07 Feb 2010 @ 12:55 AM 

rangkaHULU TERENGGANU: Sekumpulan arkeologis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu, yang menjalankan kerja ekskavasi di Gua Bewah, Tasik Kenyir, sejak tiga bulan lalu, menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik.

Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (Atma), UKM, Prof Datuk Dr Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, berkata rangka manusia zaman Mesolitik yang dipercayai remaja itu dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.

“Rangka pra sejarah itu ditemui pada kedalaman 65 sentimeter (sm) hingga 70 sm yang disemadikan dalam keadaan merengkok dan kita telah menghantar sampel DNA (asid deoksiribonukleik) ke Amerika Syarikat untuk dianalisis.

Posted By: admin
Last Edit: 07 Feb 2010 @ 12:55 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Terengganu, sejarah
 29 Jan 2010 @ 1:04 AM 

Pernahkah anda berdiri di depan sebuah papan tanda jalan dan bertanya sebagai contoh, “Kenapa ada nama Jalan Alsagoff, di Geylang Serai, Singapura dan Jalan
Alsagoff di Pontian, Johor? Siapa dia Alsagoff? Samakah Alsagoff dengan Alattas?” Mari ikut saya ke Singapura dan lupakan kisah jambatan bengkok yang menyakitkan hati kita.

Di pulau yang sudah dua kali jadi janda terdapat manusia yang ‘hilang akal’, bukan Tok Nan atau Awang Kenit. Akibat takut adanya Melayu yang pandai, Hang Nadim telah dibuang kelaut gara-gara sikap raja yang ‘hilang akal’, tidak ada hati budi, akhlak dan ego yang meninggi. Melayu memusuhi bangsanya sendiri. Kasihan.

Selain dari Jalan Alsagoff terdapat juga Madrasah Alsagoff. Satu ketika dulu ia adalah sebuah sekolah yang terbaik dan lengkap di Singapura. Terdapat juga Muslimin TrustFund Association of Singapore (MPTA) yang ditubuhkan pada Jun 1904. Al- Fatihah untuk Almarhum Habib Mohamed Alsagoff.

Penubuhan MPTA untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh orang Melayu Singapura yang tidak berkemampuan. Sumber kewangan MPTA sebahagian besarnya datang daripada sumbangan Almarhum. Beliau ingin memastikan kebajikan Melayu di Singapura terpelihara walaupun setelah kematiannya. Sifat Rahmatun lil Alamin Rasulullah S.A.W menjadi ikutan Almarhum.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 28 Jan 2010 @ 08:58 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: sejarah
 08 Jan 2010 @ 1:00 AM 
Aur di Gubir, Kedah dipercayai milik Raja BersiongKewujudannya

Kota Aur di Gubir, Kedah dipercayai milik Raja Bersiong

Kewujudannya hanya berdasarkan cerita legenda, tiada bukti fizikal.

BAGI peminat sastera rakyat dan cerita legenda, kisah kekejaman Raja Bersiong yang memakan darah manusia pastinya sering menarik perhatian. Bukan setakat kekejamannya, tetapi persoalannya ialah sama ada kisah itu benar-benar berlaku atau hanya cerita lisan yang diturun- temurunkan untuk hiburan bagi mengisi masa senggang.Catatan Hikayat Merong Mahawangsa dan Sastera Rakyat Negeri Kedah menyatakan ia kisah legenda dan tiada sesiapa yang dapat membuktikan dengan tepat atau mempunyai bukti fizikal peristiwa itu memang berlaku.

Persoalannya, wujud beberapa nama tempat yang dikaitkan dengan peristiwa berkaitan Raja Bersiong. Nama daerah Baling, Mukim Siong dan Kota Aur di Kedah adalah nama popular yang dikaitkan dengan rentetan sejarah silam Raja Bersiong.Jika ke Kampung Lalang, kira-kira 10 kilometer dari Pekan Baling, pengunjung akan melalui satu mercu tanda seakan-akan pintu gerbang berbentuk sepasang siung yang tumbuh menegak.

Mercu tanda berdiri tegak di kiri dan kanan jalan sebenarnya dibina sebagai tanda ingatan kepada peristiwa Raja Bersiong.Siapakah Raja Bersiong hinggakan industri perfileman negara juga berminat dan pernah menterjemahkan kisahnya ke dalam filem Melayu, lakonan seniman Ahmad Mahmud, Sarimah dan Nor Azizah pada 1968 serta drama tari bertajuk Raja Bersiong di Dewan Filharmonik Petronas.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 08 Jan 2010 @ 09:10 AM

EmailPermalinkComments (1)
Tags
Categories: sejarah
 26 Nov 2009 @ 12:01 AM 
Al-Quds (Baitulmuqaddis)
Allah s.w.t telah berfirman tentang Masjidilaqsa iaitu: “Yang Kami berkati sekelilingnya.”
Apa yang dimaksudkan dengan sekelilingnya ialah bandar Al-Quds (Baitulmuqaddis).
Bandar Al-Quds terletak di garisan bujur 35 darjah dan di garisan lintang 31 darjah.Bandar Al-Quds adalah merupakan bandar yang tertua di dunia, di mana ia telah dibangunkan pada tahun 3000 Sebelum Masihi.
Di dalam bandar ini terdapat Masjidilaqsa yang juga termasuk di antara masjid yang tertua di dunia selepas Masjidilharam. Imam Bukhari dan perawi-perawi yang lain telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Nabi s.a.w ditanya: Masjid yang manakah pertama kali dibina di atas muka bumi? Lalu baginda bersabda: Masjidilharam. Selepas itu baginda di tanya lagi: Selepas itu? Baginda bersabda: Masjidilaqsa. Kemudian baginda ditanya: Berapakah jarak tempoh pembinaan di antara keduanya? Baginda menjawab: 40 tahun.
Pembukaan Islam telah berjaya sampai ke bandar Al-Quds selepas kekalahan tentera Rom di dalam peperangan Yarmuk menjadikan jalan ke Baitulmuqaddis terbuka luas. Lalu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah r.a meminta supaya Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a datang ke bandar Al-Quds kerana penduduk bandar Al-Quds tidak mahu menyerah kecuali selepas kehadiran Khalifah umat Islam untuk menerima penyerahan bandar tersebut. Lantas Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a pergi ke Baitulmuqaddis pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636 Masihi serta memberi jaminan keamanan kepada penduduk di sana serta berjanji untuk menjamin keselamatan jiwa, harta dan tempat-tempat ibadat mereka serta tidak membenarkan orang-orang Yahudi untuk tinggal bersama mereka di bandar Al-Quds. Khalifah Umar bin Al-Khattab telah memberi kebebasan beragama kepada penduduk di bandar Al-Quds secara membayar Jizyah. Beliau juga menolak permintaan salah seorang paderi untuk mendirikan sembahyang di dalam gereja Kristian supaya masyarakat tidak terikut-ikut untuk melakukan tindakan yang sama. Kemudian beliau pergi ke kawasan Masjidilaqsa lalu menyapu kotoran yang terdapat pada batu As-Sakhrah seterusnya beliau membina sebuah masjid di sudut sebelah selatan tempat tersebut.
Di dalam Islam Masjidilaqsa mempunyai kedudukan yang sangat tinggi, di mana ia merupakan kiblat pertama bagi umat Islam dan Nabi s.a.w sendiri pernah mendirikan sembahyang sebanyak 17 bulan secara menghadap ke arah Masjidilaqsa, kemudian baginda menukar arah kiblat ke Masjidilharam setelah diturunkan perintah oleh Allah supaya baginda berbuat demikian.
Dari masjid inilah juga Rasulullah s.a.w dimikrajkan ke langit selepas baginda diisra’kan dari Masjidilharam ke Masjdilaqsa selama satu malam dan mendirikan sembahyang bersama seluruh para nabi-nabi sebelum baginda melakukan perjalanan Mikraj ke langit.
Pada setiap masa dan zaman para pemimpin dan khalifah umat Islam kelihatan sentiasa memberikan perhatian yang tinggi terhadap bandar Al-Quds yang penuh dengan keberkatan ini. Contohnya pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah, Abdul Malik bin Marwan telah membina Kubah As-Sakhrah pada tahun 72 Hijrah bersamaan 691 Masihi dan selang beberapa tahun selepas itu Al-Walid bin Abdul Malik telah membina kembali Masjidilaqsa.
Tidak ketinggalan juga pada zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiah, di mana mereka turut memberi perhatian kepada bandar Al-Quds sehinggalah pemerintahan Islam menjadi lemah dan Masjidilaqsa dikuasai oleh tentera Salib selama hampir 100 tahun kemudian dibebaskan kembali oleh pahlawan Islam yang agung iaitu Salahuddin Al-Ayubi rahimahullah.
Setelah itu Al-Quds mendapat perhatian penuh pada zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah dan terus berada dalam keadaan aman sehinggalah berlaku kelemahan di dalam pemerintahan Kerajaan Othmaniah yang diakhiri dengan kejatuhan Khalifah Islamiah menyebabkan orang-orang Yahudi dapat masuk ke bandar Al-Quds dan Al-Quds masih lagi dijajah oleh Zionis Yahudi sehinggalah ke hari ini.

Allah s.w.t telah berfirman tentang Masjidilaqsa iaitu: “Yang Kami berkati sekelilingnya.”

Apa yang dimaksudkan dengan sekelilingnya ialah bandar Al-Quds (Baitulmuqaddis).

Bandar Al-Quds terletak di garisan bujur 35 darjah dan di garisan lintang 31 darjah.Bandar Al-Quds adalah merupakan bandar yang tertua di dunia, di mana ia telah dibangunkan pada tahun 3000 Sebelum Masihi.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 11 Dec 2009 @ 02:08 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Agama, sejarah
 16 Nov 2009 @ 3:00 PM 

MELAKA, Jabatan Warisan Negara (JWN) akan mempamerkan empat rangka manusia berumur 1400 hingga 1450 A.D. yang ditemui di tapak tinggalan Portugis yang dikenali sebagai Kubu Fedrick Hendrick di Bandar Hilir di sini.

Penolong Pengarah Arkeologi dan Konservasi JWN, Mohamad Muda Bahadin, berkata keempat-empat rangka itu akan dipamerkan dalam bekas di tapak bangunan Hong Kong Shanghai Bank (HBSC) bersebelahan kubu itu, yang akan dijadikan Galeri Warisan Kota Melaka tidak lama lagi.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 16 Nov 2009 @ 02:47 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: sejarah
 25 Oct 2009 @ 7:09 AM 
Shamsiah Fakeh

Shamsiah Fakeh

By MSO

Aku telah melarikan diri ke dalam hutan untuk ikut serta dalam perjuangan bersenjata melawan penjajah British untuk memperjuangkan kemerdekaan Malaya. Masa itu aku berumur 24 tahun. Sejak itu aku telah meninggalkan ibubapaku, keluarga dan kampung halamanku demi kemerdekaan tanahair.” – Shamsiah.

TANGGAL 20 Oktober lepas genap setahun Serikandi Rimba, Shamsiah Fakeh, meninggal dunia. Sudah tentu anak cucu, sanak saudara dan para pengkagum serikandi rimba ini telah mengadakan doa dan tahlil mengenang Allahyarhamah.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 25 Oct 2009 @ 07:13 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: sejarah
 12 Oct 2009 @ 1:44 AM 

Tiada siapa dapat mengira jumlah yang tepat meriam yang ada di Bukit Cenning. Bukit  Cenning di Pulau Daik Lingga, Indonesia adalah sebahagian daripada benteng pertahanan utama menentang Belanda dan Sultan Abdul Rahman adalah raja terakhir Johor Riau Lingga sebelum melarikan diri ke Singapura.

Benteng pertahanan berukuran 32 meter x 30 meter itu terletak di Kampung Seranggung dan dibangunkan ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah III (1761-1812).

Sepanjang perjalanan ke Kampung Serangga baru-baru ini, saya tertanya-tanya berapa jumlah sebenar meriam yang masih ada di situ. Saya ditemani penjaga muzium Pulau Daik Lingga, Sulaiman Atan, tetapi lelaki warga emas itu penuh berteka teki, katanya tengoklah sendiri apabila sampai ke sana.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 12 Oct 2009 @ 01:51 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Ajaib, sejarah
 10 Oct 2009 @ 1:20 AM 

Saya sudah dilahirkan pada zaman Tun Razak memerintah Malaysia sebagai Perdana Menteri. Namun usia yang masih bayi waktu itu membuatkan saya tidak tahu apa-apa mengenai konfrontasi Malaysia – Indonesia. Apa yang saya tahu kemudian, ia adalah penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962-1963.

Menurut cerita emak dan abah kepada kami waktu itu, segalanya bermula apabila cita-cita Presiden Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang.

Sejak itu timbullah istilah ‘Ganyang Malaysia’. Ia membakar hati orang yang dewasa waktu itu, termasuk emak dan bapa saya. Saya masih ingat, apabila diminta bercakap mengenai hal itu, hidung mereka tetap kembang kuncup bercerita.

Kini akar perselisihan itu dibongkar kembali. Membenci Malaysia dan membenci Indonesia disemarakkan dengan pelbagai insiden. Bakar bendera, ancaman tombak runcing, demonstrasi jalanan dan serangan Internet serta penggodam terhadap laman web dan laman peribadi Malaysia bukan lagi rahsia. Ia berkembang menjadi idealis yang liar. Kefahaman dan persaudaraan menjadi tidak rasional lagi.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 09 Oct 2009 @ 10:28 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: sejarah
 30 Sep 2009 @ 3:45 AM 

Oleh Sakini Mohd Said

TANGGAL 29 Mei lalu, genap 36 tahun industri hiburan tempatan kehilangan seorang insan seni berjiwa besar, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang meninggal dunia pada 1973 kerana penyakit jantung.

Biarpun sudah lama arwah pulang ke Rahmatullah, khazanah seni peninggalannya bukan saja cukup bernilai pada saat ini, malah sentiasa mendapat perhatian kerana kualiti jalan cerita di samping pelakonnya menggamit sesiapa saja yang menonton.

Mengambil keberkatan Ramadan lalu, sahabat baik arwah iaitu pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip, Datuk Aziz Sattar bersama bekas jurugambar hiburan yang kini jurugambar politik, Roslay Raffie mengadakan majlis tahlil pada 13 Ogos lalu di tanah perkuburan Islam Ampang bagi mengingati pengorbanan arwah selama ini.

Majlis itu turut diadakan untuk Puan Sri Saloma, bekas isteri, Norizan dan anak arwah Nasir serta sahabat, AR Tompel.

Antara artis veteran yang turut hadir Datuk Mustapha Maarof, Datuk M Daud Wahid, Mariani bersama anaknya, Rozita Rohaizad serta anak-anak arwah Nasir.

Bagi Aziz, 84, perasaan sebak tidak dapat lari tatkala menziarahi pusara rakan baiknya itu.
More »

Posted By: admin
Last Edit: 30 Sep 2009 @ 03:47 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Artist, sejarah
 24 Sep 2009 @ 1:15 AM 

911.1Peristiwa 11 September yang telah sekian lama dilobi Amerika atas premis ‘War on Terror’nya telah memberikan impak yang besar kepada satu tahap perubahan yang dialami dunia hari ini.

Dalam memahami perubahan ini, ternyata ada beberapa persoalan yang perlu kita teliti dan analisa yang mana ianya sentiasa melingkari paradigma kita memahami apa yang terjadi sebenarnya.

Dalam Siri 1 ini, penulis sekadar membicarakan tiga persoalan utama untuk kita membuka minda dan renung-renungkan bersama:

Pertama. Sebaik berlakunya serangan pengganas ke atas WTC dan Pentagon, kita melihat satu arah aliran pergerakan yang sangat cepat baik dari sudut menghulurkan simpati, menzahirkan kemarahan dan usaha menjelaskan pendirian dari seluruh juzu’ dunia.

Adakah perkara yang sama akan berlaku kepada media massa global, kuasa-kuasa besar dunia andai perkara yang sama berlaku di negara dunia ketiga yang mangsa dan kemusnahannya lebih besar berbanding di WTC?, Atau apakah akan wujud satu keputusan bersama di peringkat antarabangsa bahawa terdapat ancaman pengganas dan keganasan antarabangsa berlaku jika ia wujud di bahagian dunia yang lebih miskin dan terpinggir?

Kedua. Serangan ‘pengganas’ ke atas WTC, telah menyebabkan kita mula memikirkan dan mencari definasi baru kepada istilah seperti “Perang”, “Tamadun” dan “Orde Baru Antarabangsa”. Apakah ‘the real wisdom’ di sebalik peristiwa 11 September sehingga melahirkan satu pakatan ketenteraan, jalinan perisikan dan kerjasama sekuriti terbesar dalam sejarah kemanusiaan dan peradaban manusia demi satu matlamat – “War on Terror”, atau apakah nilai universal tamadun yang cuba dijustifikasikan dalam menentukan kepada pengarahan aliran tamadun yang satu sehingga memerlukan kepada satu instrumen susun reka kembali (restructured) dasar-dasar globalisasi yang mewujudkan ‘International New Order’?

Ketiga. Isu 911 juga bukan hanya menuntut kita melihat entiti perang dan aspek ketamadunan semata-mata, malah lebih daripada itu ialah kefahaman mendalam ketidaksedaran dan kejanggalan aliran politik kita yang terlalu ideal. Justeru, sebaik berlaku tragedi 911, baik ahli politik, journalis, ahli akademik sehinggalah kepada warga dunia seluruhnya masih lagi dibelenggu oleh satu paradigma, ‘The Other’.

Kita acapkali merujuk isu 911 sebagai bukti pertembungan tamadun (Clash of Civilizations) kepada membalas serangan ‘Crusades’. Tidak kurang juga yang mengaitkan isu ini dengan peperangan antara ‘Baik’ dan ‘Jahat’ (Good and Evil). Adakah kita berada dalam catatan sejarah untuk meraikan “End of History”, atau berada di persimpangan yang genting untuk keluar daripada perangkap pemikiran dan idea politik stereotaip “Clash of Civilizations”?

Isu-Isu Utama Pasca 11 September

1. Unipolar World (Tamadun Barat)911.2

Menurut Quigley, akan wujud hanya satu kuasa besar sahaja (U.S & Europe) yang mana di sana wujud gejala-gejala baru seperti penguasaan ke atas ekonomi global, kemajuan pesat bidang ICT dsb.

Kewujudan satu kuasa yang cuba mempengaruhi geopolitik dunia dan berusaha pula membentuk lingkaran pengaruh dan kuasa ke atas kuasa-kuasa yang tidak setandingnya. Sebagai contoh, usaha Amerika untuk mewujudkan ‘Pax Americana’.

Bagi Quigley, walaupun kerajaan ini nampak gagah pada zahirnya, akan tetapi disebabkan bercambahnya gejala-gejala buruk yang berlaku akan menyebabkan berlaku kelemahan dalaman yang parah. Ini akan terus berlarutan, melainkan ada penemuan mekanisme ‘instrumen expansion’ yang baru.(Quigley, Caroll: The Evolution of Civilizations)

Justeru, ramai penganalisis beranggapan usaha pencerobohan Amerika secara ‘unilateral’ ke atas Iraq, bakal menemukan Amerika dengan asas perkembangan baru perluasannya bila menguasai simpanan kedua terbesar minyak dunia selepas Arab Saudi.-sejarah2u

Posted By: admin
Last Edit: 07 Oct 2009 @ 12:16 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 06 Sep 2009 @ 1:54 AM 

AgongJika kita imbas sejarah negara, kita pernah berkonfrontasi dengan Indonesia pada tahun 1963 dan hampir-hampir terjadinya perang antara 2 negara.

Ia bermula dengan slogan ‘ganyang Malaysia’ . Pemerintah Indonesia di bawah Soekarno telah melancarkan penentangan bersenjata melalui slogan Ganyang Malaysia’. Ia terjadi ekoran Persekutuan Tanah Melayu ingin membentuk Persekutuan Malaysia. Kerajaan Indonesia beranggapan pembentukkan gagasan ini adalah suatu penjajahan baru oleh Malaysia.

Walau bagaimanapun, ramai sejarawan berpendapat ia sebenarnya adalah satu slogan dicipta oleh Soekarno semata-mata bagi mengalih pandangan rakyat agar tidak bangkit memberontak terhadap pemerintahannya.

Konfrontasi ini berakhir apabila Soekarno digulingkan pada tahun 1966 oleh Jeneral Soeharto.

Dan kini, perkataan ‘Ganyang Malaysia’ kedengaran lagi tetapi dengan irama dan cara yang agak berbeza. Dengan penulis blog anti-Malaysia berapi-api mengutuk Malaysia dan penulis blog anti-indon berapi-api mencela indon. Dan bermacam-macam konfrontasi dan provokasi.

Kita sebagai orang melayu beragama islam hendaklah merujuk perkara ini kepada Allah dan Rasul.

Posted By: admin
Last Edit: 05 Sep 2009 @ 09:05 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Malaysiaku, sejarah

 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 60
  • Posts/Pages » 2,052
  • Comments » 267
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.