Antara syarat-syarat baru pemilikan
kad kredit di Malaysia bermula 2011:
1. Untuk mendapatkan kad kredit baru
memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan
kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000
sebelum ini.
2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000
setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit
daripada dua pengeluar kad sahaja.
3. Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih
daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga
akhir tahun ini (2011) untuk menentukan pengeluar
kad yang menjadi pilihan.
4. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan
kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang
kad kredit yang dibatalkan.
5. Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang
kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan
bulanan mereka dengan setiap pengeluar.
Contoh: Jika pendapatan tahunan anda RM36000, maka
pendapatan bulanan anda adalah Rm3000, had maksimum
kredit anda adalah Rm6000 sahaja!
6. Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit
melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan
tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi
keperluan baru ini.
Ini adalah antara salah satu langkah BNM untuk
mengelakkan lebih ramai orang yang jatuh miskin
akibat hutang kad kredit yang tak mampu dibayar.








