Kelebihan Surah Al-Waqiah

0

Category : Agama

Sabda Rasulullah s.a.w.:“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

 Sabda Rasulullah s.a.w. :“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

 Sabda Rasulullah s.a.w. :“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

 Sabda Rasulullah s.a.w. :“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Rahsia Fadhilat Kelebihan Surah Yasin

0

Category : Agama

RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud:

“Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”,iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Keutamaan mempelajari dan mengajar Al-Qur’an

0

Category : Agama

By Ustaz Lokman Hakim Haji Hasan

a. Mendapatkan syafa’at di hari qiamat

Dari Abi Umamah ra., ia berkata : “Saya telah mendengar Rasulullah saw., bersabda : “Bacalah oleh kamu sekalian Al-Qur’an, karena sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat sebagai penolong bagi para pembacanya.” (HR. Muslim)

b. Mendapatkan derajat yang tinggi

Dari ‘Aisyah ra., ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : “Orang yang membaca Al-Qur’an dengan mahir, akan bersama-sama malaikat yang mulia lagi taat, dan yang membaca Al-Qur’an dengan terbata-bata dan merasa berat, maka dia mendapat dua pahala.” (HR. Bukhari)

Al-Quran dan Sains Embriologi

0

Category : Agama, Pengetahuan

Oleh Maimunah Jamil

Kita seringkali mendengar pertanyaan mengenai kaitan antara Al-Quran dan Sains. Terdapat banyak contoh yang boleh dikupas antaranya berkaitan sains dan embriologi.

Apa yang kita faham dari maksud Embriologi? Embriologi ialah satu ilmu yang mengkaji tentang proses kejadian dan perkembangan embrio dalam rahim. Mungkin ada di antara kita pernah terfkir dari mana asal usul kita? Adakah sama seperti kejadian Adam a.s yang berasal dari tanah?

[ Online : 1017 hari. ]