Negeri Kedua Termiskin Menawarkan Hadiah Paling Lumayan Di Dunia !

0

Category : Terengganu

KUALA TERENGGANU – Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.

Sukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).

158 kes taun, seorang mati di Terengganu

0

Category : Terengganu

Kes taun kini melibatkan sejumlah 158 kes dengan satu kematian sejak penularan wabak itu di Terengganu pada 11 Nov lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata sejumlah 112 kes dikesan daripada 402 kes cirit-birit yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan, dan 42 kes cirit-birit yang pulih telah dibenarkan pulang.

Katanya, 46 kes lagi adalah daripada 1,072 kontak terdekat daripada kes-kes taun yang dilaporkan.

Paras air Sungai Dungun, Setiu naik

0

Category : Terengganu

KUALA TERENGGANU: Paras air di dua sungai di Terengganu menunjukkan peningkatan pagi ini berikutan hujan lebat dan angin kencang sejak malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata, Sungai Dungun kini meningkat melebihi paras waspada dan Sungai Setiu semakin menghampiri paras waspada.

Siapa Kaut Untung Pembelian Kapal Layar Piala Monsun ?

0

Category : Terengganu

kapallayarmonsuncup1Penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong merupakan pembaziran wang rakyat yang dilakukan pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dinegeri ini.

Ia jelas tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat tempatan, samada kepada orang awam ataupun dikalangan pengusaha.

Walaupun pihak penganjur acara tersebut mendapat pelbagai anugerah, penganjuran sukan antarabangsa itu kini tidak lagi menjadi daya tarikan kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk mereka.

Sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Pengarah Pelancongan Negeri,  Encik Suhaimi Abu Hassan Shari berkata beliau kecewa kerana pengusaha tempatan tidak menjadikankan ‘simbol’ piala Monsun sebagai strategi pemasaran mereka.

Kerajaan Terengganu : Hutang meningkat walaupun mendapat sumbangan RM2.613 bilion

0

Category : Terengganu

KUALA TERENGGANU – Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).

Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).

Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta.

Penipuan Hampir Setahun Lalu ?

0

Category : Terengganu

Hampir setahun yang lalu, kira-kira menjelang waktu berkempen untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu, gambar Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said memegang sekeping replika cek bernilai RM408.6 Juta telah ditonjolkan oleh beberapa media utama (Gambar kiri – Ahmad Said menjulang replika cek).

Berita yang diputarbelitkan adalah seolah-olah pembayaran royalti telah kembali Kepangkuan rakyat dan kerajaan Terengganu.

Lontar bebola lumpur rawat sungai tercemar

2

Category : Terengganu

Isu pencemaran air di Sungai Marang dijangka berakhir dalam tempoh terdekat apabila kerajaan negeri dengan kerjasama Direktori Oseanografi Kebangsaan (NOD) memperkenalkan penggunaan kaedah melontar bebola lumpur bagi mengatasinya.

Usaha ini dilakukan berikutan penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Penduduk beberapa kampung di Besut didakwa amal kepercayaan terpesong

0

Category : Terengganu

 BESUT: Penduduk di bebeberapa buah kampung di daerah ini dikesan mengamalkan kepercayaan terpesong kononnya akan beroleh pahala jika mereka tidur bersama dengan gambar seorang pemimpin parti pembangkang di negara ini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Idris Jusoh ketika mendedahkan perkara itu mahu pihak berkuasa relevan dan ilmu Islam di negara ini supaya mengambil tindakan segera bagi memperbetulkan penyelewengan akidah yang dipercayai didalangi pihak tertentu.

Pelajar parah dilibas dengan parang

0

Category : Terengganu

CHUKAI – Seorang pelajar Tingkatan Dua, Syed Mohd Afif Aizad Syed Mohd Shaharzi, 14, mengalami kecederaan parah pada bahagian belakang leher dan badan setelah dipercayai dilibas dengan parang oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman dalam kejadian yang berlaku di Lot 144, Chukai awal tengah hari kelmarin.

Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail Dua, Chukai dikatakan sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Lot 144 menuju ke sekolahnya yang terletak hanya 500 meter dari rumahnya.

Wanita kesal tak kesudahan – Anak ditemui mati selepas ibu tidak hirau dimaklumkan anak pergi ke kolam kumbahan

0

Category : Terengganu

KEMAMAN – Seorang ibu, Zaimah Abdullah, 30, kesal tidak sudah kerana tidak percaya dengan kata-kata jiran yang memaklumkan anaknya Mohd. Idris, 4, masuk ke kawasan kolam kumbahan di Taman Rakyat Bestari, Kampung Bukit Kuang, Telok Kalong di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, wanita itu tidak menghiraukan kata-kata jirannya kerana menyangkakan anaknya mungkin tiada di rumah kerana pergi ke kedai runcit membeli gula-gula.

[ Online : 914 hari. ]