JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.
Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang.
Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.
JELI: Malang bagi seorang warga emas yang maut akibat dibelasah sekumpulan penduduk kampung yang berang dengan tindakannya membawa seorang pelajar perempuan tingkatan empat bersiar-siar di pusat perkelahan Lata Renyok, Jalan Kuala Balah di sini, kelmarin.
Kejadian jam 9 malam itu berlaku ketika mangsa yang berusia 63 tahun membawa pelajar berumur 16 tahun terbabit bersiar-siar menaiki van miliknya di pusat rekreasi berkenaan.
Bagaimanapun, tanpa disedari mangsa, van dipandunya diekori sekumpulan penduduk kampung menaiki beberapa kereta hingga ke pusat rekreasi berkenaan.
Mangsa yang sedang memusingkan kenderaannya untuk berpatah balik ke jalan utama ditarik penduduk kampung sebelum dibelasah beramai-ramai menyebabkan kepala dan lututnya cedera parah.
Difahamkan, selepas kejadian, mangsa dihantar pulang ke rumah isterinya di Kampung Lakota, dekat sini, oleh kumpulan lelaki yang memukulnya.
Dia yang cedera parah kemudian menghubungi polis menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan menghantarnya ke Hospital Jeli, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan bahawa tindakan Pemangku Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra menyingkirkan adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada Majlis Perajaan negeri itu tidak boleh disemak semula. Demikian berita yang dipetik dari Bernama.
Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata sebuah mahkamah undang-undang bukanlah forum yang sesuai bagi membuat keputusan mengenai isu membabitkan hak istimewa.
Katanya, ini kerana sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh Sultan.
Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan, mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris yang menyingkirkannya daripada Majlis Perajaan Kelantan pada 16 Sept tahun lalu.
Mengikut Perkara 5 Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, majlis itu bertanggungjawab mengesahkan waris takhta dan menentukan sama ada terdapat kekosongan pada takhta disebabkan ketiadaan Sultan di negeri itu untuk tempoh lebih dari setahun.
TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.
Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.
Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.
KOTA BHARU- Kerajaan Negeri Kelantan mencari kaedah sesuai bagi membolehkan Kerajaan Pusat menimbang tuntutan royalti minyak di beberapa telaga yang bertindih antara Kelantan-Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh Kerajaan Pusat ialah RM9.7 bilion.
“Semasa membuat perjumpaan dengan pihak Petronas, mereka bersetuju dengan pendapat Kerajaan Negeri bahawa selama ini tidak terdapat sempadan yang laut yang sah antara Terengganu dan Kelantan. Oleh kerana itu, pengeluaran bagi beberapa telaga in perlu ditentukan semula,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Ahli Parlimen PAS kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.
Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.
Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.
Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.
Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera Kelantan terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pagi ini.
Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.
KOTA BHARU – Kira-kira 30 peratus daripada lebih 100,000 murid sekolah rendah di Kelantan didapati masih buta huruf apabila mereka didapati gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
“Mereka dikatakan gagal menguasai 3M walaupun selepas tiga tahun bersekolah,” kata Ketua Sektor Akademik dan Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Adnan Mohd. Nor.
Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.
Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.
Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.
Kerajaan Persekutuan diminta melunaskan bayaran royalti minyak terhadap Kerajaan Kelantan bagi pengeluaran petroleum di negeri itu mengikut perjanjian yang termaktub antara kerajaan negeri dan petronas sejak tahun 1975.
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, yang menyambut baik usaha proaktif kerajaan negeri menuntut bayaran berkenaan juga berharap tuntutan itu ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Setelah Umno cuba mengulangi kembali idea silamnya, mendakwa Kelantan sebagai sebuah negeri mundur, para pemimpin PAS negeri amat menyedari sememangnya itu adalah sebahagian daripada strategi lapuk Umno dalam usahanya untuk menawan Kelantan.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, semasa menghubungi The Malaysian Insider bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein, dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Alwi Che Ahmad, yang mendakwa Kelantan masih mundur berbanding dengan negeri-negeri lain berikutan kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan pembangunan sebagaimana dijanjikan pada pilihan raya tahun lepas.
Hasil tangkapan luar biasa ikan duri oleh nelayan di Kuala Kemasin dan Pantai Senok, Bachok, semalam berkemungkinan berpunca daripada kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Meteorologi Wilayah Timur, Azmi Daud berkata, fenomena kemunculan ribuan ikan dari dasar laut kebiasaannya terjadi apabila adanya kejadian bencana alam kerana ikan akan mencari kawasan yang lebih selamat.

BACHOK – Penduduk di Kampung Pantai Senok dekat sini gempar apabila seorang nelayan di kawasan itu berjaya menangkap lebih 5,000 kilogram (5 tan) ikan pulut ketam dengan anggaran harga RM37,000 dalam masa tidak sampai dua jam turun ke laut.
Nelayan terbabit, Che Lah Che Muda, 41, berkata, inilah kali pertama dalam sejarah hidupnya sepanjang 10 tahun menjadi nelayan berjaya mendapatkan hasil tangkapan sebanyak itu.
“Saya memang terkejut melihat hasil tangkapan yang kami perolehi. Ia memang luar biasa. Sebelum ini hasil tangkapan yang paling banyak diperoleh lebih kurang 1,000 kilogram sahaja.
“Biasanya anak kami rajin membantu saya dan suami berniaga ikan di Beris, Bachok tetapi semalam (kelmarin) dia memberitahu tidak mahu ke mana-mana kerana letih.
“Disebabkan itu, hanya dia tinggal bersendirian di rumah,” kata Zubidah Sulaiman, 40, selepas menemui anaknya mati tergantung di rumahnya di Kampung Jelutong, Seribong, di sini, malam kelmarin.

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 