Jenazah Osama dikebumi di Laut Arab

0

Category : Agama

Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, USS Carl-Vinson.

Ini dilakukan selepas jenazah beliau dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam, kata pegawai pertahanan Amerika, semalam.

Dalam pada itu, beberapa ulama menyatakan persemadian Osama di laut sebagai melanggar tradisi Islam dan akan menjurus militan untuk menuntut bela dengan menyerang sasaran Amerika.

Sebilangan besar ulama kanan menyifatkan tindakan Amerika itu sebagai satu penghinaan dan tidak mengendahkan amalan mengebumikan jenazah dalam kubur dan menghadap ke kiblat di Makkah.

Menurut mereka, persemadian di laut hanya dibenarkan dalam kes tertentu seperti apabila kematian berlaku di atas kapal yang sedang berlayar.

Imam Besar Masjid al-Azhar, Sheik Ahmed al-Tayeb, berkata persemadian Osama di laut “bertentangan dengan prinsip syariah, nilai agama dan amalan kemanusiaan”.

Seorang ulama di Lubnan, Omar Bakri Mohammed, berkata: “Amerika mahu menghina orang Islam menerusi persemadian seperti ini dan saya tidak fikir ia satu kebaikan untuk pentadbiran Amerika.”

Poco-poco: fatwa tidak bercanggah – mufti K’tan

0

Category : Agama

Apr 24, 11 10:43am

Tiada percanggahan fatwa antara Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan tarian poco-poco dengan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang mengharamkan tarian itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, umat Islam harus melihat kedua-dua keputusan itu dari skop yang lebih luas dan menyeluruh sebelum memberi pandangan masing-masing.

“Saya tidak nampak ia wujud percanggahan pendapat berhubung isu itu jika penilaian dibuat secara menyeluruh dan mendalam dari sudut kepentingan kepada pengamal-pengamal senaman itu,” katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu yang memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Gadis Pengembala Kambing Menggeggar Dunia – Desert Flower

0

Category : motivasi

Waris Dirie (Desert Flower) dilahirkan di perkampungan tradisi Somalia. Pada ketika usianya 13 tahun, dia telah melarikan diri membantah perkahwinan yang telah diatur oleh keluarganya. Dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki tua yang umur seusia dengan datuknya. Berhari-hari dia berjalan dalam pelarian merentasi gurun untuk sampai ke rumah neneknya di Mogadishu.

Dirie berhijrah pula ke Kota London yang sangat asing bagi dirinya. Sanggup menghambakan diri bekerja di kedutaan Somalia di London dan sanggup berbuat apa sahaja supaya tidak dihantar pulang ke negara asalnya.

Sekian lama di Kota London, sahabatnya yang baik yang mengajarnya dan membantunya membuat penampilan baru. Mengubah cara dia berpakaian dan dia sudah mula pandai bergaya.

Terence Donaldson, seorang pengarah fotografi fesyen mengambil Dirie sebagai modelnya dan sangat yakin dengan kecantikan Dirie. Terence terjumpa dengan Dirie di sebuah restoran makanan segera di mana tempat dia bekerja. Terence kemudian membawanya ke studio untuk sesi fotografi. Dirie rasa begitu kekok sekali dan tidak selesa ketika berada di hadapan kamera.

Blue Screen of Death (BSoD)

0

Category : umum

It can come when we least expect it, when we are happily playing our favorite game and diligently working on the report due tomorrow. Then, all of a sudden, when we are just right about to save our progress, the blue demon appears, stares at you straight in the face and tells you that some sort of fatal, non-recoverable error has occur. You can cry, curse or swear, but nothing will change the fact that your hard work has all gone to the drain. Nobody will mistake that mocking blue screen for anything but a big FAIL. Yes, it’s the infamous blue screen of death, or BSoD for short. Oh, how we dread seeing one.

RM5,000 lesap bahana e-mel

0

Category : umum

KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.

Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.

Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.

“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.

“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.

“Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan,” katanya.

Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu.

Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

0

Category : umum

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.

Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia(JKED) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke bangunan SPRM hari ini untuk pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

syarat-syarat baru pemilikan kad kredit di Malaysia bermula 2011

0

Category : umum

Antara syarat-syarat baru pemilikan
kad kredit di Malaysia bermula 2011:

1. Untuk mendapatkan kad kredit baru
memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan
kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000
sebelum ini.

2. Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000
setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit
daripada dua pengeluar kad sahaja.

3. Mereka yang sedia ada memiliki kad kredit lebih
daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga
akhir tahun ini (2011) untuk menentukan pengeluar
kad yang menjadi pilihan.

4. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan
kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang
kad kredit yang dibatalkan.

5. Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang
kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan
bulanan mereka dengan setiap pengeluar.

Contoh: Jika pendapatan tahunan anda RM36000, maka
pendapatan bulanan anda adalah Rm3000, had maksimum
kredit anda adalah Rm6000 sahaja!

6. Bagi mereka yang mempunyai baki hutang kad kredit
melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan
tempoh penangguhan selama dua tahun untuk memenuhi
keperluan baru ini.

Ini adalah antara salah satu langkah BNM untuk
mengelakkan lebih ramai orang yang jatuh miskin
akibat hutang kad kredit yang tak mampu dibayar.

Barat mahu pecah Libya: Gaddafi

0

Category : umum

TRIPOLI: Rejim Muammar Gaddafi semalam menuduh Barat bersekongkol untuk memecah-belahkan Libya.

Menteri Luarnya, Mussa Kussa berkata: “Adalah jelas Perancis, Britain dan Amerika Syarikat kini berhubung dengan pemberontak di timur Libya.

“Ia bermakna ada konspirasi untuk memecah-belahkan Libya.” Beliau berkata demikian selepas Setiausaha Luar Britain, William Hague mengaku salah faham serius menyebabkan satu pasukan khas yang ditugaskan untuk menghubungi pemberontak Libya ditangkap.

Sementara itu, pentadbiran Barack Obama berkata, ia kini menimbang cadangan membekalkan senjata kepada pemberontak Libya.

Bagaimanapun, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates memberi amaran, campur tangan seumpama itu memerlukan kelulusan antarabangsa.

“Adalah terlalu awal untuk berbuat demikian,” kata Gates.

Dalam pada itu, pertempuran baru dilapor meletus di Zawwiyah, tidak jauh dari Tripoli, kubu kuat Gaddafi.

Laporan itu bagaimanapun sukar disahkan kerana penduduk dan wartawan di bandar itu tidak dapat dihubungi menerusi telefon.

Dalam perkembangan berkaitan, pemberontak mula berundur dari Ras Lanuf, bandar penapisan minyak utama apabila jet penggempur tentera Gaddafi melancarkan serangan berterusan dengan mensasarkan garisan pertahanan pemberontak di pinggir bandar itu. – AP

Global: Pemanasan ancam batu karang

0

Category : umum

SEKUMPULAN ikan berwarna pelangi meluru ke tengah terumbu karang yang begitu menakjubkan di kepulauan Wakatobi, Indonesia sewaktu barakuda berlalu di kawasan berhampiran di lautan biru yang mendalam itu.

Sukar dipercayai Wakatobi sebuah syurga lautan luas terbentang dengan hidupannya menyara 100,000 orang dan menyumbang jutaan dolar kepada ekonomi Indonesia.
Namun, golongan saintis melahirkan kebimbangan mereka. Tahun lalu, pelunturan batu karang akibat suhu laut yang lebih tinggi mencetuskan kekecohan di seluruh kawasan Segitiga Batu Karang, rantau yang kaya dengan terumbu tropika yang terbentang di kebanyakan kawasan Asia Tenggara dan hampir seluruh Indonesia.

Sehingga 70 peratus daripada batu karang di Wakatobi, di bahagian luar tenggara pulau Sulawesi, keseluruhan atau sebahagiannya menghadapi masalah pelunturan.
Menurut saintis, di wilayah Acheh di bahagian utara Sumatera, sehingga 90 peratus daripada batu karangnya mati.
Pakar daripada kumpulan alam sekitar Pemuliharaan Alam Semula jadi (The Nature Conservancy-TNC) dan WWF serta kerajaan Indonesia, kembali ke Wakatobi bulan lalu untuk melihat sekiranya terumbu taman marin itu subur semula.

Selama proses menyelam di beberapa tapak dikenali sebagai Table Coral City dan Blue Hole, pasukan berkenaan mencari tanda kerosakan atau ketahanan untuk jangka panjang dengan harapan untuk mempelajari lebih banyak lagi mengenai tindak balas sistem terumbu terhadap tekanan berkaitan iklim.
“Di Acheh, kira-kira 90 peratus daripada batu karang luntur termasuk sebahagian daripada jenis yang sangat besar berusia ratusan tahun dan mampu bertahan semasa tsunami 2004, kini mati akibat masalah pelunturan,” kata Timbalan Pengarah Sains bagi Program Marin Indonesia TNC, Joanne Wilson.

Gaddafi izin tentera tembak sesuka hati

0

Category : Menyayat hati

PARIS: Seramai 2,000 orang terbunuh di Libya selepas pemimpinnya, Muammar Gaddafi mengizinkan anggota keselamatan mengganas bagi menghentikan protes antipemerintah, kata seorang menteri kanan Itali dan bekas pegawai kanan Tripoli.

Ini didedahkan oleh duta hak asasi Perancis, Francois Zimeray dalam wawancara dengan agensi berita.

“Kekacauan dan pertumpahan darah itu umpama pengusiran pengikut Nabi Musa oleh Firaun,” kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini sambil meramalkan beribu-ribu warga Libya akan lari ke negaranya.

Awalnya, angka korban itu didedahkan oleh ketua protokol Muammar Gaddafi, Nouri el-Mismari, sambil menambah lebih 600 daripada mangsa terbunuh di Tripoli.

Mismari yang berkunjung ke Perancis lewat tahun lalu atas alasan kesihatan, berkata pemberontakan itu setakat ini menyebabkan ‘lebih 1,000 orang maut di seluruh Libya’ namun tidak menjelaskan sumber anggaran.

Selasa lalu, rejim Libya berkata, 300 orang terkorban dalam bantahan, namun Persekutuan Hak Asasi Antarabangsa (IFHR) pula melaporkan sekurang-kurangnya 640 orang maut.

[ Online : 1011 hari. ]