Jalan Tan Cheng Lock di sini, semalam.

Saidatul Aini berkata, ketika ditemui pihaknya, remaja terbabit terbaring atas lantai kesejukan dengan kaki kanannya dirantai pada jeriji tingkap bilik di pusat jagaan itu.
Menurutnya, beliau langsung tidak menyangka paksaannya supaya pintu bilik itu dibuka membongkar rahsia ia menempatkan remaja terbabit dalam keadaan amat memilukan.

Disula guna batang mop

0

Category : Macam-macam hal, Menyayat hati

KUALA LUMPUR: Dua anggota tentera bukan saja dibelasah beramai-ramai lebih sejam, malah diseksa ‘hidup-hidup’ sebelum disula menggunakan batang mop oleh sekumpulan lima askar senior ketika menjalani hukuman tatatertib di sebuah kem tentera di sini.

Malah, kumpulan senior terbabit yang juga tahanan di tempat sama layak digelar ‘geng samseng’ kerana membuli mangsa tanpa perikemanusiaan dengan memukul dan menendang mereka sesuka hati. Difahamkan, perbuatan itu dilakukan senior terbabit sejak 23 Februari lalu apabila mangsa dan rakannya dimasukkan ke bilik tahanan berkenaan kerana melakukan kesalahan disiplin.

Tindakan itu dilakukan kumpulan senior terbabit selepas mangsa, Hasrul Nizam Husin, 29, dan rakannya yang dikenali sebagai Firdaus, 20-an, enggan memenuhi permintaan mereka supaya membeli makanan dan rokok.

Namun, kekejaman itu terbongkar apabila mangsa terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira jam 6 petang, Rabu lalu untuk rawatan kecemasan selepas pengsan dipercayai akibat dibelasah.

Difahamkan, isteri dan keluarga Hasrul tidak mengetahui mangsa didera sehingga doktor di hospital berkenaan memberitahu mereka ketika cuba mendapat persetujuan untuk melakukan pembedahan terhadap anggota tentera itu. Hasrul yang berpangkat lans koperal dan tujuh tahun berkhidmat dalam angkatan tentera berkata, dia dibelasah sekiranya tidak patuh arahan kumpulan senior terbabit yang mengarahkan mereka mendapatkan makanan dan rokok.

‘Syafia Humairah pandai simpan rahsia’

1

Category : Menyayat hati

HULU SELANGOR – Datuk kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati didera, Aziz Shahar, 50, terkilan kerana dia pernah melihat kesan kecederaan pada tubuh cucunya itu tetapi mendiamkan diri kerana tidak menyangka ia kesan dipukul.

Aziz yang tidak akan memaafkan perbuatan kejam suspek mendakwa, kaki dan perut cucunya, Syafiah Humaira Sahari ada kesan luka seperti dicucuh dengan puntung rokok kira-kira dua minggu sebelum kanak-kanak itu mati dipukul lelaki tersebut yang juga kekasih ibunya kelmarin.

“Saya pernah tanya dia (Syafiah) tetapi dia cakap luka terjatuh dalam semak,” katanya di rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) di sini semalam.

Walaupun curiga, Aziz tidak bertanya hal itu kepada ibu mangsa, Siti Nor Hanim Aziz, 25.

Diseksa kerana kasta rendah

0

Category : Menyayat hati

DI sebuah perkampungan di Nepal, Kalli Biswokarma melalui detik paling hitam dalam hidupnya apabila dia diseksa dengan penuh kejam oleh jiran-jirannya sendiri. Ibu yang berusia 47 tahun itu dipukul, disepak dan ditumbuk kerana dia dituduh memberi sumpahan sihir terhadap guru sekolah yang sedang jatuh sakit.

Paling menyayat hati, Biswokarma dipaksa makan najisnya sendiri oleh kumpulan terbabit.

“Saya menjadi mangsa kerana status saya sebagai wanita yang miskin,” beritahu Biswokarma yang merupakan komuniti Dalit iaitu kumpulan kasta terendah dalam hierarki Hindu.

“Kira-kira 35 orang telah datang ke rumah dan membawa saya lari. Mereka menempatkan saya di dalam bangsal lembu dan dipaksa untuk memakan tahi sendiri. Apabila saya mengadu dahaga mereka memberikan air kencing sebagai minuman.

“Keesokan harinya mereka juga memotong kulit saya dengan menggunakan pisau. Saya tidak tahan dengan penyeksaan itu dan terpaksa juga mengaku diri seorang ahli sihir untuk menyelamatkan hidup ini walaupun ia tidak benar,” katanya ketika ditemui di Kampung Pyutar yang terletak kira-kira 40 kilometer ke selatan Kathmandu.

Seramai seratus orang wanita Dalit terpaksa berdepan dengan pengalaman pahit yang sama setiap tahun apabila kepercayaan tahyul dan diskriminasi kasta masih diamalkan oleh masyarakat.

Noktah kekejaman

Sementara itu, penyokong hak asasi manusia menyatakan jenayah sebegitu akan mengganggu keamanan. Sehubungan itu, pihak polis memandang serius penganiayaan terhadap wanita Dalit.

Azab Syafia Humairah (Penderaan kanak-kanak 3 tahun)

3

Category : Menyayat hati

syafia humairah

JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.

 Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.

 Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

“Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.

“Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

[ Online : 1011 hari. ]