Gadis bogel parah jatuh tingkat 8

Seorang gadis parah selepas ditolak kekasihnya dari tingkat lapan sebuah pangsapuri sebelum jatuh ke dalam kolam renang, dalam keadaan bogel di Park View, Jalan Assumption, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, lelaki terbabit yang juga penagih dadah cuba membunuh diri dengan mengelar kedua-dua pergelangan tangannya selepas menolak kekasihnya.

Bagaimanapun, pasangan berusia awal 20-an itu dapat diselamatkan oleh orang ramai yang melihat kejadian berkenaan dan polis yang tiba beberapa minit kemudian.
Difahamkan, sebelum itu kedua-duanya dikatakan bergaduh dan lelaki terbabit memukul serta menolak wanita yang dalam keadaan bogel dari pangsapuri mereka.
Bagaimanapun, wanita berkenaan bernasib baik kerana terjatuh dalam kolam renang yang terletak di tingkat enam bangunan itu tetapi mengalami pelbagai kecederaan termasuk retak pinggang.

Penghuni yang terkejut dengan kejadian itu, segera menghubungi polis sebelum ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPA) membawanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Polis yang tiba di tempat kejadian terpaksa memecahkan pintu rumah mangsa dan menjumpai lelaki terbabit terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
Lelaki terbabit dikejarkan ke HSJ dan dirawat sebagai pesakit luar sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Seorang saksi berkata, beliau terdengar jeritan kuat sebelum melihat wanita itu terjatuh ke dalam kolam. Beliau berkata, penghuni lain yang turut melihat kejadian bergegas ke arah wanita itu untuk membantunya dengan menariknya keluar dari kolam berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
-beritaharian-

Kertas kerja kawal jual arak di negeri Pakatan

Malaysiakini : Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Timbalan Ketuanya, Azman Shapawi Abd Rani hari ini berkata kertas cadangan itu, yang dijangka siap penghujung tahun ini, tidak akan mengharamkan penjualan arak secara menyeluruh di negeri-negeri itu .

“Kertas cadangan itu (lebih kepada) bentuk kawalan kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum. Tetapi mungkin ada tempat yang diharamkan penjualannya…Mungkin di negeri yang majoriti orang Islam terlalu ramai,” katanya dalam sidang berita di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Ketika ditanya kenapa Perak turut menjadi senarai negeri yang akan menerima kertas cadangan itu selain Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Azman Shapawi berkata PAS masih menganggap negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Sementara itu, beliau berkata Pemuda PAS akan mengemukakan beberapa tuntutan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk mengenai keinginan mereka untuk bertemu kira-kira 5,000 pengundi pos untuk berkempen.

“Kita rasa dalam pilihan raya kecil ini, benda (kempen) itu boleh dilakukan kalau SPR beri kebenaran kepada kita. Kalau orang lain boleh masuk, tak kanlah calon nak bertemu dengan pengundi dan cerita manifesto pun tak boleh,” katanya.

Operasi roboh: 18 ditahan di Kpg Buah Pala

robohPenang(malaysiakini): Operasi meroboh rumah penduduk Kampung Buah Pala bermula hari ini apabila syarikat pemaju – Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd merobohkan rumah yang pemilik bersetuju untuk dipindahkan dari situ.

Operasi perobohan tersebut bermula dengan sebuah yang pemiliknya telah menerima pampsan dalam bentuk rumah gantian dan kos berpindah. Pemiliknya juga secara sukarela menyerahkan kunci rumahnya kepada pemaju.

Dengan diperhatikan oleh pihak polis dan jawatankuasa persatuan penduduk, pekerja masuk merobohkan rumah tersebut. Kira-kira sejam kemudiannya, mereka merobohkan rumah kedua.

Sementara itu, polis menangkap 18 orang, termasuk empat wanita, apabila penduduk dan anggota Pemuda MIC menghalang pekerja pemaju tersebut merobohkan rumah-rumah yang lain.

Perkara disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Azam Abdul Hamid.

Mereka yang ditahan termasuk peguam penduduk terbabit, Darshan Singh Khaira dan bekas ahli Majlis Petaling Jaya, dari PKR, A Thiruvenggadam.

Beberapa orang tercedera dalam insiden tersebut ketika anggota polis memukul dan menolak benteng manusia untuk masuk ke kampung tersebut.

Anggota Pemuda MIC, S Ragubalan, 28, dan K Somasundram, 24, mendakwa mereka mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan.

“Seorang pekerja yang merobohkan rumah memukul saya dengan tukul,” kata Ragubalan. Somasundram pula mendakwa dia dipukul oleh seorang anggota polis.

Seorang aktivis sosial, R Aravindraj berkata, lensa kameranya pecah sewaktu kejadian tersebut.

Penduduk naik berang apabila seorang anggota polis yang dikenali sebagai ‘Azman’ menjerit ‘anak haram’ kepada orang ramai di situ. Dia bagaimanapun segera beredar dari situ apabila orang ramai cuba menyerangnya.

Bagaimanapun, pergelutan itu terhenti apabila penolong setiausaha persatuan penduduk, C Tharmaraj memujuk mereka supaya bertenang.

Semua yang ditangkap kemudiannya dibawa dengan trak ke balai polis berhampiran.

>> LIHAT LANJUT

Ancaman Projek Etika Global Pulau Pinang

PULAU PINANG: Fahaman kumpulan ini ialah manusia tidak perlu lagi berpegang kepada agama, sebaliknya kepada nilai etika semata-mata (tiada survival tanpa etika) dan meletakkan semua agama sama taraf malah lebih tinggi daripada Islam.

Konsepnya ialah mengambil nilai-nilai murni yang terdapat dalam sembilan agama iaitu Hindu, Buddha, Yahudi, Kristian, Islam, Sikh dan kepercayaan Bahai dan disamaratakan.

Matlamatnya pula menerapkan semua nilai itu bagi memandu kehidupan manusia di dunia (global), iaitu dengan meletakkan bahawa survival dunia bergantung sepenuhnya kepada satu – Etika Global ini sahaja.

Cetusan idea oleh ahli falsafah dan teologi Katolik Prof. Hans Kung ini mula diperkenalkan pada tahun 1989.

Bagi mengembangkan idea ini, beliau telah menubuhkan Yayasan Etika Global, yang kemudiannya diterima oleh Parlimen Agama-agama Dunia pada 4 September 1993.

>> LIHAT LANJUT

Pas mengekalkan kemenangan di Permatang Pasir

Calon Pas dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Mohd Salleh, 52, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti 4,551 undi setelah mendapat 9,618 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai kerana serangan jantung.

Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar, kejayaan ini jelas membuktikan bahawa tanggapan kononnya pakatan pembangkang dan PAS sendiri mempunyai masalah dalaman adalah tidak benar.

Katanya kemenangan Mohd Salleh juga menunjukkan bahawa trend pengundian pada 2008 masih wujud dalam masyarakat dan kekurangan bilangan pengundi yang keluar mengundi berpunca daripada tarikh pengundian pada hari bekerja.

Seramai 14,832 orang atau 73.1 peratus daripada 20,290 pengundi berdaftar telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir hari ini.

Hari Terakhir Kempen Pilihanraya Permatang Pasir Kecoh Gara-gara Sepanduk

BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos (Bernama) — Gara-gara sepanduk, perjalanan kempen hari terakhir pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sedikit tercemar Isnin dengan kekecohan antara kedua-dua penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN).

Perang mulut dan provokasi antara penyokong kedua-dua parti yang bertanding berlaku di hadapan bilik gerakan BN cawangan Kampung Pauh, di sini dipercayai kerana sepanduk yang tertera perkataan “Awas!!! Pengundi Hantu Pas” yang digantung BN di bilik gerakan itu.

>> LIHAT LANJUT