09 Mar 2010 @ 12:46 PM 
POLIS mengiringi seorang wanita warga Sepanyol yang ditahan bersama tiga lagi lelaki (gambar bawah) berasal dari negara sama selepas merompak sebuah rumah di Taman Tun Abdul Razak, dekat Ampang, semalam.
4 warga Sepanyol ditahan pecah rumah
AMPANG: Empat pelancong Sepanyol termasuk seorang wanita yang dikatakan menginap di hotel mewah sekitar Lembah Klang, ditahan polis kira-kira setengah jam selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Tun Abdul Razak di sini, semalam.
Penahanan empat warga Sepanyol itu hasil tindakan pantas seorang jiran menghubungi pemilik rumah berkenaan selepas melihat tiga lelaki dan seorang wanita warga asing memasuki kediaman terbabit, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata mangsa yang ketika itu keluar bekerja, segera pulang ke rumah dan terkejut apabila mendapati empat suspek menggeledah kediamannya.
“Mangsa kemudian ditahan dan diacukan pisau di leher oleh seorang suspek sebelum kumpulan itu melarikan diri dengan menaiki kereta bersama barangan berharga milik mangsa.
Posted By: admin
Last Edit: 09 Mar 2010 @ 12:46 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Macam-macam hal

 09 Mar 2010 @ 12:42 PM 

Rashidi

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak pengakuan bersalah penganggur, Rasidi Ismail, atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, awal Januari lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, membuat keputusan itu kerana tertuduh membuat pengakuan tanpa mendapat khidmat nasihat peguam.
“Walaupun mengaku salah, mahkamah perlu berhati-hati untuk menerima pengakuan yang dibuat. Jadi kamu perlu melantik peguam untuk memberi khidmat nasihat dan mahkamah akan melihat sama ada terdapat keperluan untuk mendapatkan pemeriksaan mental,” katanya.
Ahmad Nasfy kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 Mac ini, yang perlu dihadiri bersama peguam.
Rasidi, 32, yang sempat tersenyum ke arah ahli keluarganya sebelum masuk ke mahkamah, kelihatan tenang ketika pertuduhan itu dibacakan.
Tertuduh mengaku bersalah selepas jurubahasa mahkamah membacakan semua pertuduhan dan mengaku memahami hukuman yang bakal diterima. Rasidi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mandatori gantung hingga mati.
Bagi tuduhan pertama, Rasidi didakwa membunuh adik perempuannya, Siti Khadijah Ismail, 22, di No 119, Kampung Batang Rokan, Gemencheh, antara jam 7 pagi hingga 11 pagi, 5 Januari lalu.
Posted By: admin
Last Edit: 09 Mar 2010 @ 12:43 PM

EmailPermalinkComments (2)
Tags

 08 Mar 2010 @ 10:56 PM 

KUALA LUMPUR: “Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR akan hancur kerana segala keputusan dibuat untuk kepentingan sendiri dan ramai lagi akan keluar selepas ini kerana kecewa dengan keadaan PKR sekarang.”

Itu antara luahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin selepas mengetahui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat beliau serta-merta, petang semalam.

Beliau diberi masa 14 hari untuk membuat rayuan berhubung keputusan yang dikenakan terhadapnya dan jika gagal berbuat demikian PKR mendesaknya supaya mengosongkan kerusi Parlimen yang dimenanginya atas tiket PKR.

 Zulkifli kecewa kerana Anwar terlalu taksub untuk mengejar cita-citanya ke Putrajaya (menjadi Perdana Menteri), sehingga dalam setiap ceramahnya, hanya perkara itu ditekankannya dan bukannya soal parti.

“Itu kesilapan besar yang dilakukan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 08 Mar 2010 @ 10:56 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: umum

 08 Mar 2010 @ 10:31 PM 

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 08 Mar 2010 @ 10:50 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags

 08 Mar 2010 @ 9:41 AM 

BY Tuan Guru Nik Abdul Aziz   

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Berikut ialah perutusan penuh beliau

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam.  Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 08 Mar 2010 @ 09:41 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: umum

 08 Mar 2010 @ 9:38 AM 

KUALA LUMPUR: Polis tidak perlu menahan Siti Norhanim Aziz, ibu mangsa dera Allahyarham Syafia Humairah Sahari, berdasarkan pengumpulan bukti dan keterangan saksi, kata Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan.

Beliau berkata, saksi sudah memberikan kerjasama baik dan keterangan mereka dapat membantu melengkapkan siasatan kes itu.

“Pada masa ini, tidak ada keperluan untuk tahan beliau (Siti Norhanim),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Community Policing Taman Cheras Perdana di sini hari ini.

 Polis mengambil keterangan Siti Norhanim, 25, Selasa lalu bagi melengkapkan siasatan kes dera kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun itu.

Thaiveegan berkata, polis sedang melengkapkan siasatan secepat mungkin bagi membolehkan kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

“Kita sedang membuat siasatan rapi dan cuba melengkapkan kes itu segera untuk membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan,” katanya.

Syafia Humairah meninggal dunia pada 25 Februari lalu selepas dipercayai didera teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 08 Mar 2010 @ 09:38 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: umum

 08 Mar 2010 @ 9:36 AM 

KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun layak digelar ‘gengster cilik’ apabila dia bukan saja nekad menyamun warga emas yang juga nenek kepada rakannya, malah sanggup membelasah mangsa sehingga patah kaki.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan kejam itu bersama seorang lagi rakannya berusia awal 20-an di rumah mangsa di Bandar Tun Razak, di sini.

Malah, kedua-dua suspek terbabit berulang kali memijak dan menendang mangsa berusia 57 tahun itu ketika cuba meloloskan diri.
Semuanya bermula jam 11 malam pada Jumaat lalu, apabila kedua-dua suspek pergi ke kediaman seorang lagi rakan mereka, sebelum bertemu dengan warga emas terbabit yang berseorangan di rumah.
Kedua-dua suspek cuba merampas barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
More »

Posted By: admin
Last Edit: 08 Mar 2010 @ 09:36 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Apa dah jadi

 08 Mar 2010 @ 9:34 AM 

KUALA LUMPUR: Curiga dengan keadaan jiran yang sudah dua hari tidak keluar rumah, seorang wanita berusia 50 bertindak masuk ke dalam rumah jirannya dan mendapati wanita berusia 49 tahun itu terbaring dalam keadaan bogel di ruang tamu dan keadaan rumah berselerak.

Mangsa, M Tamilselvi, ditemui kira-kira jam 11.30 pagi dengan patah tengkuk dipercayai dipukul dengan objek keras di rumahnya di Taman Ikan Emas di Cheras.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata terdapat kesan tompokan darah di pintu masuk dan kerusi, dipercayai bukan darah mangsa kerana tiada kesan luka di badan mangsa.

  More »

Posted By: admin
Last Edit: 08 Mar 2010 @ 09:34 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: umum

 08 Mar 2010 @ 9:32 AM 

Mac 7, 10 10:20pm  Satu kekecohan berlaku sebentar tadi apabila polis cuba menyuraikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua, Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Lebih seribu penyokong yang menghadiri upacara berkenaan berang dan melaungkan slogan ‘reformasi’ sambil bertakbir.

Beberapa penyokong juga mencerca polis yang cuba mengagalkan ceramah yang sedang mereka ikuti.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan naib presiden PAS, Mahfuz Omar.

Turut dijadualkan berucap pada malam ini ialah Ketua Umum, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih 20 anggota polis bersama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 9.50 malam dan terus menyerbu pentas ceramah ketika naib presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 08 Mar 2010 @ 09:32 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: umum

 07 Mar 2010 @ 9:59 AM 

KUALA LUMPUR: Dua anggota tentera bukan saja dibelasah beramai-ramai lebih sejam, malah diseksa ‘hidup-hidup’ sebelum disula menggunakan batang mop oleh sekumpulan lima askar senior ketika menjalani hukuman tatatertib di sebuah kem tentera di sini.

Malah, kumpulan senior terbabit yang juga tahanan di tempat sama layak digelar ‘geng samseng’ kerana membuli mangsa tanpa perikemanusiaan dengan memukul dan menendang mereka sesuka hati. Difahamkan, perbuatan itu dilakukan senior terbabit sejak 23 Februari lalu apabila mangsa dan rakannya dimasukkan ke bilik tahanan berkenaan kerana melakukan kesalahan disiplin.

Tindakan itu dilakukan kumpulan senior terbabit selepas mangsa, Hasrul Nizam Husin, 29, dan rakannya yang dikenali sebagai Firdaus, 20-an, enggan memenuhi permintaan mereka supaya membeli makanan dan rokok.

Namun, kekejaman itu terbongkar apabila mangsa terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira jam 6 petang, Rabu lalu untuk rawatan kecemasan selepas pengsan dipercayai akibat dibelasah.

Difahamkan, isteri dan keluarga Hasrul tidak mengetahui mangsa didera sehingga doktor di hospital berkenaan memberitahu mereka ketika cuba mendapat persetujuan untuk melakukan pembedahan terhadap anggota tentera itu. Hasrul yang berpangkat lans koperal dan tujuh tahun berkhidmat dalam angkatan tentera berkata, dia dibelasah sekiranya tidak patuh arahan kumpulan senior terbabit yang mengarahkan mereka mendapatkan makanan dan rokok.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Mar 2010 @ 09:14 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags

 07 Mar 2010 @ 9:26 AM 

KOLKATA: Seorang lelaki berusia 55 tahun hampir maut selepas kemaluannya terangsang selama tiga minggu dan hanya selamat selepas dibedah.

‘Ketegangan’ itu berlaku tanpa pengambilan Viagra berpunca daripada masalah ‘priapism’ yang menyebabkan darah beku di kemaluannya.

Ahli perniagaan itu terselamat pada saat akhir selepas dibedah, menurut laporan.

 ’Priapism’ merujuk kepada kegagalan aliran darah keluar dari kemaluan selepas hubungan seks menyebabkan lelaki itu ’sentiasa tegang.’

More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Mar 2010 @ 09:26 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Ajaib

 07 Mar 2010 @ 9:23 AM 

SARKOZY dan Carla Bruni bersedia menyambut tetamu pada majlis makam malam rasmi di Istana Elysee, Paris.

LONDON: Wanita pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy dilaporkan memeranjatkan ramai apabila muncul dalam satu majlis makan malam rasmi negara dengan mengenakan pakaian ketat tanpa baju dalam.

Carla mengenakan gaun ketat labuh Roland Mouret ketika menghadiri majlis makam malam rasmi di Istana Elysee, Paris. Model berusia 42 tahun dan suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy menganjurkan majlis makan malam bagi meraikan Presiden Russia, Dmitry Medvedev bersama isteri, Svetlana, lapor The Sun.

Sky News menyifatkan Bruni sebagai seorang ‘wanita yang berani’.

 ”Walaupun tiada sesiapa menyangkal betapa menariknya beliau dengan gaun labuh berkenaan, kami semua tahu ia mungkin sesuatu yang terlalu menjolok mata ketika hadiri majlis bankuet bersama suaminya tanpa memakai baju dalam,” kata Sky News.

Tetapi, ada juga tetamu lain yang dikatakan tidak berjaya menunjukkan penampilan baik pada majlis mewah itu.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Mar 2010 @ 09:23 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Macam-macam hal

 07 Mar 2010 @ 9:17 AM 

FUNGSI utama tidur akan terjejas jika terlebih tidur.

ADA sesuatu yang amat luar biasa mengenai Louisa Ball setiap kali dia tidur. Apabila melelapkan mata, dia mampu tidur sepanjang hari dan jika itu berlaku, tiada sesiapa atau apa yang dapat mengejutkan gadis berusia 15 tahun itu.

Louisa, yang tinggal di Worthing, tenggara England, telah didiagnosis menghidap Sindrom Kleine-Levin, juga dikenali sebagai penyakit Sleeping Beauty, yang menyebabkan pesakit boleh tidur lena selama berminggu-minggu.

Menurut ibunya, Lootie, keadaan anak gadisnya itu bermula setahun yang lalu akibat selesema dan perlahan-lahan, episod tidur Louisa bermula.

Bukan sahaja dia gagal menyiapkan kerja sekolah dan menduduki peperiksaan, Louisa turut terlepas menghadiri majlis tari-menari, Halloween serta kehidupan normal gadis yang sama usia dengannya.

Rekod tidur paling lama Louisa ialah selama 13 hari.

Keluarganya tidak dapat berbuat apa-apa. Namun apabila Louisa mula menjadi cepat marah dan kurang bercakap, itu bermakna mereka perlu bersedia menghadapi waktu tidur Louisa yang panjang.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Mar 2010 @ 09:17 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Ajaib

 07 Mar 2010 @ 9:11 AM 

Lisdawati bakal dirogol oleh suaminya sendiri, Fauzi Nawawi dalam sebuah babak filem terbaru mereka, Bravo 5.

KARISMA aktres Lisdawati memang tidak perlu disangkal lagi. Wajahnya yang membintangi pelbagai drama TV dan filem sudah memadai untuk membuktikan bakat seni aktres ini. Terbaru, isteri kepada aktor yang bakal bergelar pengarah filem, Fauzi Nawawi ini terus menyahut cabaran dengan membintangi sebuah filem peperangan, Bravo 5 pula.

Lisdawati yang ditemui di majlis pelancaran filem itu semalam, berkata, dia menerima tawaran filem itu bukan hanya kerana plot filem itu yang menarik. Malah, ibu kepada dua orang anak ini tidak dapat membayangkan sebuah babak signifikan yang melibatkannya dirogol oleh Fauzi Nawawi.

Mengulas mengenai babak Nadia (Lisdawati), isteri kepada Leftenan Hassan (Fizz Fairuz) dirogol oleh ketua komunis, Sidek (Fauzi Nawawi), Lisdawati berkata, babak tersebut merupakan babak penting yang menguji kekuatan emosinya sebagai pelakon.

Dalam babak itu, Nadia dirogol oleh Sidek kerana ingin membalas dendam terhadap Leftenan Hassan.

More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Mar 2010 @ 09:11 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Artist

 07 Mar 2010 @ 9:10 AM 

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Cua turut hadir. Bagaimanapun, ketua umummnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak turut serta dalam sidang media tersebut.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

‘Kesalahan berulang-ulang’

More »

Posted By: admin
Last Edit: 07 Mar 2010 @ 09:10 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: umum





 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 58
  • Posts/Pages » 2,038
  • Comments » 265
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.