K UALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri akan mengambil 16 orang lagi guru bahasa Arab dari negara Timur Tengah dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran bahasa itu dalam kalangan pelajar sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata program perintis pengambilan guru bahasa Arab itu telah pun bermula pada tahun lepas dan kini menunjukkan hasil yang memuaskan.
“Dalam projek perintis tahun lepas, kita telah mengambil 13 guru bahasa Arab dari Sudan dan Syria dan hasilnya ia banyak membantu pelajar kita dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab.
“Jadi tahun ini, kita tambah lagi 16 orang guru bahasa Arab dari Mesir serta Sudan dan mereka akan ditempatkan di SABK di seluruh negeri ini tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Beliau berkata sebelum ini kebolehan pelajar negeri ini di sekolah agama dalam subjek bahasa Arab agak lemah.
HULU TERENGGANU: Sekumpulan arkeologis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu, yang menjalankan kerja ekskavasi di Gua Bewah, Tasik Kenyir, sejak tiga bulan lalu, menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik.
Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (Atma), UKM, Prof Datuk Dr Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, berkata rangka manusia zaman Mesolitik yang dipercayai remaja itu dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.
“Rangka pra sejarah itu ditemui pada kedalaman 65 sentimeter (sm) hingga 70 sm yang disemadikan dalam keadaan merengkok dan kita telah menghantar sampel DNA (asid deoksiribonukleik) ke Amerika Syarikat untuk dianalisis.

Bunuh keluarga sendiri
KUALA TERENGGANU, Feb 3 — Seorang bapa terbunuh manakala seorang anak lelakinya cedera parah ditikam saudara sendiri dalam satu kejadian di Kampung Duyong Wan Su di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Md Jamil berkata, dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, bapa berkenaan berusia 51 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya berusia 30 tahun, cedera parah setelah ditikam dengan pisau Rambo berukuran 32 sentimeter.
Kejadian berlaku semasa abang kepada suspek sedang tidur di rumahnya.
Suspek secara tiba-tiba telah bertindak menikam abangnya sendiri, kata Hamzah.
“Sebaik sahaja ditikam, abang kepada suspek menjerit meminta pertolongan menyebabkan kedua ibu bapanya keluar dari bilik untuk melihat keadaan. Mereka kemudiannya melihat abang suspek berada keadaan berlumuran darah sambil menahan sakit.
“Suspek juga dilihat dalam keadaan badannya yang berlumuran darah sedang memegang sebilah pisau di tangannya,” katanya kepada pemberita di sini.
KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Bernama)– Sepuluh buah kereta yang diletakkan di bawah garaj milik sebuah syarikat pembinaan di kawasan perindustrian Chendering dekat sini rosak setelah bumbung garaj itu runtuh akibat dilanggar oleh sebuah jengkaut Rabu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Terengganu ASP Mohd Faudzi Muhamad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu jengkaut berkenaan Jamali Harun, 40, dipercayai secara tidak sengaja telah terlanggar hujung bumbung garaj itu.
“Semasa hendak menjalankan kerja-kerja mengangkut barang bagi tujuan pembinaan pagar di syarikat tersebut, timba jengkaut itu telah terlanggar hujung bumbung garaj berkenaan.
“Kejadian itu menyebabkan pemandu jengkaut tersebut panik dan mengundurkan jentera berat itu menyebabkan timba jengkaut tersangkut pada bumbung asbestos sebelum kesemua tiang garaj itu runtuh.
KUALA TERENGGANU – Akibat terlalu marah, seorang pencuri dibelasah teruk penduduk kampung, selain motosikal suspek turut dibakar, sebaik sahaja lelaki berkenaan ditangkap di Kampung Banggol Peradong, Manir, Ahad lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika suspek bersama seorang lagi rakannya dikatakan cuba memecah masuk ke dalam rumah seorang guru di kampung berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superitendan K Manoharan berkata, berikutan kejadian itu, suspek yang mengalami kecederaan terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sementara rakannya berjaya melarikan diri.
Menurutnya, kedua-dua suspek pada mulanya dikatakan cuba memecah masuk ke rumah guru berkenaan tetapi gagal apabila perbuatan mereka disedari lebih awal oleh kakak ipar mangsa.
“Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah dan meninggalkan rumah dalam keadaan berkunci. Kedua-dua suspek cuba memecah masuk melalui tingkap sisip angin di pintu belakang rumah berkenaan.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan keadaan hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.
Beliau berkata keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut merisikokan nyawa pesakit.
“Hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal (tidak berfungsi dan lambat siap)… dewan bedah Hospital Besut hampir enam tahun, Hospital Kemaman tiga empat tahun, dewan bedah Hospital Setiu dah masuk tujuh tahun… teruk, rakyat marah kerajaan.
“Bukan sahaja kita rugi daripada segi kos, tapi ia juga melibatkan soal nyawa, pakar bedah pun kecewa sebab tak boleh nak buat kerja,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini.
KUALA LUMPUR – Terengganu, yang dilanda taun sejak 11 November lalu, kini diisytiharkan bebas daripada wabak itu setelah tiada kes baru dilaporkan sejak dua minggu lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, sejak wabak itu dikesan di negeri itu bulan lalu, 187 kes dikesan dengan satu kematian dilaporkan.
“Walaupun wabak ini telah tamat, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan terus melaksanakan tindakan kawalan, pencegahan dan pengawasan bagi mengelak ia berulang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU – Pembangunan KT Central, sebuah terminal pengangkutan awam yang didakwa ‘termoden’ akan dibina di kawasan Bukit Besar di sini tahun depan.
Pada 10 November lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyatakan, terminal berpusat yang akan dibina itu, bakal menempatkan stesen bas dan teksi yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjungnya.
Sehubungan itu, seorang penduduk Kampung Pak Bang yang terletak di kawasan terbabit mendakwa, kerajaan tidak mendedahkan sebenarnya KT Central merupakan satu komponen dari keseluruhan projek pembangunan Bukit Besar.
Ia adalah kerana katanya, pembangunan yang di panggil sebagai ‘mini Putrajaya’ tersebut bakal mengorbankan tanah-tanah yang dimiliki penduduk di kawasan berkenaan.
KEMAMAN: Bagai babak pilu dalam drama, seorang lelaki yang cedera di bahu dipercayai dirotan anak tirinya ketika bergaduh, sempat memberitahu insiden itu kepada seorang saudaranya sebelum rebah dan meninggal dunia.
Mohd Shariff Othman, 50, memaklumkan kejadian itu kepada Shaabdillah Kamaruddin, 49, sebelum tumbang di hadapan pintu rumah saudaranya itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin di Kampung Pengkalan Air, Binjai di sini.
KUALA TERENGGANU – Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.
Sukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).
Kes taun kini melibatkan sejumlah 158 kes dengan satu kematian sejak penularan wabak itu di Terengganu pada 11 Nov lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata sejumlah 112 kes dikesan daripada 402 kes cirit-birit yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan, dan 42 kes cirit-birit yang pulih telah dibenarkan pulang.
Katanya, 46 kes lagi adalah daripada 1,072 kontak terdekat daripada kes-kes taun yang dilaporkan.
KUALA TERENGGANU: Paras air di dua sungai di Terengganu menunjukkan peningkatan pagi ini berikutan hujan lebat dan angin kencang sejak malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata, Sungai Dungun kini meningkat melebihi paras waspada dan Sungai Setiu semakin menghampiri paras waspada.
Penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong merupakan pembaziran wang rakyat yang dilakukan pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dinegeri ini.
Ia jelas tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat tempatan, samada kepada orang awam ataupun dikalangan pengusaha.
Walaupun pihak penganjur acara tersebut mendapat pelbagai anugerah, penganjuran sukan antarabangsa itu kini tidak lagi menjadi daya tarikan kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk mereka.
Sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Pengarah Pelancongan Negeri, Encik Suhaimi Abu Hassan Shari berkata beliau kecewa kerana pengusaha tempatan tidak menjadikankan ‘simbol’ piala Monsun sebagai strategi pemasaran mereka.
KUALA TERENGGANU – Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).
Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).
Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta.

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 