Posted by admin | Posted on 25-04-2010
Category : warisan
Tags: senibina rumah tradisional

Senibina rumah tradirional kelantan. Gambar :Wan Burhanuddin, USM
PENGENALAN
Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mrk yg sgt erat dengan alam sekitar. Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan. Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang @ berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah. Pada peringkat awal rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. • Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan juga mpunyai falsafah jiwa sezaman(Spirit of times)
BUMBUNG
• Semua ngri di M’sia, rumah Melayu tradisional t’diri dr rumah bumbung ttp slps kdtgn penjajah ia berubah btk kpd btk limas @ bumbung belanda • Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong utk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung rata @ leper) • Bahan yg digunakan utk mhasilkan bumbung juga sesuai dgn cuaca dan teknologi pd masa itu. • Sepjg tepian hjg bumbung pula selalu dipasang cucur atap @ papan cantik berukir menandakan kehalusan seni masy melayu.
Posted by admin | Posted on 18-04-2010
Category : warisan
Tags: senibina rumah tradisional

Rumah Tradisi Selanggor
Rumah ini merupakan rekaan bumbung panjang yang terdapat di negeri Selangor. Ia mengandungi kombinasi anjung dan serambi yang agak besar dan menonjol. Hampir kesemua rekaan bumbung panjang adalah memanjang kebelakang apabila diperbesarkan mengikut keperluan semasa pemilik rumah. Rumah ini tidak mempunyai bumbung bertingkat seperti rumah Negeri Sembilan, tetapi mempunyai bumbung besar yang agak curam di rumah ibu. Seperti kebiasaan reka bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar layar) ini adalah untuk memerangkap angin agar ruang atap dapat diudarakan untuk tujuan menurunkan suhu di dalamnya.
Justeru, lebih besar rumah ibu, maka lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran rumah ini mempunyai ukiran yang sederhana di bahagian atas tingkap. Tingkap mempunyai jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah tingkap. Tingkap rumah ini terletak agak rendah dari paras lantai. Rumah ibu dinaikkan paras berbanding dapur, anjung, rumah tangga dan serambi. Ketinggian struktur atap membuatkan rumah ini kelihatan luas dan lega ketika berada di dalamnya. Ia juga bertujuan agar proses pengaliran udara yang lebih lancar dan selesa. Rumah ini tidak mempunyai selang, berbanding rumah bumbung besar yang lain.
Posted by admin | Posted on 11-04-2010
Category : warisan
Tags: senibina rumah tradisional
RUMAH MELAYU TRADISIONAL
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.
Posted by admin | Posted on 04-04-2010
Category : warisan
Tags: senibina rumah tradisional
Warisan seni bina sesuatu kaum atau bangsa merupakan intipati kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta acuan corak budaya kehidupan.
Pembangunan dan ketamadunan sesebuah negara harus berpaksi kepada warisan silam bagi menjamin kesinambungan kehidupan agar nilai budaya dan keseimbangan alam persekitaran dapat diwariskan dari generasi ke generasi.
Buku ini memuatkan hasil kerja Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu, (KALAM) Universiti Teknologi Malaysia yang menjadikan dokumentasi warisan intelek seni bina nusantara sebagai fokus utamanya.
Posted by admin | Posted on 21-03-2010
Category : warisan

KREATIF...sinki daripada teras kayu rekaan Aziz.
Produk seni pengusaha dari Sarawak, Sudirman Anak Gindau, 35, itu sama nilainya dengan wang pendahuluan pembelian rumah atau harga sebuah kereta terpakai.
Malah ia antara rekaan paling mahal pernah dihasilkan sejak pengukir itu terbabit dalam dunia ukiran lima tahun lalu. Antara faktor yang membuatkan hasil seni itu mahal ialah nilai estetika selain diperbuat daripada kayu Belian Air yang hanya terdapat di Kepulauan Borneo.
“Kayu ini juga hampir pupus dan makin sukar untuk didapati. Ia dinamakan kayu Belian Air kerana tahan air mahupun panas terik. Kebanyakan tiang rumah panjang juga dihasilkan daripada kayu ini kerana ia masih dalam keadaan baik walaupun sudah tiga atau empat kali digunakan untuk membuat rumah,” katanya.
Menurutnya, keris menjadi pilihan untuk dipamerkan pada HKK kerana ia simbolik kepada kedaulatan orang Melayu dan lambang jati diri.
“Keris dicipta bersama sarung yang memberikan maksud tersirat iaitu sarung sebagai rumah manakala keris adalah isi rumah. Saya mengambil masa lebih sebulan untuk menyiapkan bentuk serta ukiran bagi memberi pengunjung merasai ia seperti keris sebenar,” katanya.
Posted by admin | Posted on 25-11-2009
Category : warisan

rumah tradisional melayu
Rumah-rumah tradisional Melayu telah diwarisi semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya dan bentuk Rumah Tradisional Melayu dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam persekitaran dan iklim.
Iklim adalah perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina Rumah Tradisional Melayu. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan berpanggung atau bertiang. Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana memberi laluan atau pengedaran udara.Rumah Tradisional Melayu yang bertiang dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir.

Rumah tradisional melayu