By Salhan K Ahmad
PAS telah membuat laporan polis dan menggesa supaya diturunkan beberapa papan tanda yang didakwa “menimbulkan prasangka jahat” terhadap calon parti itu dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
Beberapa papan tanda kempen BN yang dibantah oleh PAS membawa mesej “Tolak PAS serta “Usah biarkan dipesongkan” – telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Bagaimanapun, PAS mahu kesemua papan tanda berkenaan yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik di kawasan Bagan Pinang supaya diturunkan.






