KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dijangka melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Sabah hujung minggu ini ekoran desakan sesetengah pemimpin di negeri tersebut.
Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal mengumumkan pemimpin baru apabila mempengerusikan mesyuarat tertinggi Majlis Tertinggi parti pada Ahad ini.
Azmin mendedahkan keputusan itu hari ini selepas bermesyuarat dengan semua 25 ketua bahagian PKR Sabah termasuk Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diminta menjelaskan dakwaan sebuah parti pembangkang kononnya ada usaha daripada jabatan itu mendaftar pendatang tanpa izin (PATI) sebagai warga negara di Kalabakan.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata penjelasan dan siasatan itu perlu memandangkan beliau sendiri ada menerima aduan kononnya usaha pendafataran berkenaan dibuat di Kampung Kalabakan Tengah pada bulan lalu.
Katanya dakwaan itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk dan masyarakat tempatan kerana ia melibatkan pemberian kewarganegaraan kepada penduduk asing yang tidak berkelayakan.
“Kita harap dakwaan ini dapat disahkan kebenarannya oleh pihak yang bertanggungjawab dan Ketua Kampung yang dikatakan terlibat dalam perkara ini juga perlu dipanggil untuk disiasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat Sabah, Datuk Kong Hong Ming yang mendakwa wujudnya usaha mendaftarkan PATI di Kampung Kalabakan Tengah bagi mendapatkan MyKad, seperti yang disiarkan oleh akhbar tempatan baru-baru ini.
Dalam kenyataan itu, Kong mendakwa ramai PATI dari luar telah dibawa ke kampung terbabit menggunakan bas dan teksi untuk mendaftar di dalam operasi yang didakwanya dijalankan kakitangan JPN Tawau dan Kota Kinabalu.
– BERNAMA

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 