25 Dec 2009 @ 9:53 AM 

Pasukan antipengganas Indonesia, Densus 88 hari ini memberkas Baridin atau Bahrudin Latif, 50, yang merupakan bapa mertua Noordin Mat Top.

Baridin ditangkap ketika berada di luar rumah kecil di Desa Banyu Asin, Cikelet Garut, Jawa Barat.

Ketua Polis Garut, Amur Candra ketika dihubungi berkata, Baridin ditangkap tidak jauh dari rumahnya bersama anak lelakinya.

Menurut beliau, serbuan dilakukan selepas polis mengintip pergerakan mereka selama tiga jam bermula pukul 2 pagi dan kedua-dua beranak itu tidak melawan ketika ditangkap.

Baridin difahamkan menjual gula merah di kawasan berkenaan sejak menjadi buruan polis kerana menyembunyi Noordin sebelum ditembak mati pada September lalu.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 25 Dec 2009 @ 09:53 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: nordin mat top
 05 Oct 2009 @ 2:26 PM 
gambar pengebumian nordin mat top

gambar pengebumian nordin mat top

More »

Posted By: admin
Last Edit: 05 Oct 2009 @ 02:26 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: nordin mat top
 02 Oct 2009 @ 1:50 AM 

PONTIAN: Keluarga Noordin Mat Top hari ini mula membuat persiapan bagi urusan pengkebumian jenazah militan paling dikehendaki itu di kampung halamannya, di sini.

Kakak ipar Noordin, Ubaidah Salimon, 49, berkata keluarganya kini sudah bersiap-sedia untuk menyambut ketibaan jenazah dengan semua anggota keluarga sudah mula berkumpul di rumah pusaka keluarga mereka, di Kampung Kayu Ara Pasong, di sini.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 01 Oct 2009 @ 09:12 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Johor, nordin mat top
 30 Sep 2009 @ 3:49 AM 

Polis Indonesia hari ini mendedahkan siri fail yang diambil daripada komputer riba suspek pengganas, Noordin Mohamed Top yang menunjukkan perancangan secara terperinci dan santai yang dilakukan oleh suspek-suspek pengganas sebelum insiden pengeboman di Jakarta Julai lalu.

Rakaman video daripada komputer riba yang dirampas dalam serbuan di Jawa Tengah bulan ini yang turut membunuh Noordin, 41, menunjukkan pengebom berani mati dan anggota-angota militan lain sedang berbincang dan membuat persediaan untuk dua pengeboman berani mati pada 17 Julai lalu yang telah mengorbankan tujuh nyawa.
More »

Posted By: admin
Last Edit: 30 Sep 2009 @ 03:51 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: nordin mat top
 26 Sep 2009 @ 1:27 AM 

Jenazah Noordin Mohd Top, penjenayah paling dikehendaki yang ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah pada 17 September akan dibawa ke Malaysia pada 1 Oktober depan.

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri, berkata jenazah Noordin akan dituntut pada Khamis depan dan polis Indonesia sudah pun menerima wakil daripada Polis Diraja Malaysia berkaitan urusan mengambil jenazah itu.

“Khamis nanti baru diambil (jenazah itu),” katanya seperti dipetik media massa dalam talian tempatan di sini, hari ini.

Beliau berkata, jenazah pengganas yang diburu oleh polis Indonesia selama sembilan tahun itu, yang kini ditempatkan di Hospital Polis Kramat Jati di sini, tidak diberikan sebarang kawalan keselamatan yang luar biasa dan ketika dibawa keluar juga nanti tidak akan dikawal secara khusus.

Semalam, tiga anggota polis Malaysia dilaporkan sudah pergi ke Hospital Polri dengan diiringi pegawai polis Indonesia, namun mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media massa.

Difahamkan tiada ahli keluarga Noordin dari Johor yang akan datang ke sini untuk menuntut mayat lelaki itu walaupun media massa tempatan melaporkan bahawa isteri dan abang Noordin akan ke sini pada 27 September.

Noordin dan tiga rakan pengganasnya, rakyat tempatan mati dalam serbuan polis itu yang membabitkan berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 200 kilogram bahan letupan, beberapa senjata lain, komputer riba dan dokumen.

Posted By: admin
Last Edit: 26 Sep 2009 @ 01:56 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 25 Sep 2009 @ 3:07 PM 

SOLO: Polis tidak membenarkan dua isteri militan dikehendaki Indonesia, Noordin Mat Top, mengebumikan jenazahnya di negara itu, kata peguam wanita berkenaan, semalam.

Munfiatun dan Arina mengahwini Noordin, 41, ketika lelaki itu diburu polis kerana dituduh terbabit dalam beberapa pengeboman.

Mereka tidak dibenarkan melihat mayat suami di hospital polis di Jakarta, kata peguam, Mohammed Kurniawan.

“Saya menyerahkan permohonan mereka kepada polis tetapi ia ditolak kerana mereka tidak ada dokumen rasmi menunjukkan mereka adalah isteri Noordin.

“Mereka memang mahu lihat mayat Noordin. Selepas itu, jika boleh, jenazah akan dikebumikan di Indonesia,” katanya lagi.

Noordin, warga Malaysia, mengetuai kumpulan serpihan Jemaah Islamiah (JI) yang radikal. Dia maut bersama tiga orang lain selepas pihak berkuasa mengepung tempat persembunyiannya di Jawa Tengah, minggu lalu.

Polis Indonesia berkata, mereka akan menyerahkan mayat Noordin kepada isteri pertamanya, Rahmah Rusdi di Johor, tempat asal pasangan itu.

Di Solo, dekat tempat Noordin dibunuh, polis menahan berpuluh-puluh anggota Barisan Pertahan Islam yang membantah cubaan beberapa kumpulan tempatan yang membantah tiga rakan Noordin dikebumikan di sana.

Beberapa poster mula dilihat awal minggu ini meminta supaya jenazah Urwah, Susilo dan Ario Sudarso tidak dikebumikan di bandar itu.

Posted By: admin
Last Edit: 25 Sep 2009 @ 03:07 PM

EmailPermalinkComments (1)
Tags
Categories: nordin mat top
 18 Sep 2009 @ 9:12 AM 

nordinJAKARTA: Bahagian belakang kepala suspek pengganas warga Malaysia, Noordin Mohammad Top yang mati dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, hancur. Namun, tubuhnya tidak rosak, kata seorang ahli Parlimen, semalam.

“Lukanya adalah pada bahagian belakang kepala. Tetapi, jasadnya utuh,” kata Ketua Jawatankuasa III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Trimedya Panjaitan selepas melihat mayat Noordin di Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur.

“Jenazah tiga suspek yang lain ada yang tangannya putus, dan satu lagi kepalanya hancur,” kata ahli politik Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDIP) itu.

Pengesahan kematian Noordin yang diburu sejak sembilan tahun itu berikutan dakwaan pembabitannya dalam beberapa pengeboman di Jakarta dan Bali, jelas melegakan polis Indonesia.

Bagaimanapun, masih belum dijelaskan bagaimana Noordin terbunuh dalam operasi terbaru itu. Ada laporan menyatakan dia meletupkan bom ketika polis melakukan operasi.
RUMAH yang didiami suspek selepas digempur polis Indonesia, semalam.

Wajah Ketua Polis Republik Indonesia, Bambang Hendarso Danuri nampak berseri-seri ketika meninggalkan Makmal Forensik Rumah Sakit (RS) Polri Sukanto, Kramat Jati, Jakarta Timur, petang semalam.

Pada sidang akhbar yang diadakan selepas itu, pengumuman beliau bahawa polis sudah mengesahkan kematian Noordin berdasarkan cap jari, anggota polis dan wartawan menyambut berita itu dengan tepukan gemuruh.

Kelegaan itu jelas terlihat pada wajah Bambang yang tersenyum ketika menunjuk gambar cap jari Noordin sebagai pengesahan salah satu mayat yang ditemui dalam rumah yang diserbu adalah suspek pengganas paling dikehendaki Indonesia.

Sebulan lalu, polis Indonesia pada mulanya mengesyaki mereka sudah membunuh Noordin dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jawa Tengah.

Bagaimanapun, mereka kemudian hampa berikutan ujian forensik mengesahkan orang yang terbunuh bukanlah Noordin tetapi orang bawahannya.

Noordin yang pada mulanya menganggotai Jemaah Islamiah (JI) sebelum menubuhkan kumpulan serpihan yang lebih ganas, disyaki merancang serangan bom ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, Kedutaan Australia juga di Jakarta pada 2004 dan pengeboman di Bali pada 2005.

Dia juga disyaki menjadi dalang kepada serangan hampir serentak terhadap hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton, Julai lalu.

Operasi semalam di Mojosongo, daerah Zebres, Solo, bermula dengan polis menyoal siasat dua rakan Noordin yang diberkas di kawasan berhampiran, tengah hari kelmarin.

Berikutan itu, unit khas Detachment 88 dikerah mengepung rumah itu.—bharian

Posted By: admin
Last Edit: 18 Sep 2009 @ 09:13 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 17 Sep 2009 @ 8:07 AM 

JAKARTA – Polis Indonesia akan menyelaraskan dengan Kedutaan Besar Malaysia di sini untuk urusan jenazah Noordin Mohammad Top, pengganas paling dikehendaki yang berasal dari Malaysia yang mati ditembak dalam serbuan polis di Solo, Jawa Tengah.

Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri berkata pihaknya juga sudah menghubungi Kementerian Luar Indonesia dan Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.

“Kita sudah menghubungi pihak Kedutaan Malaysia di sini, Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Duta Besar Indonesia di Kuala Lumpur Da’I Bachtiar,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Sidang media itu diadakan di Markas Besar Polis Indonesia di sini untuk mengumumkan kejayaan polis menembak mati Noordin dan tiga rakan pengganasnya serta seorang lagi yang cedera ditembak, selepas Bambang mengadakan pertemuan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Jenazah Noordin kini dilaporkan berada di Rumah Sakit Polis dan polis sedang menunggu keputusan DNA yang dijangka mengambil masa selama 30 jam walaupun berdasarkan persamaan cap jari dan 14 ciri lain, polis sudah yakin yang ditembak mati dalam operasi selama lima jam yang berakhir kira-kira pukul 6 pagi ini, adalah Noordin.

Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Amran Mohd Zain ketika dihubungi Bernama berkata kedutaan akan memberi kerjasama penuh membantu persiapan perlu bagi menguruskan jenazah Noordin setelah mendapat pengesahan daripada Indonesia.

“Kita akan berkoordinasi dengan pihak berkuasa Indonesia dan membantu mengikut prosedur yang sedia ada,” katanya.

Amran berkata kedutaan juga akan menghubungi keluarga Noordin di Malaysia serta anggota keluarganya yang lain yang dilaporkan berada di sini.

Tiga lagi pengganas yang ditembak mati ialah Bagus Budi Pranoto alias Urwah, Susilo alias Adib yang menyediakan tempat persembunyian Noordin dan Ario Sudarso alias Aji, yang dikatakan pakar pembuat bom, murid kepada Dr Azahari Husin, seorang lagi pengganas berasal dari Malaysia yang ditembak mati beberapa tahun lepas.

Bambang berkata wanita hamil yang cedera parah dalam serbuan di Solo itu ialah Munawaroh, isteri kepada Susilo setelah dia enggan menyerah diri ketika polis memberi amaran, yang sebaliknya dibalas dengan tembakan oleh para pengganas itu.

Katanya polis Indonesia telah bekerja keras selama sembilan tahun mengesan dan memburu jejak Noordin dan menurutnya polis turut menjumpai 200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M-16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen.

Posted By: admin
Last Edit: 18 Sep 2009 @ 08:25 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 13 Aug 2009 @ 6:31 AM 

Dah disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia yang terbunuh dalam serangan baru2 ini bukan Nordin tapi Ibrohim, rakan Nordin. Ia disahkan melalui ujian DNA.

Tapi mana Nordin sekarang?Ligat jgk Nordin nie larikan diri. Mungkin belajar dgn Osama. :)

Posted By: admin
Last Edit: 13 Aug 2009 @ 06:32 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 11 Aug 2009 @ 12:51 AM 

Siapakah yang terbunuh Nordin Mat Top ataupun Rakan Nordin??

Keadaan rumah tempat persembunyian Nordin selepas diserbu.

Keadaan rumah tempat persembunyian Nordin selepas diserbu.

Presiden Indonesia menunjukkan gambarnya digunakan sebagai sasaran menembak.

Presiden Indonesia menunjukkan gambarnya digunakan sebagai sasaran menembak.

Nordin atau bukan yang telah terbunuh dalam serbuan pasukan anti pengganas Indonesia ke atas sebuah rumah di Temanggung, Jawa Tengah. Persoalan ini menjadi tanda tanya kepada semua orang. “Menurut sumber polis kepada Al Jazeera, orang terbunuh itu merupakan rakan kepada Nordin”- Berita Harian

Untuk mengetahui samada Nordin atau bukan yang telah terbunuh ujian DNA perlu dibuat. Keluarga Nordin telah berlepas ke Indonesia bagi mengambil sampel DNA. Ujian tersebut akan siap dalam masa 2 minggu lagi.

Menurut polis, mereka yang telah dibunuh disyaki merancang pembunuhan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Ini berikutan keputusan kerajaan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap tiga pengebom Bali, Imam Samudra, Amrozi dan Ali Ghufron.

Mayat mungkin rakan Noordin


SUSILO menunjukkan gambarnya yang digunakan dalam latihan menembak oleh pengganas pada sidang media di Jakarta, semalam.

Isteri, anak suspek pengganas beri sampel sahkan DNA

JAKARTA: Mayat yang diambil selepas kejadian tembak menembak di Indonesia berkemungkinan mengesahkannya bukan suspek pengganas yang menjadi dalang serangan dua hotel di Jakarta, selain disyaki merancang pembunuhan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, kata sumber polis kepada Al Jazeera, semalam.

Sumber berkata, mayat itu ialah rakan Noordin M Top dan ujian DNA sedang dilakukan bagi mengesahkan identitinya.

“Ujian DNA memerlukan masa tiga hari dan mayat itu dihantar untuk pemeriksaan kelmarin.

“Itu ialah mayat pengganas. Persoalannya cuma betulkah ia Noordin atau tidak. Jika bukan, polis masih mencapai kejayaan kerana serbuan di rumah itu mendapati ada bahan letupan dan militan,” kata penasihat Susilo, Dino Djalal.

Seorang lagi penasihat kerajaan, Dynno Chressbon, berkata isteri dan anak Noordin dalam perjalanan ke Jakarta untuk memberi sampel membantu proses pengesahan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, polis juga mengeluarkan kenyataan ia memerlukan masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk mengesahkan mayat.

ORANG ramai melihat tempat persembunyian suspek pengganas di Kampung Beji, Jawa Tengah.

“Ujian DNA mengambil masa dua minggu. Itu adalah prosedur standard,” kata jurucakap polis kebangsaan, Nanan Sorkarna.

“Ujian dijalankan di hospital polis Kramat Jati,” katanya merujuk hospital di Jakarta menempatkan mayat dipercayai Noordin yang dibawa selepas berakhir kejadian berbalas tembakan selama 17 jam di sebuah rumah, di Jawa Tengah.

Serangan berkenaan berakhir pagi kelmarin selepas pasukan antipengganas yang mendapat latihan Amerika Syarikat mengepung tempat persembunyian suspek dari kawasan bukit berhampiran.

Noordin, 40, disalahkan dalam pelbagai serangan ganas terhadap beberapa sasaran Barat di Indonesia yang membunuh 50 mangsa dan mencederakan beratus-ratus orang sejak 2003.

ANGGOTA keselamatan mengangkat keranda suspek pengganas ketika tiba di hospital Jakarta.

Kejadian terbaru dipercayai pada 17 Julai lalu apabila serangan bom bunuh diri berkembar dilakukan terhadap Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di ibu negara itu yang membunuh tujuh orang termasuk enam rakyat asing selain dua pengebom bunuh diri.

“Noordin juga merancang serangan bunuh diri menggunakan bom kereta terhadap kediaman Susilo bersama militan lain,” kata Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri.

Beliau berkata, keputusan menyerang Susilo dibuat pada mesyuarat 20 April lalu diketuai Noordin kerana keputusan kerajaan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap tiga pengebom Bali, Imam Samudra, Amrozi dan Ali Ghufron.

Susilo memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai operasi untuk meneruskan undang-undang dan menghukum pengganas tetapi tidak menyebut mengenai Noordin.

“Saya mengucapkan terima kasih dan menghormati polis atas kecemerlangan mereka dalam operasi ini,” katanya.

Noordin juga disyaki merancang serangan di Hotel JW Marriott dan Rits-Carlton di Jakarta yang membunuh tujuh orang dan menamatkan tempoh empat tahun tiada serangan di Indonesia.

Noordin mengelak daripada buruan sejak hampir tujuh tahun lalu walaupun operasi besar-besaran dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia yang sudah menahan lebih 200 suspek militan. ? Agensi

Cetak artikel | Hantar pada kawan

Posted By: admin
Last Edit: 13 Aug 2009 @ 06:32 AM

EmailPermalinkComments (1)
Tags

 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 58
  • Posts/Pages » 2,038
  • Comments » 265
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.