Ayah terbunuh, abang cedera parah ditikam saudara sendiri

0

Category : Terengganu

Bunuh keluarga sendiri

Bunuh keluarga sendiri

KUALA TERENGGANU, Feb 3 — Seorang bapa terbunuh manakala seorang anak lelakinya cedera parah ditikam saudara sendiri dalam satu kejadian di Kampung Duyong Wan Su di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Md Jamil berkata, dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, bapa berkenaan berusia 51 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya berusia 30 tahun, cedera parah setelah ditikam dengan pisau Rambo berukuran 32 sentimeter.
 
Kejadian berlaku semasa abang kepada suspek sedang tidur di rumahnya.

Suspek secara tiba-tiba telah bertindak menikam abangnya sendiri, kata Hamzah.

“Sebaik sahaja ditikam, abang kepada suspek menjerit meminta pertolongan menyebabkan kedua ibu bapanya keluar dari bilik untuk melihat keadaan. Mereka kemudiannya melihat abang suspek berada keadaan berlumuran darah sambil menahan sakit.

“Suspek juga dilihat dalam keadaan badannya yang berlumuran darah sedang memegang sebilah pisau di tangannya,” katanya kepada pemberita di sini.

Mahkamah Tinggi tiada kuasa bicara isu Raja

0

Category : kelantan

tengku fakhryMahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan bahawa tindakan Pemangku Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra menyingkirkan adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada Majlis Perajaan negeri itu tidak boleh disemak semula. Demikian berita yang dipetik dari Bernama.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata sebuah mahkamah undang-undang bukanlah forum yang sesuai bagi membuat keputusan mengenai isu membabitkan hak istimewa.

Katanya, ini kerana sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh Sultan.

Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan, mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris yang menyingkirkannya daripada Majlis Perajaan Kelantan pada 16 Sept tahun lalu.

Mengikut Perkara 5 Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, majlis itu bertanggungjawab mengesahkan waris takhta dan menentukan sama ada terdapat kekosongan pada takhta disebabkan ketiadaan Sultan di negeri itu untuk tempoh lebih dari setahun.

Rumah urut bagai cacing kepanasan

0

Category : selanggor

PUCHONG – Para pengusaha pusat urut kini bagai cacing kepanasan apabila mereka terpaksa mengehadkan kehadiran gadis Tibet meskipun tiada operasi dijalankan oleh pihak berkuasa.

Tinjauan Kosmo! di beberapa buah pusat urut di sini mendapati gadis-gadis Tibet itu kerap terhendap-hendap di sebalik tirai yang dipasang di dalam premis setiap kali melihat kedatangan pelanggan.

Mereka juga asyik bertanya pelbagai soalan kepada pelanggan baru yang belum pernah berkunjung ke pusat itu.

Malah, mereka dilihat tidak selesa dan sering memerhatikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang sebagai langkah untuk memantau kehadiran pihak berkuasa.

Wartawan Kosmo! difahamkan, pengusaha premis kini menukar strategi dengan menyembunyikan gadis Tibet di asrama dan akan menghubungi mereka apabila ada pelanggan datang.

Amuk bakar rumah, rosakkan lima kereta

0

Category : Kedah

BALING -  Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengamuk lalu membakar rumah sendiri sebelum memecahkan cermin lima buah kereta milik keluarga serta jirannya di Kampung Hujung Bandar, Sik, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 55 tahun itu turut mencekik isterinya yang berusia 56 tahun dan anak perempuannya yang berumur 21 tahun ketika mereka sedang tidur.

Isterinya berkata, mereka terselamat apabila seorang anak lelakinya menyedari kejadian itu dan menghalang bapanya.

“Saya dan anak kemudiannya lari keluar dan meminta tolong jiran, kami sangat terkejut kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian,” katanya.

Sultan Johor mangkat

0

Category : Johor

22 Jan :  Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.

Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.

 Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor unku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri unku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Tragedi secawan teh

0

Category : kelantan

Tragedi secawan teh
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
2010/01/19
TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.
Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.
Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.
Akibatnya, air panas terbabit tercurah di kiri badannya menyebabkan dia melecur teruk sehingga kulit tertanggal dan kemerahan seperti udang dipanggang.
Kesan melecur teruk itu menyebabkan mangsa terpaksa membogelkan diri dengan menanggalkan kain sarung serta baju dipakai sebelum dihantar pulang rakannya dengan sebuah kereta.
Menceritakan semula kejadian itu, Sanusi berkata, dia tidak menyangka akan disimbah air panas ketika minum di sebuah gerai pada 4 Januari lalu.
“Malam itu, saya keluar rumah seorang diri seperti biasa dengan menunggang motosikal untuk minum di sebuah gerai berhampiran rumah. Ketika itu, saya hanya memakai baju-T dan berkain pelekat.
“Sebaik tiba di gerai itu, saya terus duduk dan memesan secawan teh, namun pesanan itu lewat tiba walaupun memesan beberapa kali menyebabkan saya meninggikan suara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pondok Lama di sini, semalam.
Sanusi yang mengambil upah menebar roti canai di sebuah restoran berkata, dia terkejut apabila pemilik gerai yang membawa segayung air panas masih menggelegak menerpa ke arahnya.
“Mulanya, memang saya tak perasan dia bawa air panas sehinggalah dia berdiri berhampiran dan menghalakan sesuatu ke arah muka menyebabkan saya panik.
“Saya cuba mengelak dengan menepis menggunakan tangan kiri sebelum bahagian kiri badan melecur akibat terkena air panas. Mujur saya mengelak kerana jika tidak sudah pasti muka saya melecur teruk,” katanya.
Sanusi terpaksa bergelut dengan pemilik kedai yang menyimbah air panas ke arahnya sambil disaksikan beberapa pelanggan lain.
“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu apabila terpaksa berbogel dengan menanggalkan baju dan kain dipakai kerana terlalu sakit terkena air panas.
“Mujur kejadian itu disedari seorang rakan yang kebetulan berada di sebuah pusat snuker di kawasan berhampiran dan menghantar saya pulang ke rumah dengan keretanya,” katanya.
Sanusi mendapatkan rawatan tradisional pada malam kejadian sebelum menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tanah Merah pada 16 Januari lalu dan membuat laporan polis pada hari sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan seorang suspek ditahan untuk siasatan.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat perasaan tidak puas hati peniaga terbabit berikutan tindakan mangsa meninggikan suara apabila air teh yang dipesan lewat dihantar kepadanya.
“Difahamkan, ketika itu mangsa memesan meminum tapi tidak diendahkan peniaga terbabit. Keadaan itu menyebabkan pemilik kedai menyimbah air panas yang terkena sebahagian kiri badan mangsa,” katanya.
Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.

Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.

Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.

Lelaki disyaki perogol bersiri diberkas

0

Category : Negeri Sembilan

Setelah diburu lebih dua bulan, polis berjaya memberkas seorang lelaki disyaki perogol bersiri di Kampung Kuala Sawah, Negeri Sembilan bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Adnan Abdullah, berkata suspek itu yang berumur dalam lingkungan 20an dan berasal dari Durian Tunggal dekat sini, menjadi buruan kerana dipercayai melakukan jenayah itu di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. “Dia disyaki terbabit dalam tiga kes rogol, empat kes samun dan rogol, satu kes cubaan rogol serta satu kes samun dan cabul kehormatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Mohd Adnan berkata, suspek belum berkahwin dan melakukan pelbagai kerja kampung dan pernah bekerja di stesen pam minyak. “Kita akan mendakwa suspek mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun atau tidak lebih dari 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan,” katanya. – Bernama

Bumbung Garaj Kereta Runtuh, 10 Buah Kereta Rosak

0

Category : Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Bernama)– Sepuluh buah kereta yang diletakkan di bawah garaj milik sebuah syarikat pembinaan di kawasan perindustrian Chendering dekat sini rosak setelah bumbung garaj itu runtuh akibat dilanggar oleh sebuah jengkaut Rabu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Terengganu ASP Mohd Faudzi Muhamad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu jengkaut berkenaan Jamali Harun, 40, dipercayai secara tidak sengaja telah terlanggar hujung bumbung garaj itu.

“Semasa hendak menjalankan kerja-kerja mengangkut barang bagi tujuan pembinaan pagar di syarikat tersebut, timba jengkaut itu telah terlanggar hujung bumbung garaj berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu jengkaut tersebut panik dan mengundurkan jentera berat itu menyebabkan timba jengkaut tersangkut pada bumbung asbestos sebelum kesemua tiang garaj itu runtuh.

Pencuri dibelasah teruk penduduk

0

Category : Terengganu

KUALA TERENGGANU – Akibat terlalu marah, seorang pencuri dibelasah teruk penduduk kampung, selain motosikal suspek turut dibakar, sebaik sahaja lelaki berkenaan ditangkap di Kampung Banggol Peradong, Manir, Ahad lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika suspek bersama seorang lagi rakannya dikatakan cuba memecah masuk ke dalam rumah seorang guru di kampung berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superitendan K Manoharan berkata, berikutan kejadian itu, suspek yang mengalami kecederaan terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Menurutnya, kedua-dua suspek pada mulanya dikatakan cuba memecah masuk ke rumah guru berkenaan tetapi gagal apabila perbuatan mereka disedari lebih awal oleh kakak ipar mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah dan meninggalkan rumah dalam keadaan berkunci. Kedua-dua suspek cuba memecah masuk melalui tingkap sisip angin di pintu belakang rumah berkenaan.

Temu janji klinik guna SMS

0

Category : Johor

Temu janji klinik guna SMS
JOHOR BAHRU – Pesakit bakal menikmati perkhidmatan kaunter yang lebih cekap di klinik pesakit luar milik kerajaan dengan pengenalan Sistem Peringatan Temu Janji dan Pengurusan Menunggu (QMARS).
Melalui penyelesaian berasaskan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibangunkan oleh Celcom Axiata Berhad, mereka yang telah berdaftar dan memberikan nombor telefon bimbit mereka di klinik berkenaan, akan diberitahu mengenai giliran mereka bagi temu janji dengan doktor atau menerima peringatan mengenai temu janji yang telah dijadualkan atau mengambil ubat mereka.
Sistem itu dijangka akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan di bahagian menunggu, barisan panjang, pembaziran masa dan juga mengurangkan jumlah pesakit yang tidak datang untuk temu janji mereka pada setiap hari.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menghadiri taklimat mengenai projek perintis itu di Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah di sini, semalam berkata, pesakit berpendapat ia lebih baik dan memberikan maklum balas positif terhadap sistem itu.
“Selepas mendaftar, pesakit boleh pergi ke tempat lain dan datang semula ke klinik selepas menerima SMS yang memberi peringatan mengenai giliran mereka berjumpa dengan doktor,” katanya.
Beliau berkata, kementerian sedang memantau keberkesanan sistem itu, khususnya untuk mengetahui sama ada sistem itu dapat mengurangkan tempoh menunggu pesakit.
Sistem itu yang masih di peringkat percubaan akan dilanjutkan ke beberapa lagi klinik untuk melihat rangkaiannya dengan ibu pejabat kementerian yang akan membolehkannya menerima maklumat pada waktu sebenar dan memberikan arahan kepada klinik berkenaan.
“Kami akan melancarkan sistem ini di seluruh negara jika sistem ini menunjukkan hasil memuaskan,” katanya.
Mengenai kos sistem itu dan pihak yang akan menanggung kos SMS itu, beliau berkata perkara itu masih belum dibincangkan dengan Celcom. – Bernama

JOHOR BAHRU – Pesakit bakal menikmati perkhidmatan kaunter yang lebih cekap di klinik pesakit luar milik kerajaan dengan pengenalan Sistem Peringatan Temu Janji dan Pengurusan Menunggu (QMARS).

Melalui penyelesaian berasaskan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibangunkan oleh Celcom Axiata Berhad, mereka yang telah berdaftar dan memberikan nombor telefon bimbit mereka di klinik berkenaan, akan diberitahu mengenai giliran mereka bagi temu janji dengan doktor atau menerima peringatan mengenai temu janji yang telah dijadualkan atau mengambil ubat mereka.

Sistem itu dijangka akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan di bahagian menunggu, barisan panjang, pembaziran masa dan juga mengurangkan jumlah pesakit yang tidak datang untuk temu janji mereka pada setiap hari.

[ Online : 1011 hari. ]