Teknologi kod bar telah digunakan secarameluas dalam pelbagai sektor untuk melicin dan memudahkan urusan penyimpanan maklumat. Mengambil contoh paling mudah, sistem pengiraan harga barang di pasar raya yang mengaplikasi kaedah ini dapat mempercepatkan urusan pembayaran di kaunter.
Sebuah kod bar adalah merujuk kepada perwakilan maklumat pada paparan gabungan dua warna gelap dan cerah seperti hitam dan putih. Ia berfungsi menghasilkan pantulan yang akan menukar paparan kepada nombor 1 dan 10 ketika dibaca oleh mesin pengimbas.
Secara asasnya, kod bar menyimpan data menerusi kelebaran dan keluasan garis selari yang dicetak secara menegak dan ada kalanya bercorak bintik, bulatan atau kod teks tersembunyi. Kod tersebut boleh dibaca menggunakan peranti pengimbas optik yang dikenali sebagai alat pembaca kod bar yang dilengkapi dengan perisian khas.
Teknologi tersebut akan dapat meningkatkan kepantasan sistem kemasukan data ke dalam komputer secara lebih tepat. Kelebihan lain sistem ini, perlaksanaannya hanya melibatkan kos yang minimum berbanding kaedah pengesanan data konvensional.
Bergerak di bawah permukaan air, kenderaan yang dikenali sebagai kapal selam biasanya digunakan untuk tujuan ketenteraan atau kajian yang melibatkan aktiviti sains laut.
Boleh dkatakan banyak negara yang mempunyai angkatan tentera laut pasti akan menggunakan perkhidmatan kapal selam dalam operasi ketenteraan mereka.
Rekaan kapal selamyang berbentuk cerut mengambil idea daripada badan ikan paus. Ia berfungsi mengurangkan geseran air dan badan kapal selam untuk membenarkannya bergerak dengan lebih pantas.
Kapal selam moden yang mempunyai sokongan kuasa reaktor nuklear membolehkannya kekal berada di bawah permukaan air hampir sepenuh masa dan timbul hanya apabila diperlukan.
Menara pada bahagian atas kapal selam dilengkapi dengan pelbagai peralatan seperti periskop dan layar elektronik termasuk radio, radar dan pelbagai sistem sokongan lain.
Kapal selam moden menggunakan teknologi pemanduan terbantu menerusi sokongan alat sistem penentu kedudukan global
Pengendalian kenderaan tersebut biasanya mengaplikasikan sistem radio secara senyap untuk mengelakkannya daripada dikesan ketika bergerak.
estidotmy
BY AMELIA AMINUDDIN
Saya sudah berkajwin selama hampir 3 thn..Macam2 petua & tips telah saya amalkan tp mmg belum ada rezeki lagi tuhan nak bg..tidak mengapa..saya akan bersabar & berusaha sehingga dapat..insyallah..
Saya pernah mendapatkan rawatan doktor pakar..Saya pernah pergi utk membuat rawatan di LPPKN tp masih belum ‘melekat’ lg….tahun ini saya berjumpa dengan doktor pakar dan beliau ada mengatakan saya mengalami ‘Polycystic Ovary’/Ovari bengkak..itu adalah punca mengapa saya tidak mengandung sampai sekarang. Beliau menyuruh saya utk diet & turunkan berat bdn kepada berat badan ideal..
By: surihati_ku
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?”
KEPELBAGAIAN biologi yang negara miliki merupakan satu kekayaan yang tidak ternilai harganya. Kekayaan tersebut merupakan satu khazanah alam semula jadi dengan kepelbagaian spesies dan ia menjadi satu peluang penerokaan yang lebih luas menerusi aktiviti penyelidikan.
Sesuai dengan matlamat penubuhannya untuk memanfaatkan sumber semula jadi marin dan selaras dengan tagline, Terokaan Seluas Lautan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sejak beberapa tahun lepas menjalankan penyelidikan spesies kuda laut dengan tumpuan kepada beberapa aktiviti.
Usaha tersebut dijalankan oleh Institut Bioteknologi Marin (IMB), UMT dengan kerjasama Perbadanan Bioteknologi Johor dan Jabatan Perikanan.
Menurut Pengarah IMB, Prof. Dr. Mohd. Effendy Abd. Wahid, penglibatan pihaknya dalam penyelidikan bioteknologi marin adalah selaras matlamat UMT untuk memanfaatkan sumber laut untuk faedah masyarakat.
Pemilik kereta mewah dinasihati supaya memasang alat keselamatan tambahan bagi mengelak kenderaan daripada dicuri berikutan peningkatan kes curi kereta mewah yang dilihat semakin ketara di bandar raya sejak kebelakangan ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Azri Abd Rahman berkata pada hari Ahad dan Isnin lepas sahaja empat kereta mewah yang semuanya bernilai hampir RM1 juta dicuri di sekitar bandar raya.
Beliau berkata dalam kes-kes itu penjenayah dilihat tidak lagi menggunakan kekerasan dengan merampas kenderaan di tepi jalan, sebaliknya mereka terus ke rumah pemilik kereta untuk mencuri kenderaan terbabit.

wow! banyaknya emas.
•Air rendaman emas dikatakan mampu menaikkan seri wajah sekiranya anda mengamalkan membasuh muka dengan air berkenaan.
•Emas juga sering digunakan dalam persolekan dan rawatan wajah. Ada salun spa memperkenalkan rawatan wajah berteraskan emas kepada pelanggan yang ingin menaikkan seri wajah.
•Pada zaman Firaun, segala harta benda termasuklah emas akan dikebumikan bersama tuan punya hak milik kerana emas dianggap sebagai barang berharga yang wajar dibawa bersama oleh pemiliknya.
Pendahuluan
Dalam sesuatu acara atau majlis pasti kita biasa mendengar ucapan daripada tuan rumah dan ucapan tamu kehormat selain ucapan pengacara majlis. Pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti anda yang perlu menyampaikan ucapan atau anda ditugaskan untuk menulis teks ucapan untuk ketua anda atau tamu kehormat dalam majlis yang dianjur oleh organisasi tempat anda bertugas? Apakah yang perlu anda lakukan pada ketika itu?
SALAH satu tarikan utama di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ialah Hospital Falcon Abdu Dhabi (ADFH), sebuah hospital khusus untuk burung falkon yang menjadi lambang kebangsaan negara.
Sebagai hospital yang pertama seumpamanya di UAE, ia dibuka sembilan tahun lalu dan telah berkembang pesat dengan merawat lebih 35,000 ekor burung falkon.
Selain UAE, pelanggannya datang dari Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan Bahrain.
Pengarah ADFH, Dr Margit Gabriele Muller (doktor perubatan veterinar) berkata, hospital itu dibuka pada 3 Oktober 1999 sebagai pusat veterinar khusus untuk burung falkon, tetapi hari ini telah mempelbagaikan perkhidmatannya.
PARA saintis menemui tapak kaki dinasour yang berusia 70 juta tahun di beberapa lokasi di daerah Nelson, New Zealand. SOPHIE THOMSON menunjukkan salah satu daripada enam tapak kaki dinasour yang berusia lebih 70 juta tahun yang ditemui di beberapa lokasi di daerah Nelson, New Zealand.
Tapak kaki tersebut dipercayai adalah yang pertama ditemui di New Zealand walaupun tulang-tulang dinasour ada ditemui di dua lokasi di Pulau Utara.
Saintis, Greq Browne yang juga seorang sedimentologi percaya tapak kaki tersebut dimiliki oleh sauropod iaitu dinasour terbesar yang pernah dicatatkan. Ia pernah hidup membesar sehingga enam meter panjang dan beratnya beberapa tan. Spesies itu makan tumbuhan.-kosmo
By Dian
Darah merupakan tisu perantara yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon selain sebagai sistem imunisasi menentang penyakit. Vena merupakan saluran darah berotot yang membawa darah ke dalam jantung manakala arteri membawa darah keluar dari jantung.
Setiap hari, darah beredar sejauh 180,000 kilometer (km) di dalam tubuh manusia. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia disambungkan, ia boleh menghasilkan jarak sepanjang 96,000 km.
Tekanan jantung semasa manusia pula mampu mengepam darah yang cukup kuat sehingga setiap pancutan boleh mencapai jarak sembilamn meter.
AMALAN rasuah dan Umno memang sudah sinonim, melekat kuat, dan sukar untuk dicerai-tanggal. Bagaimanapun ada pihak melihat bahawa rasuah – kegiatan jenayah yang paling sukar dibuktikan itu – jugalah yang menyebabkan Umno berkembang dan sehingga kini masih berkuasa walaupun digugat hebat dalam pilihan raya Mac 2008.
Melalui rasuah, aktiviti Umno dapat digerakkan secara lebih aktif, terutama untuk ‘menggula-gulakan’ rakyat, di samping memastikan jentera propaganda parti berjalan licin!
BY DIAN
Anak-anak dapat “terbang tinggi’ jika ibu bapa tahu masa sesuai menghulur, menarik
PERNAHKAH anda main layang-layang? Cuba perhatikan teknik permainannya. Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk menarik dan menghulur talinya, barulah layang-layang anda dapat terbang tinggiSemua ibu bapa ada kebolehan mengasuh dan mendidik anak.Cuma mereka perlukan sedikit rangsangan, panduan dan sedikit daya kreatif saja untuk melaksanakannya dengan berkesan.
Abu Musa Jabir Ibn Hayyan digelar Bapa Kimia
Kajian mengenai ilmu kimia merupakan sumbangan penting yang diwarisi daripada cendekiawan Muslim bagi tamadun moden. Cendekiawan serta ahli sejarah Barat juga mengikuti asas ilmu kimia moden diambil daripada ahli kimia Muslim.
Oleh Maimunah Jamil
Kita seringkali mendengar pertanyaan mengenai kaitan antara Al-Quran dan Sains. Terdapat banyak contoh yang boleh dikupas antaranya berkaitan sains dan embriologi.
Apa yang kita faham dari maksud Embriologi? Embriologi ialah satu ilmu yang mengkaji tentang proses kejadian dan perkembangan embrio dalam rahim. Mungkin ada di antara kita pernah terfkir dari mana asal usul kita? Adakah sama seperti kejadian Adam a.s yang berasal dari tanah?

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 