Syed Husin perjelas kedudukannya dalam PKR

0

Category : Politik

Syed Husin Ali mengesyorkan kepada mereka yang mempersoal kedudukannya sebagai anggota dan timbalan presiden PKR supaya menulis secara rasmi kepada parti itu.

“Lebih baik lagi, jika mempunyai apa-apa sokongan, mereka boleh mengemukakan resolusi dalam Kongres Keadilan (PKR) akan datang agar menggantung keanggotaan saya, seperti salah seorang dari mereka mahu,” katanya.

 
Dalam satu kenyataan hari ini, Syed Husin berkata, dua orang telah mempersoal kedudukannya dalam PKR.

“Mula-mula saya tidak berhasrat menjawab tuduhan liar mereka.

“Kini saya merasa perlu memberi sedikit penjelasan supaya mereka dan media yang dikuasai Umno tidak terus berbohong,” katanya.

Dr Syed Husin berkata, keputusan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk bercantum dan membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dibuat dengan majoriti besar lebih dua-pertiga dalam kongres dan mesyuarat agung tahunan masing-masing sekitar tahun 2002.

Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran

0

Category : Politik

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Perluas hak undi pos karut, undur ke belakang

0

Category : pilihanraya

PAS menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting sebagai mengarut dan tidak masuk akal serta tindakan undur ke belakang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, langkah itu undur ke belakang kerana sistem undi pos yang ada sudah banyak menimbulkan masalah dan mahu dibuang apatah lagi dengan tindakan mahu menambahkan golongan yang layak mengundi pos.

“Saya mengesyaki ada agenda tersirat dalam langkah ini jika benar SPR bercadang berbuat demikian,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Rais sifatkan pelantikan Anwar sebagai gimik

0

Category : Politik

KUALA KLAWANG- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelantikan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor adalah sebagai satu gimik semata-mata.

Katanya negeri Selangor mempunyai ekonomi yang teguh, dan pelantikan Anwar ini tentunya merupakan satu gimik untuk menunjukkan yang PKR boleh ‘survive’ dalam satu ruang baru dengan satu imej yang baru.

Ketua Wanita Umno Terengganu Di Seru Supaya Bertaubat

0

Category : Politik

wanitaumnopolitiksukuKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) menyeru dan menasihati agar Ketua Pergerakan Wanita Umno Terengganu, Senator Fatimah Hamat, supaya segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata pihaknya juga mendesak Fatimah menarik balik kata-kata beliau yang mendakwa pemimpin politik tidak sepatutnya mencampur aduk antara agama dan politik.

Teori domino landa PKR

0

Category : Politik

Teori domino landa PKR
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
NAMPAKNYA momentum teori domino dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian memuncak apabila satu demi satu pemimpinnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.
Perkembangan terkini yang berlaku benar-benar menyerlahkan keadaan sebenar kepincangan yang meledak terutamanya dari aspek kepimpinannya.
Tak ubah seperti permainan domino, bila satu tiang itu dijatuhkan, maka jangkitannya bukan satu atau dua, sebaliknya implikasinya akan menyerang secara berantai.
Pergolakan yang berlaku dalam PKR semakin ketara bermula dengan pengumuman ‘cuti politik’ oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim selama enam bulan berkuatkuasa serta merta selepas Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.
Malah laporan media sebelum ini juga ada menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali.
Bagaimanapun Azmin menafikan mengenai perkara itu dan dakwaan kononnya terdapat pergeseran antara beliau dan Zaid.
Lanjutan isu Zaid yang mendakwa beliau dihalang daripada menghadiri program parti itu di Sabah, timbul pula isu konflik kepimpinan yang melanda PKR Sabah yang pada ketika itu diterajui oleh Azmin sebagai Pengerusi PKR negeri.
Kepimpinan Azmin dikatakan ditolak oleh pemimpin negeri itu yang mahukan anak tempatan menerajui PKR Sabah.
Menyedari kesan yang bakal berlaku jika perkara ini berlarutan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera membuat rombakan bagi jawatan pengerusi PKR negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang sebelum ini dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung.
Bagaimanapun kekalutan yang berlaku bukan sekadar ‘ribut dalam cawan’, apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.
Tindakan Dr Jeffrey jelas sekali memberi satu tamparan hebat kepada PKR dalam usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.
Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.
Nampak permainan domino ini tidak terhenti begitu sahaja kerana dalam masa kurang 24 jam selepas Dr Jeffrey mengumumkan pendiriannya semalam, Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini.
Liew bagaimanapun berkata beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.
Liew sebenarnya kecewa kerana selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah diambil alih oleh Datuk Kong Hong Ming atas sebab yang tidak diketahui.
Belum sempat isu Dr Jeffrey diselesaikan, timbul pula isu Liew.
Perkembangan ini semestinya memberi tamparan hebat kepada PKR kerana pengaruh kedua-dua pemimpin berkenaan terutamanya di peringkat akar umbi cukup kuat.
Tambahan pula Dr Jeffrey tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.
Jika Dr Jeffrey mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN), tidak mustahil beberapa ketua bahagian PKR yang lain serta penyokongnya akan mengikut jejak langkahnya.

NAMPAKNYA momentum teori domino dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian memuncak apabila satu demi satu pemimpinnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Perkembangan terkini yang berlaku benar-benar menyerlahkan keadaan sebenar kepincangan yang meledak terutamanya dari aspek kepimpinannya.

Tak ubah seperti permainan domino, bila satu tiang itu dijatuhkan, maka jangkitannya bukan satu atau dua, sebaliknya implikasinya akan menyerang secara berantai.

Nizar: Selamatkan Perak, bubar DUN

0

Category : Politik

Lapan bulan selepas digulingkan sebagai menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih bergantung harap agar pilihan raya baru diadakan secepat mungkin bagi mengakhiri krisis politik yang melanda negeri itu sekarang.

Katanya, amat penting bagi para pengundi dibenarkan membuat pilihan mereka melalui peti undi kerana krisis yang berlarutan itu telah mencetuskan kemelut ekonomi dan perlembagaan.

DUN Perak: BN lulus bajet, Pakatan lulus tiga usul

0

Category : Politik

12.55pm: Dalam kekecohan persidangan – 2 dalam 1 – DUN Perak, BN meluluskan bajet negeri, manakala ADUN Pakatan meluluskan tiga usul.

 12.37pm: ADUN Pakatan meninggalkan bangunan SUK selepas memberitahu wartawan bahawa ia telah meluluskan tiga usul sewaktu ‘bersidang’, iaitu:

1. Supaya semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga selesai siasatan tragedi di Kampur.

PAS sedang membina Lekok Ketiga organisasinya

0

Category : Politik

KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS disifatkan sedang mengalami konflik dalaman yang bakal melahirkan ‘Lekok Ketiga’ dalam sejarah perjuangannya.

Dr Mujahid Yusof Rawa, pengkaji organisasi PAS yang mendapat PhD dalam pengurusan organisasi melalui tesisnya mengenai PAS menulis, konflik yang sedang melanda PAS kini akan melonjakkan lagi PAS di masa depan.

“Mengikut ‘Teori Lekok Pembelajaran’ tiga titik bermulanya lekok teori, pertama ialah titik bermula, kedua ialah titik mendaki dan ketiga ialah titik kemuncak. Setelah kemuncak ia akan menurun. Dalam organisasi keadaan yang sama boleh berlaku kerana itu adalah sunnah organisasi,” tulisnya.

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?-Nik Aziz

0

Category : Politik

Sumber : Blog  TG Nik Aziz

Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.”

[ Online : 914 hari. ]