Pengundi kecewa Ibrahim Ali khianati amanah

0

Category : Apa dah jadi, kelantan, Politik

Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang, sebagai anggota parlimen Pasir Mas, namun beliau melupakan segala-galanya dan ‘menggigit tangan yang menyuapkannya makanan’.

Ini kerana sokongan padu penyokong PAS dan Pakatan Rakyat membolehkan merasai kembali jawatan itu selepas menang di atas tiket Semangat 46 pada 1990.

Namun Ibrahim melupakan segala jasa dan keringat ahli dan penyokong PAS yang bekerja keras memenangkannya pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Kata orang tua-tua, ibarat kacang sudah lupakan kulit.

Pengundi di Pasir Mas ketika ditemui menyokong penuh saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat.

Kertas kerja kawal jual arak di negeri Pakatan

0

Category : Kedah, kelantan, Penang, Politik, selanggor

Malaysiakini : Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Timbalan Ketuanya, Azman Shapawi Abd Rani hari ini berkata kertas cadangan itu, yang dijangka siap penghujung tahun ini, tidak akan mengharamkan penjualan arak secara menyeluruh di negeri-negeri itu .

“Kertas cadangan itu (lebih kepada) bentuk kawalan kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum. Tetapi mungkin ada tempat yang diharamkan penjualannya…Mungkin di negeri yang majoriti orang Islam terlalu ramai,” katanya dalam sidang berita di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Ketika ditanya kenapa Perak turut menjadi senarai negeri yang akan menerima kertas cadangan itu selain Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Azman Shapawi berkata PAS masih menganggap negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Sementara itu, beliau berkata Pemuda PAS akan mengemukakan beberapa tuntutan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk mengenai keinginan mereka untuk bertemu kira-kira 5,000 pengundi pos untuk berkempen.

“Kita rasa dalam pilihan raya kecil ini, benda (kempen) itu boleh dilakukan kalau SPR beri kebenaran kepada kita. Kalau orang lain boleh masuk, tak kanlah calon nak bertemu dengan pengundi dan cerita manifesto pun tak boleh,” katanya.

Budak 3 tahun mati ditikam bapa saudara

0

Category : jenayah, kelantan, Macam-macam hal, Malaysiaku

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai mati dibunuh oleh bapa saudaranya ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di Kampung Melayu di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi apabila mangsa didatangani bapa saudaranya seorang penagih tegar lalu menikam mangsa dengan pisau di bahagian rusuk kanannya.

“Mangsa sedang menonton TV bersama nenek saudaranya manakala bapanya sedang tidur tidak jauh dari situ. Tiba-tiba suspek muncul dengan sebilah pisau dan terus menikamnya.

“Neneknya yang melihat kejadian itu terus memeluknya sebelum memangkunya keluar untuk mendapat pertolongan. Keadaan mangsa ketika itu berlumuran darah.

“Bapa mangsa yang kemudiannya menyedari kejadian tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Gua Musang, tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Aziz berkata, sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu, polis bergegas ke rumah mangsa dan menahan suspek berusia 22 tahun.

“Kita masih menyiasat motif pembunuhan,” katanya. – Bernama

-bharian-

[ Online : 1011 hari. ]