Posted by admin | Posted on 10-10-2009
Category : Politik, Terengganu
Sudah setahun, sejak pertama kali Buletinonline memaparkan Projek Bukit Panorama puluhan juta ringgit yang terletak di Bukit Kecil bersebelahan Bukit Pak Apil dekat sini.
Sekitar pertengahan tahun 2008, tarahan bukit yang ‘botak’ jelas kelihatan dari jauh, melahirkan kebimbangan awam terhadap projek ’tidak pernah ada’ kelulusan alam sekitar itu.
Bukankah telah ada dua projek mega raksaksa yang bernilai lebih setengah billion dalam Bandaraya Wawasan Pesisir Air Kuala Terengganu?
Apa kurangnya Pulau Duyong ? Yang dimajukan dengan wang ratusan juta ? Apakah Taman Tamadun Islam yang menelan belanja RM 300 juta dengan pelbagai replika binaan antarabangsa masih tidak menarik pelancong ?
Itulah antara persoalan-persoalan yang tidak pernah dijawab oleh kerajaan negeri Terengganu yang pekak, bisu dan kini menjadi dungu !