Ratib sampai pagi

KUALA NERANG: Penduduk Kampung Sungai Kab, Lubuk Merbau dekat sini, mahu pihak berkuasa menyiasat kegiatan kumpulan tertentu yang dipercayai menjalankan aktiviti keagamaan mencurigakan di sebuah rumah terpencil di kampung itu.

Penduduk mendakwa, tindakan pemilik rumah itu yang mengajak sebahagian pengikut ke rumahnya dua kali setahun menimbulkan tanda tanya apabila mereka memberi alasan hanya untuk mendalami ilmu agama.

Tinjauan Berita Harian di sekitar rumah itu baru-baru ini mendapati premis itu kosong, manakala tingkapnya dipasang langsir kuning.

Selain itu, tinjauan mendapati terdapat banyak pinggan mangkuk dan peralatan perabot di dalam rumah berkenaan dan ia dipercayai digunakan ketika ketua dan pengikutnya berkumpul.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sopiah, berkata pada mulanya dia tidak syak apa-apa dan menyangka mereka melakukan perjumpaan tahunan, tetapi apabila memerhatikan gelagat mereka yang datang, termasuk golongan kenamaan yang berkereta mewah dan berada di situ sehingga 10 hari, dia mula tidak sedap hati.

Continue reading “Ratib sampai pagi”

Jalan songsang : halalkan tulang babi

PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.

Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.

Continue reading “Jalan songsang : halalkan tulang babi”

Tipu sunnah

Sumber : Harian Metro

KUALA LUMPUR: Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.

Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami.

Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya.

Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

“Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.

“Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.

Continue reading “Tipu sunnah”

Dokumen dari Rasulullah??

PUTRAJAYA: Gara-gara mengaku mendapat pembantu seramai 550 trilion daripada Rasulullah (s.a.w) selain mendakwa tanah perkuburan Islam di Presint 20, Putrajaya dijaga roh arwah penyanyi kumpulan Rabbani, Asri, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Abdul Rajab Ahmad, 50, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 6(B) serta tiga pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 6(B) dan Seksyen 11(1), Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997. Hakim Nassir Abdul Aziz menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan untuk kesalahan mengikut Seksyen 4(1) serta 30 Jun 2010 untuk kesalahan mengikut Seksyen 11 (1) dan 6 Julai 2010 bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(A) dan 6(B).

Tertuduh yang berbaju kemeja hijau hadir di mahkamah semalam, ditahan di sebuah apartmen di Presint 17, jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Continue reading “Dokumen dari Rasulullah??”

Ayah Pin muncul semula melalui laman Facebook

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan ajaran sesat ‘kerajaan langit’, Ayah Pin yang menyepi diri sejak sekian lama, kini muncul kembali cuba menyebarkan ajarannya dengan kaedah lebih canggih menggunakan laman sosial Facebook.
Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 85, yang mendakwa dirinya wakil kerajaan langit dikesan mempunyai akaun Facebook sendiri baru-baru ini dan dipercayai akan meneruskan dakyah sesatnya di laman web sosial itu. Ayah Pin, sebelum ini dikatakan uzur dan tahun lalu beliau dipercayai sudah kembali semula ke pangkalannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu, selepas menghilangkan diri sejak hampir empat tahun lalu apabila penempatannya dirobohkan pihak berkuasa.

Beliau sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa dan tidak lagi menganjurkan sebarang kegiatan songsang kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Ayah Pin secara rasmi mengisytiharkan dirinya keluar Islam pada 2 Ogos 1998.

Bagaimanapun, kemunculan semula Ayah Pin melalui laman web itu membimbangkan banyak pihak kerana ada kemungkinan pengikutnya kembali semula dan orang ramai yang sering menggunakan laman sosial itu mungkin terpengaruh dengan ajarannya.

Mengulas perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan akan menyiasat laporan mengenai kewujudan laman web sosial Facebook yang dimiliki Ayah Pin.
Beliau berkata, siasatan dan pemantauan itu nanti akan membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Inilah masalahnya sekarang…. ramai sangat orang yang cepat percaya dengan perkara yang tidak masuk akal. Oleh itu, kita akan segera pantau dan siasat perkara ini kerana kita tidak mahu laman web ini berleluasa dan mempengaruhi pemikiran masyarakat kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Jamil Khir berkata, Jabatan Perdana Menteri akan menjalinkan kerjasama dengan agensi komunikasi dan multimedia yang lain bagi memantau aktiviti ajaran sesat yang disebarkan melalui internet dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, ada orang Islam seakan-akan tidak boleh menggunakan akal sehinggakan apabila wujud saja kumpulan ajaran sesat, pasti ada saja yang menjadi pengikutnya.

Continue reading “Ayah Pin muncul semula melalui laman Facebook”

Khurafat : Sondol-sondolan

khurafat KUALA LUMPUR: Kepercayaan khurafat seorang lelaki tangkal diperbuat daripada anggota babi dimilikinya mampu memberi kekayaan dalam tempoh singkat, akhirnya memakan diri.

Kenyataan itu mungkin pelik, tapi ia benar-benar berlaku dan didedahkan berdasarkan pengalaman isteri kepada lelaki terbabit yang menanggung derita gara-gara ketaksuban suaminya terhadap barang mistik.

Ibu kepada empat anak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin, 30-an, berkata dia mengesan pelbagai perubahan yang berlaku kepada suaminya sejak memiliki barang berkenaan pertengahan tahun lalu.

Katanya, tangkal daripada anggota babi yang dikenali dengan nama cemara babi itu membuatkan rumah tangganya kini umpama retak menanti belah.

Continue reading “Khurafat : Sondol-sondolan”

Ajaran sesat : Sapu najis untuk hebat di ranjang

KUALA LUMPUR: Keinginan untuk menjadi hebat di ranjang menyebabkan segelintir lelaki dikesan sanggup membelakangkan ajaran agama sehingga tergamak mengamalkan pelbagai perbuatan karut.

Antara perbuatan sesat itu ialah menyetubuhi mayat wanita dan bertapa 40 hari tanpa mandi.

Lebih menghairankan, ilmu berkenaan ‘menjadi’ menyebabkan nafsu seseorang itu meluap-luap, sukar dikawal dan akhirnya memakan diri apabila sanggup bersetubuh dengan seberapa ramai wanita tanpa mempedulikan halal dan haram.

Continue reading “Ajaran sesat : Sapu najis untuk hebat di ranjang”

Ahli Facebook mengaku rasul cetus kemarahan

JAKARTA: Seorang ahli laman web sosial Facebook mencetuskan kemarahan Majlis Ulama Indonesia (MUI), apabila mengaku bahawa dirinya adalah rasul.

Anggota laman web itu, Sakti A Sihite berkata beliau mengumumkan kerasulannya pada 13 September 2007, selepas menerima ‘wahyu’ daripada ‘malaikat’ yang datang dalam mimpinya.

“Peristiwa itu adalah kemuncak daripada beberapa perkara mistik yang saya alami sejak 2005,” katanya.
  Continue reading “Ahli Facebook mengaku rasul cetus kemarahan”

JAIS buru 20 bomoh

SHAH ALAM – Selain Wak Mail, bomoh yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada malam Selasa lalu kerana didakwa melakukan perbuatan khurafat, ada kira-kira 20 orang lagi bomoh yang diburu pihak berkuasa agama negeri ini.

Kebanyakan bomoh terbabit dikesan menawarkan pelbagai khidmat seperti menilik nombor empat angka, pelaris, pengasih untuk memikat wanita atau memajukan perniagaan dan menyelesaikan masalah rumah tangga.

Continue reading “JAIS buru 20 bomoh”