Empat bas musnah terbakar

IPOH – Empat bas musnah, membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit dalam kebakaran di Stesen Bas Medan Kidd di sini, kira-kira jam 3.30 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat punca kejadian dan telah mengambil keterangan daripada beberapa pengawal keselamatan yang berada di stesen bas berkenaan bagi membantu siasatan.

“Siasatan sedang dijalankan dan kita menunggu laporan daripada forensik,” katanya ketika ditanya sama ada polis mengesyaki berlaku perbuatan khianat.

Continue reading “Empat bas musnah terbakar”

Buat laporan polis : Kenapa tak gunakan kuasa yang ada?!

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup hairan dengan kenyataan Datuk G. Ganesan yang mendakwa beliau adalah ‘Speaker’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah dengan tidak memahami Perintah-Perintah Tetap DUN Perak itu sendiri tentang pemegang jawatan Speaker malah cuba membohongi rakyat Perak khasnya.

DPPN Pk meminta supaya Ganesan seorang yang dipertanggungjawabkan mencemar dan merosakkan imej DUN Perak mesti diambil tindakan segera oleh Polis kerana Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh V. Sivakumar telah menjatuhkan hukuman terhadap beliau. Dan Polis adalah bertanggungjawab melaksanakan keputusan tersebut apabila telah diterima oleh sidang DUN.

Continue reading “Buat laporan polis : Kenapa tak gunakan kuasa yang ada?!”

Boikot Sidang DUN Perak : Adun PR akan hadir

 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan akan menghadiri sidang DUN yang dijadual 28 Oktober ini. 

Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.

Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.

Continue reading “Boikot Sidang DUN Perak : Adun PR akan hadir”

Laporan Polis terhadap Ganesan yang menyamar sebagai Speaker Dun Perak

By Drs. Khalil Idham Lim

IPOH : Saya telah selesai membuat laporan polis dan sedang memberi keterangan kepada seorang pegawai yang ditugaskan untuk mengambil keterangan terhadap laporan tersebut.

Persoalan penting dari laporan saya ialah Ganesan bukannya Speaker yang sah dan dia tidak berhak untuk mengeluarkan apa-apa dokumen termasuk surat untuk memanggil sidang pada 28hb Oktober ini.

Continue reading “Laporan Polis terhadap Ganesan yang menyamar sebagai Speaker Dun Perak”

PR Perak konsisten, tidak akan hadir sidang DUN dipanggil Ganesan

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tetap dengan pendirian tidak akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika ia dipanggil oleh speaker BN, Datuk R. Ganesan.

Nizar yang merupakan Adun Pasir Panjang menegaskan, Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak perlu menghadiri sidang yang akan diadakan itu kerana Ganesan merupakan speaker yang tidak sah dan tidak berhak mengeluarkan sebarang notis panggilan.

Continue reading “PR Perak konsisten, tidak akan hadir sidang DUN dipanggil Ganesan”

2 maut dihempap bangunan

“Dua rakan sempat memaut tangan saya ketika saya merangkak keluar dari kereta, tapi sejurus selepas itu, satu lagi blok bangunan runtuh menyebabkan saya gagal menyelamatkan mereka.

“Saya hanya sempat melihat tangan mereka terkulai layu,” kata Abdul Qudus Ismail, 21, mangsa tunggal yang terselamat dalam kejadian sederet tujuh rumah kedai yang runtuh dan menimpa empat kereta di Jalan Kamarudin Isa di sini, malam tadi.

Continue reading “2 maut dihempap bangunan”

FACEBOOK PALSU YB DS MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN

Asalamu’alaikum.
Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut “nizar.mb.perak@gov.my”. Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!

YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.