PUCHONG – Para pengusaha pusat urut kini bagai cacing kepanasan apabila mereka terpaksa mengehadkan kehadiran gadis Tibet meskipun tiada operasi dijalankan oleh pihak berkuasa.
Tinjauan Kosmo! di beberapa buah pusat urut di sini mendapati gadis-gadis Tibet itu kerap terhendap-hendap di sebalik tirai yang dipasang di dalam premis setiap kali melihat kedatangan pelanggan.
Mereka juga asyik bertanya pelbagai soalan kepada pelanggan baru yang belum pernah berkunjung ke pusat itu.
Malah, mereka dilihat tidak selesa dan sering memerhatikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang sebagai langkah untuk memantau kehadiran pihak berkuasa.
Wartawan Kosmo! difahamkan, pengusaha premis kini menukar strategi dengan menyembunyikan gadis Tibet di asrama dan akan menghubungi mereka apabila ada pelanggan datang.
SHAH ALAM, 21 Oktober – Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan sukacita beliau akan pujian yang diterima kerajaan negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen semalam.
Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.
Mengulas laporan ini, Khalid berkata Pakatan Rakyat meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.
“Biar rakyat tahu ke mana duit disalurkan dan bagaimana kita gunakan harta negeri.”
Ringkas dan penuh makna, demikian antara petikan rumusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sewaktu ucapan penutupan Majlis Dialog Bajet 2010 Negeri Selangor yang berlangsung selama dua hari yang bermula 12 Oktober lalu.
RAWANG: Sebuah sekolah rendah di sini, gempar apabila seorang murid perempuan menemui satu janin berusia kurang dua bulan dalam tandas ketika mahu membuang air, kira-kira 11.30 pagi kelmarin.
Murid yang enggan dikenali itu, berkata dia menyangka objek masih berdarah itu kotak rokok berwarna merah kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini.
Kira-kira 70 orang penternak mengadakan bantahan dengan membawa 30 lori bersama muatan lembu, kerbau dan kambing ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini.
Mereka juga turut mendesak exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap bidang pertanian, Yaakob Sapari supaya meletak jawatan.
Penternak terbabit mendakwa, kerajaan negeri dan majlis tempatan tidak membantu selepas kejadian runtuh di tempat buangan sampah haram, telah mengorbankan ternakan mereka.
Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim memberitahu pemberita bahawa dua ladang ternakan dihempap runtuhan sampah di situ, yang mengakibatkan 10 ekor lembu tertimbus.
Salah sebuah ladang tersebut mempunyai lesen manakala yang satu lagi terletak di kawasan simpanan TNB. Bagaimanapun, Samad berkata, tiada sebab kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak membantu mereka.
“Kami merupakan salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Selangor, tetapi mengapa mereka tidak berbuat sesuatu untuk membantu kami? Kami juga pelabur,” katanya.
Rabu lalu, usaha untuk memadamkan kebakaran di kawasan buangan sampah haram di Kampung Sungai Kertas, Ulu Yam itu mengakibatkan sebahagian longgokan sampah runtuh, dan menimbus ternakan dan mencederakan seorang pekerja rakyat Bangladesh.
Bertan-tan sampah, tanah dan air runtuh dari ketinggian 40 meter dan menghempap dua ladang ternakan tersebut pada jam 8.30 malam Rabu lalu, mengakibatkan lembu dan kambing mati lemas.
Tiga minggu lalu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menggali parit di situ untuk mengisinya dengan air dalam usaha memadamkan kebakaran yang berlaku sejak lima bulan lalu.
Samad berkata, bangkai ternakan masih tertimbus sampah kerana tiada pihak yang mahu membersihkannya.
Beliau bimbang keadaan itu boleh mengakibatkan berlakunya wabak penyakit di kalangan ternakan yang masih hidup, mengakibatkan lebih banyak yang akan mati.
Bagaimanapun, keadaan reda apabila setiausaha politik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul dari bangunan SUK dan berkata Yaakob bersetuju untuk menemui pemimpin persatuan itu yang mewakili peserta bantahan lain.–malaysiakini
AMPANG: Degil kerana tidak mahu mengakui kesalahan selepas melanggar sebuah kereta, seorang lelaki menerima padah apabila dia dibelasah hampir 20 Mat Rempit berhampiran lampu isyarat di Jalan Ampang di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, lelaki berkenaan yang dikatakan mabuk melanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki ketika berhenti di lampu isyarat berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki itu enggan mengakui kesalahannya selain hanya berkurung dalam kereta.
Menurut sumber polis, lelaki terbabit yang memandu Proton Waja sanggup menunggu hampir 30 minit dalam keretanya kerana terlalu takut.
“Sikapnya itu menambahkan lagi kemarahan pemandu kereta yang dilanggarnya kerana dia langsung tidak mahu berbincang.
“Keadaan menjadi semakin kecoh apabila beberapa pengguna jalan raya lain yang juga menyaksikan kemalangan terbabit turut campur tangan,” katanya.
Menurut sumber itu, beberapa lagi penunggang motosikal dipercayai Mat Rempit turut berada di lokasi kejadian dan keengganan mangsa turun dari kereta juga menimbulkan kemarahan mereka.
“Akibatnya, lelaki itu menjadi mangsa apabila dia dibelasah kumpulan Mat Rempit yang memecahkan kedua-dua cermin keretanya.
“Selain itu, kunci kereta mangsa turut dirampas ketika dia cuba melarikan diri,” katanya.
Katanya, mangsa yang berusia 30 tahun itu cedera di dada akibat dibelasah dengan kayu dan dia membuat laporan polis sejurus selepas kejadian terbabit.–hmetro
Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sebatan enam kali ke atas pasangan kekasih yang menjadi individu pertama dijatuhi hukuman sebatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana cuba melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah kereta, Mei lalu.
Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@ Shaii membuat keputusan tersebut setelah membenarkan permohonan peguam syarie Shahida Elias yang mewakili kedua-dua tertuduh, Mohd Shahrin Abd Majid, 29, dan pasangannya Nadiah Najat Hussin, 24.
Kedua-dua tertuduh yang bekerja di syarikat swasta diperintahkan mengemukakan dua penjamin, sementara menunggu proses rayuan tamat dan diarahkan memfailkan rayuan dalam masa 14 hari bermula hari ini.
Mohammad Khalid juga menasihati kedua-dua tertuduh untuk segera berkahwin kerana dalam rayuan sebelum ini, mereka menyatakan akan bertunang selepas raya dan berkahwin 20 Februari tahun depan.
“Senangnya menikah tidak sampai lima minit. Kalau sudah menikah, tiada masalah. Kamu masih muda. Lepas raya, minta izin daripada bapa dia (merujuk kepada Nadiah Najat) untuk bernikah,” katanya.
Mohammad Khalid turut menerangkan kepada kedua-dua tertuduh sekiranya rayuan mereka ditolak kelak, mereka perlu dimasukkan ke dalam penjara bagi membolehkan hukuman sebat dijalankan.
Semalam, mahkamah itu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 12 bulan dan enam sebatan ke atas pasangan itu setelah mereka mengaku bersalah cuba melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta Kompleks PKNS di sini, pada jam 7.15 malam, 16 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 26, Enakmen Jenayah Syariah Selangor Nombor 9, 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun, enam sebatan atau dua daripadanya.
Kedua-duanya telah membayar denda semalam
Menurut fakta kes, ketika ditemui kedua-dua tertuduh hanya berpakaian dalam.–bharian
Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.
Sebelum ini JAIS telah menawarkan ganjaran RM10000 pada orang yg memberi maklumat sehingga tertangkap rasul melayu ini.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi juga berkata Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.
“Semasa kita nak tangkap dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita ketuk (pintu rumah) dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung… Rasul Melayu pun tak puasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Syukur sebab orang tua giler ini dah kena tangkap.
Malaysiakini : Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, Timbalan Ketuanya, Azman Shapawi Abd Rani hari ini berkata kertas cadangan itu, yang dijangka siap penghujung tahun ini, tidak akan mengharamkan penjualan arak secara menyeluruh di negeri-negeri itu .
“Kertas cadangan itu (lebih kepada) bentuk kawalan kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum. Tetapi mungkin ada tempat yang diharamkan penjualannya…Mungkin di negeri yang majoriti orang Islam terlalu ramai,” katanya dalam sidang berita di ibunegara hari ini, lapor Bernama.
Ketika ditanya kenapa Perak turut menjadi senarai negeri yang akan menerima kertas cadangan itu selain Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Azman Shapawi berkata PAS masih menganggap negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang.
Sementara itu, beliau berkata Pemuda PAS akan mengemukakan beberapa tuntutan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk mengenai keinginan mereka untuk bertemu kira-kira 5,000 pengundi pos untuk berkempen.
“Kita rasa dalam pilihan raya kecil ini, benda (kempen) itu boleh dilakukan kalau SPR beri kebenaran kepada kita. Kalau orang lain boleh masuk, tak kanlah calon nak bertemu dengan pengundi dan cerita manifesto pun tak boleh,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan rogol yang diterimanya ketika sesi dialog bersama penduduk Seksyen 23 di sini, berhubung isu pemindahan kuil pada Sabtu lepas.
Rodziah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini, kira-kira pukul 12 tengahari tadi iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.
Exco Selangor itu berkata laporan itu dibuat kerana bimbang keselamatan diri, keluarga dan kakitangannya terancam.
“Saya hadir sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga serta panel dialog bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan tetapi menerima kata kesat dan ugutan rogol dari pihak yang menimbulkan kekecohan ketika sesi dialog berjalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan
-mstar-
Malaysiakini:Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.
Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Pemimpin-pemimpin yang menyampaikan ucapan bersama kumpulan kira-kira 50 penunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam akan didakwa bawah Seksyen 27(5) Akta Polis atau berhimpun secara haram.
Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Abdul Gani berkata beliau berpuas hati dengan siasatan polis berhubung insiden tersebut setelah meneliti kertas siasatan yang diterimanya tengah hari tadi.
Pada 28 Ogos lalu, sekumpulan penduduk seksyen tersebut dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan tersebut sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka dari Seksyen 19 Shah Alam.
Mereka yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berarak dari masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat.
>> LIHAT LANJUT
Malaysiakini: Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi tadi (5/9/09) – bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.
Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk. Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS…
>> LIHAT LANJUT
Berlaku di Seksyen 23 Shah Alam perarakan oleh beberapa NGO Melayu
Anda sesetengah sedang cuba bermain api perkauman. Kalaulah betul nak bagi negeri Selanggor dalam keadaan kelam kabut sekali pun, janganlah gunakan isu perkauman sebagai senjata. Di bimbangi pihak India akan bertindak balas dengan perbuatan penghinaan yang sama kepada orang melayu.
Bila isu perkauman dimainkan ia bukan hanya melibatkan negeri Selanggor tetapi seluruh Malaysia.
Apa kata orang kuat Malaysia:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.
Beliau yang juga setiausaha agung MIC memberitahu Malaysiakini bahawa Najib telah menyuarakan kekesalannya itu apabila beliau menghubungi perdana menteri untuk melaporkan kejadian tersebut.
Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.
“Kira-kira 15 minit kemudian, perdana menteri menelefon balik dan berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan mengarahkan beliau mengambil tindakan segera,” tambahnya.
Komen orang kuat India :
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.
Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.
“Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor),” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.
Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.
“Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” tambahnya.
Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.
Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.
>> LIHAT LANJUT
PETALING JAYA: Polis hari ini menemui lebih 60 rangka motosikal curi yang dibuang ke dalam Tasik Biru, Kundang dekat Rawang selepas berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai anggota satu sindiket mencuri motosikal pada 22 Ogos lalu.
Susulan tangkapan lelaki berusia awal 20-an di Kota Damansara ketika cuba mencuri sebuah motosikal itu, polis percaya lebih 60 kes kecurian motosikal di sekitar daerah itu dapat diselesaikan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Mohd Shukor Sulong, berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan memecahkan kunci motosikal lalu melarikan motosikal itu untuk dileraikan.
“Selepas meleraikan komponen motosikal, rangka motosikal yang dicuri itu dibuang ke dalam tasik bagi menghapuskan bukti,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah melakukan kegiatan itu lebih tiga tahun lalu berdasarkan keadaan rangka motosikal yang ditemui.
Mohd Shukor berkata, polis masih mencari saki-baki anggota sindiket itu, manakala tiga suspek itu ditahan reman selama seminggu.
-berita harian-

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 