LPKP beku semua urusan pelesenan syarikat bas Sani Ekpress selama setahun

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) membekukan semua urusan pelesenan syarikat bas Sani United Sdn Bhd untuk tempoh setahun bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pembekuan itu adalah satu daripada tiga tindakan yang diputuskan oleh jawatankuasa inkuiri tentang kemalangan maut terhadap syarikat terbabit.

Dua tindakan lagi ialah membatalkan permit bas ekspres dua tingkat bernombor pendaftaran WSX 5010 yang terlibat dalam kemalangan maut pada 26 Dis lepas, selain tempoh sebulan diberikan kepada syarikat untuk mempertingkatkan sistem pengurusan pemandunya, kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa itu di sini.

Continue reading “LPKP beku semua urusan pelesenan syarikat bas Sani Ekpress selama setahun”

Pemandu Bas Sani Express Mengaku Tidak Bersalah Pandu Melulu

IPOH: Seorang pemandu bas Sani Express hari ini mengakutidak bersalah di Mahkamah Khas Trafik di sini atas tuduhan memandu secaramelulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang di Kilometer 280.3 LebuhrayaUtara-Selatan (PLUS), di sini, Sabtu lalu.

Mohd Kamil Mohd Rashid, 37, beralamat di nombor 83, Taman Setia Jaya, Yan,Kedah, yang memandu bas dua tingkat dengan nombor pendaftaran WSX 5010, didakwamelakukan kesalahan itu pada kira-kira pukul 1.23 pagi, 26 Disember lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 danjika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000 ataupenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu itu, pada pukul 11.30 pagi tadi, polis mendapat perintah melanjutkan tempoh reman sehingga Khamis ini.

Continue reading “Pemandu Bas Sani Express Mengaku Tidak Bersalah Pandu Melulu”

Nahas bas ekspres: Pesanan akhir

KLANG: “Sebelum bertolak, ayah sempat pesan kepada saya supaya jaga adik yang lain. Itu pesanan terakhirnya sebelum ayah dan emak naik bas,” kata Mohd Sukhairy Shaharin, 24, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di 272.8 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara, di Ipoh, Perak, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi, Shaharin Mohd Noor, 61, dan isterinya, Supiah Adam, 46, serta lapan lagi mangsa mati selepas bas ekspres dua tingkat dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

Mohd Sukhairy berkata, dia menghantar ibu bapanya ke hentian bas di Seksyen 17, Shah Alam, di sini, kira-kira jam 9 malam sebelum bas bertolak kira-kira setengah jam kemudian.

Continue reading “Nahas bas ekspres: Pesanan akhir”

Nahas bas ekspres: Belum lihat keputusan PMR

TINGGAL KENANGAN... Sharifah Hasanah (kiri) dan Sharifah Raheel
GAMBAR TINGGAL KENANGAN... Sharifah Hasanah (kiri) dan Sharifah Raheel(kanan)

SUNGAI PETANI: “Raheel sepatutnya menyambung pelajarannya di Politeknik Kulim dan bakal melaporkan diri awal Januari depan.

“Hasanah yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Layar juga belum sempat melihat keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang diambil ayah .

“Hasanah yang mendapat 6A, 3B dalam PMR hanya mengetahui keputusan itu melalui ayah yang menelefon selepas mengambilnya di sekolah dua hari lalu,” kata Dr Syed Mustafa Al Junid Syed Harun, 30, abang Sharifah Raheel, 21, dan Sharifah Hasanah, 16, yang maut dalam nahas bas ekspres dekat Jelapang, Ipoh, awal pagi semalam.

Continue reading “Nahas bas ekspres: Belum lihat keputusan PMR”

Kawal permit bas dua tingkat – Pemandu bas dua tingkat perlu ada lesen khas

IPOH – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) disaran supaya melakukan kawalan lebih ketat terhadap penggunaan bas dua tingkat termasuk mewujudkan mekanisme untuk mengawal pengeluaran permit bas dua tingkat kepada syarikat pengangkutan awam.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah (gambar) berkata, pengeluaran permit itu juga sewajarnya mengambil kira kemampuan pemandu sesebuah syarikat untuk mengendalikan bas dua tingkat.

Continue reading “Kawal permit bas dua tingkat – Pemandu bas dua tingkat perlu ada lesen khas”

Sani Express Sedia Pampasan Untuk Keluarga Mangsa Kemalangan

Sani Express Sdn Bhd sedia memberi pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, pada awal pagi Sabtu, bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Abu Bakar Mohammad ketika dihubungi berkata sebagai tindakan segera, Sani Express akan menyediakan peruntukan khas buat setiap keluarga mangsa.

Beliau berkata pihaknya akan menghubungi keluarga mereka yang terlibat bagi tujuan penyaluran bantuan tidak lama lagi.

Continue reading “Sani Express Sedia Pampasan Untuk Keluarga Mangsa Kemalangan”

Kena ‘badi’ tol Jelapang – Bas ekspres dua tingkat rempuh penghadang 10 maut

ne_02_2

IPOH – Bas ekspres dua tingkat Sani Express yang meninggalkan Terminal Bas dan Teksi Seksyen 17, Shah Alam pukul 9 malam kelmarin sepatutnya menurunkan dengan selamat 48 penumpangnya di destinasi masing-masing pagi semalam sepanjang perjalanan menuju ke Kangar.

Di dalam bas itu, penumpang yang juga pekerja kilang pencetakan di Shah Alam, Noor Jismi Noordin, 25, berdebar-debar pulang ke Kangar untuk majlis pertunangan dengan gadis pilihannya, Rosma Abdullah, 23, petang ini.

Pemandu kontena dari Taman Setia, Klang, Shaharin Mohd. Nor, 61, pula menuju ke Kuala Perlis untuk membawa pulang kenderaan syarikat dan seperti mahu mati bersama, dia berjaya memujuk isteri, Supiah Adam, 46, untuk menemaninya.

Continue reading “Kena ‘badi’ tol Jelapang – Bas ekspres dua tingkat rempuh penghadang 10 maut”

Pemandu bas akui ‘terlelap’

Pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal hari ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera, mengaku ‘terlelap’ sebelum kejadian.

Ketua Trafik Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab berkata siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat Ipoh.

“Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama

Beliau berkata pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Rodzi berkata bas ekspres tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan trafik namun beliau enggan menyatakan rekod pemandu yang ditahan itu.

Continue reading “Pemandu bas akui ‘terlelap’”

10 Maut, 2 Cedera Bas Terbabas Di Ipoh

 

Ngeri...Keadaan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini. Dalam kejadian itu, seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera selepas bas itu terbabas lalu merempuh pembahagi jalan. -foto The Star
Ngeri...Keadaan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini. Dalam kejadian itu, seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera selepas bas itu terbabas lalu merempuh pembahagi jalan. -foto The Star

IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor.

Continue reading “10 Maut, 2 Cedera Bas Terbabas Di Ipoh”

Plus-tutup lorong kiri lebuhraya di km 272.8

KUALA LUMPUR – Lorong kiri di KM272.8 lebuhraya Plus arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, ditutup sementara, kata Pengurus Komunikasi Korporat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Iskandar Dzulkifli hari ini.

Beliau berkata penutupan itu bagi memberi laluan kepada polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan yang meragut 10 nyawa apabila sebuah bas dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kawasan itu awal pagi ini.

Katanya keadaan trafik yang sesak teruk berhampiran kawasan kemalangan sudah terkawal sejak pukul 8 pagi tadi.

Continue reading “Plus-tutup lorong kiri lebuhraya di km 272.8”