Kanak-Kanak Perempuan 10 bulan Mati Akibat Didera

Kanak-Kanak Perempuan Mati Akibat Didera
KANGAR, 28 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan mati di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini Khamis lepas dipercayai akibat didera.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata ekoran kes itu, polis pada hari Sabtu memberkas kedua-dua ibu bapa mangsa yang dipercayai pasangan kekasih, masing-masing berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.
Polis telah mendapat perintah untuk menahan reman pasangan itu selama tujuh hari untuk siasatan lanjut selepas HTF mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius di bahagian usus perut.
Khamis lepas, kanak-kanak itu dibawa ke HTF oleh ibu dan bapanya untuk mendapatkan rawatan atas alasan kanak-kanak itu tidak mempunyai selera makan tetapi mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan mati di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini Khamis lepas dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata ekoran kes itu, polis pada hari Sabtu memberkas kedua-dua ibu bapa mangsa yang dipercayai pasangan kekasih, masing-masing berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.

Polis telah mendapat perintah untuk menahan reman pasangan itu selama tujuh hari untuk siasatan lanjut selepas HTF mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius di bahagian usus perut.

Khamis lepas, kanak-kanak itu dibawa ke HTF oleh ibu dan bapanya untuk mendapatkan rawatan atas alasan kanak-kanak itu tidak mempunyai selera makan tetapi mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

Kematian ibu MB Perlis dipersenda dalam Facebook

KANGAR – Laman sembang terkenal, Facebook yang mempunyai puluhan jutaan ahli di seluruh dunia menjadi platform kepada pihak tertentu mempersendakan kematian ibu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dengan dakwaan ia akibat virus HIV dan AIDS.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Benny Mice dipercayai dari Indonesia telah memutarbelitkan laporan media mengenai kematian Mahasa Jusoh , 86, pada 21 September lalu.

Continue reading “Kematian ibu MB Perlis dipersenda dalam Facebook”

Saya bukan Wahabi, kata Mohd Asri

oleh Jimadie Shah Othman

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini.

Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis.

Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis.

Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan “Sunnah Perlis” yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang.

“‘Sunnah Perlis’ bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Continue reading “Saya bukan Wahabi, kata Mohd Asri”

Imam bukan Wahabi di Perlis ditukar?

Arahan pertukaran beberapa orang imam di Perlis baru-baru ini telah mencetuskan tanggapan mengenai kemungkinan wujudnya usaha untuk memperluaskan fahaman ‘Sunnah Perlis’ atau ‘Salafi’ yang pada masyarakat umum, dikenali sebagai Wahabi.

Walaupun negeri-negeri di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie dalam pengamalan fekah masing-masing, tetapi Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, sebaliknya menggunapakai hujah yang terkuat daripada keempat-empat mazhab utama bagi mengeluarkan sesuatu hukum.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman ‘Sunnah Perlis; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafie.

Walaupun Perlis menerima ‘Sunnah Perlis’ atau ‘Salafi’ dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, sehingga ini Malaysiakini difahamkan sebahagian besar atau 65 peratus daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan ‘Sunnah Perlis’ tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafie.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua imam di sebuah masjid di Kangar itu – Masjid Al-A’la Behor Temak – yang tidak mengamalkan fahaman ‘Sunnah Perlis’ – telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu.

Menurut sumber, fahaman ‘Sunnah Perlis’ atau ‘Salafi’ itu mula digiatkan kembali apabila Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mufti Perlis.

Sumber itu juga mendakwa, mufti sekarang Dr Juanda Jaya, turut meneruskannya.–malaysiakini