laman web songsang

1

Category : Agama

KUALA LUMPUR: Sebuah laman web songsang dikesan memuatkan tafsiran al-Quran mengelirukan, malah memperlekehkan Allah dengan huraian dangkal termasuk berunsur kelucahan melampau.

Menurut laman web terbabit, huruf alif di awal kalimah Allah bukan saja bermaksud Allah, bahkan simbol bagi lelaki iaitu merujuk kepada Adam, manakala huruf ha pula simbol bagi wanita.

Halal zina, arak

1

Category : umum

PUTRAJAYA: Segelintir artis tersohor tanah air yang didakwa terpengaruh dengan ajaran sesat disebarkan ‘guru ghaib’ mereka, dipercayai menjadi tali barut menyebarkan ajaran pelik yang antara lain menghalalkan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk bersekedudukan, berzina dan meneguk minuman keras.

Penyebaran ajaran yang dengan jelas memperlekehkan hukum Islam itu bukan saja dilakukan di kalangan artis veteran, malah membabitkan artis baru yang begitu teruja mahu popular di kalangan peminat dengan melakukan perbuatan yang sebenarnya boleh merosakkan masa depan mereka.

Anak ‘Rasul Melayu’ biadap

0

Category : umum

SHAH ALAM: “Tidak beradab dan menghina mahkamah.” Itu tanggapan yang boleh diberikan terhadap seorang lelaki berusia 30-an, dipercayai anak ketua ajaran sesat, Haji Kahar yang menunjukkan isyarat lucah menggunakan jarinya terhadap hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.

Isyarat menggunakan jari hantu itu ditunjukkan lelaki terbabit selepas Hakim Abu Zaky Mohammad menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara, denda RM16,500 dan enam sebatan terhadap Abdul Kahar Ahmad Jalal, 59, semalam.

JAIS tahan anak lelaki “Rasul Melayu”

0

Category : umum

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) hari ini menahan anak lelaki “Rasul Melayu”, Abdul Kahar Ahmad bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat yang dibawa bapanya melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lelaki berumur 30-an itu ditahan pihak penguatkuasa Jais di perkarangan mahkamah, kira-kira pukul 1.30 tengahari, ketika cuba melarikan diri selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini selesai menjatuhkan hukuman ke atas Abdul Kahar.

Rasul Melayu dihukum penjara 10 tahun, 6 kali sebatan

0

Category : umum

Ketua ajaran sesat atau lebih dikenali sebagai Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM16,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pagi Rabu. Beliau juga telah dikenakan hukuman sebatan sebanyak enam kali.

Kahar,59, bapa kepada enam orang anak pada 24 September lepas mengaku bersalah di atas lima pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor kerana mengisytiharkan dirinya Rasul Melayu, mengajar ajaran sesat, melanggar fatwa Mufti Selangor, melafazkan kata-kata kufur dan mengajar kepercayaan yang bertentangan dengan agama Islam.

Rasul melayu akhirnya ditangkap

0

Category : Agama, Malaysiaku, selanggor

Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.

Sebelum ini JAIS telah menawarkan ganjaran RM10000 pada orang yg memberi maklumat sehingga tertangkap rasul melayu ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi juga berkata Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.

“Semasa kita nak tangkap dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita ketuk (pintu rumah) dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung… Rasul Melayu pun tak puasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Syukur sebab orang tua giler ini dah kena tangkap.

Orang tua giler mengaku jadi rasul melayu

0

Category : Agama, Apa dah jadi, Malaysiaku

Ada seorang tua giler, Kahar Ahmad mengaku dirinya menjadi Rasul Melayu telah menggunakan internet sebagai tempat menyebarkan ajaran bodoh dia.

Dia nie ada 10 waran tangkap. Jika sesiapa dapat bagi maklumat tempat dia sembunyi, Jabatan Agama Islam Selanggor (JAIS) tawar RM10000.

Mari kita ‘flag’ blog dia ni supaya google boleh menerima aduan agar blog dan user ini diblock.

Cara nak flag blog:

Tanda di ruangan ‘hate and violence’ dan ikut arahan selanjutnya sehingga submit.

Klik sini untuk flag

Blog : http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

[ Online : 1011 hari. ]