Peribahasa sumbang tentang ‘gigit’

0

Category : Karya Seni, Politik, Suka-suka

By Faisal

Gigit jari – Bermaksud; tidak dapat yang diharapkan. Contoh ayat: Seorang penyair veteran menggigit jari sebaik sahaja Dato Dr Anwar Ridhwan diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke 10.

Gigit lidah – Bermaksud; tidak hiraukan kecaman orang. Contoh ayat: Meskipun mendapat kecaman mufti wahabi, penulis muda tersebut hanya menggigit lidah dan terus mengarang pelbagai karya mengenengahkan pemikirannya.

Nik Aziz terima fakta salah?

0

Category : Politik

By Alhussen

Pelbagai andaian dilemparkan oleh pelbagai pihak apabila Mursyidul Am , Tuan Guru Nik Aziz menggesa supaya PAS mengadakan satu Muktamar Khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Ada yang mendakwa bahawa pemikiran Tuan Guru telah dipengaruhi oleh beberapa orang tertentu yang kononnya telah menyuapklan maklumat yang kurang tepat hinggakan Tuan Guru mendapat maklumat yang salah.

Dah lah tu bergaduh..

0

Category : Politik

By Roslan SMS

Dari tulisan Dr Aziz Bari ke tulisan Tok Guru dalam blognya. Politik PAS kembali panas.”Mari kita adakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM), mari kita tukar dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah. Mari kita ambil mandat baru. Mari kita bawa tajdid dalam PAS. ”

 Mungkin ada yang melonjak gembira dengan cadangan ini, namun saya yakin ramai juga yang sedih, sesal dan kesal bagaimana tiba-tiba ia boleh dibangkitkan, mengapa sekarang ini?

MCA kalah sebelum PRU ke-13

0

Category : Politik

2,380 perwakilan MCA diperbodohkan apabila Presidennya, Ong Tee Keat bersama bekas Timbalannya, Chua Soi Lek, dan Timbalan barunya Liow Tiong Lai berjabat tangan di depan kamera, mengumumkan untuk bekerjasama sebagai satu pasukan di bawah “pelan perpaduan”.

Walaupun dinafikan oleh Ong sendiri, namun mustahil untuk “pelan perpaduan” sedemikian disempurnakan tanpa campur tangan dan tekanan daripada Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan BN, Najib Razak.

‘Belum ada keperluan saya masuk UMNO’

0

Category : Politik

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, belum terdapat sebarang keperluan untuk beliau menyertai semula UMNO dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, terdapat beberapa sebab mengapa beliau mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas termasuk tidak mahu dituduh kembali menyertai parti itu kerana ia semakin kuat.

“Saya suka membuat penjelasan secara muktamad hari ini iaitu walaupun saya menyambut baik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya berpendapat atas beberapa sebab, belum lagi ada keperluan bagi saya menghantar borang menyertai UMNO.

Aziz Bari: Hujah BN pertahan Speaker haram Ganesan tunggang-langgang

0

Category : Politik

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Barisan Nasional (BN) cuba menegakkan benang basah apabila memberikan pelbagai hujah Dato’ R. Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri(Dun) Perak yang sah.

Lebih malang lagi katanya mahkamah mengesahkan tindak tanduk BN menjadikan kuasa mahkamah itu juga agak ‘tunggang langgang’.

Soi Lek: Kami tiada pilihan, terpaksa bersatu

0

Category : Politik

Walaupun kelihatan tenang dan sesekali menguntum senyuman sewaktu sidang akhbar, tetapi kenyataan bekas timbalan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membayangkan wujudnya rasa tidak puas hati berhubung pelan damai.

Dalam sidang akhbar petang tadi, musuh politiknya yang juga presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan bahawa mereka berdua telah mengenepi perbezaan mereka untuk menyatu dan memperkukuhkan MCA yang sedang dilanda krisis kepimpinan.

Buat laporan polis : Kenapa tak gunakan kuasa yang ada?!

0

Category : Perak, Politik

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup hairan dengan kenyataan Datuk G. Ganesan yang mendakwa beliau adalah ‘Speaker’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah dengan tidak memahami Perintah-Perintah Tetap DUN Perak itu sendiri tentang pemegang jawatan Speaker malah cuba membohongi rakyat Perak khasnya.

DPPN Pk meminta supaya Ganesan seorang yang dipertanggungjawabkan mencemar dan merosakkan imej DUN Perak mesti diambil tindakan segera oleh Polis kerana Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh V. Sivakumar telah menjatuhkan hukuman terhadap beliau. Dan Polis adalah bertanggungjawab melaksanakan keputusan tersebut apabila telah diterima oleh sidang DUN.

An uneasy peace in MCA

0

Category : english, Politik

The announcement of MCA’s peace plan today left niggling doubts over how solid the reconciliation between former rivals will be and whether it will really be the end to months of power struggle.

The Malaysian Insider understands that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who brokered the plan, is also unsure if the idea of maintaining the status quo in MCA will work.

Tian Chua menggigit : berdepan hilang kelayakan ahli parlimen

0

Category : Politik

Ahli Palimen Batu, Tian Chua akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen jika gagal mengemukakan rayuan berhubung tuduhan menghalang tugas seorang anggota polis dan menggigitnya.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan perlaksanaan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 beliau atas tuduhan tersebut dan dibenar membuat rayuan dalam masa 14 hari.

Menurut laporan Malaysiakini, Tian ketika mengulas perkara itu berkata, beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

[ Online : 1011 hari. ]