Senarai barang/keperluan yang perlu dibawa ke hospital bersalin.

0

Category : Ibu mengandung

By hypermommyipoh

Senarai barang yang perlu dibawa ke hospital bersalin.
 
Ni lah senarai saya. Actually kat hospital swasta tak payah bawa banyak2 barang pun. Kalau hospital kerajaan mungkin banyak kot (dengar cerita camtu la). My experience masa Dahlia dulu, bawa barang macam baju untuk kita & baby sepasang je time keluar hospital. Tapi i still prepare few things jugak la. Daripada takde kang susah plak kan. So this is my list. For those new mommies out there, u are welcome to copy n paste my list. :)

 Diri Sendiri
• 1 helai tuala mandi

Tips Dan Petua Untuk Mudah Mengandung

0

Category : Ibu mengandung, Pengetahuan

BY AMELIA AMINUDDIN

Saya sudah berkajwin selama hampir 3 thn..Macam2 petua & tips telah saya amalkan tp mmg belum ada rezeki lagi tuhan nak bg..tidak mengapa..saya akan bersabar & berusaha sehingga dapat..insyallah..

Saya pernah mendapatkan rawatan doktor pakar..Saya pernah pergi utk membuat rawatan di LPPKN tp masih belum ‘melekat’ lg….tahun ini saya berjumpa dengan doktor pakar dan beliau ada mengatakan saya mengalami ‘Polycystic Ovary’/Ovari bengkak..itu adalah punca mengapa saya tidak mengandung sampai sekarang. Beliau menyuruh saya utk diet & turunkan berat bdn kepada berat badan ideal..

Kelengkapan bayi sebelum anda bersalin

0

Category : Ibu mengandung

Kelengkapan bayi sebelum anda bersalin. Dibawah senarai ringkas kelengkapan untuk bayi  :

•Baju lengan pendek 5 helai
•Baju lengan panjang 5 helai
•Seluar pendek 5 helai
•Seluar Panjang 5 helai

Tips Penjagaan Badan selepas bersalin

0

Category : Ibu mengandung

 1.Bertungku

Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku
mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian
perut dapat dipecahkan .

Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut.Di
dalam
islam sendiri pun amalan ini amat di galakkan kerana ia menjauhkan
perasaan murung atau tekanan jiwa.

Tips mengenai kitaran haid & waktu subur

0

Category : Ibu mengandung

bayiHari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita.
Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul.
Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Teknik meneran melalui cara pernafasan ketika proses bersalin

0

Category : Ibu mengandung, umum

Teknik Pernafasan Ketika Proses Bersalin
6.26.2008 at Thursday, June 26, 2008 Posted by Mr PenyuBiru
Teknik Pernafasan Peringkat Pertama
Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).
Teknik pernafasan peringkat Transisi
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.
Teknik pernafasan peringkat kedua
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.
Teknik Meneran
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.
“Overwhelming Urge“
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.
“so-so urge“
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).
“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.
Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.
Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.
Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.
Source : majalah PA&MA keluaran November 2006

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Survey harga pakej bersalin hospital swasta dan pengalaman

46

Category : Ibu mengandung, umum

By shoppingnsales.com

Survey harga pakej bersalin hospital swasta dan pengalaman mereka yang telah bersalin dihospital swasta.

Top 5 hospital paling mahal di PJ & KL

1. Damansara Specialist Hospital

2. Pantai Medical Centre

3. Sunway Medical Centre

4. Subang Jaya Medical Centre

5. Assunta Hospital

Cara Mengira Tarikh Jangkaan Bersalin

0

Category : Ibu mengandung, umum

Cara mengira tarikh kelahiran adalah seperti dibawah:

 1.Melalui kitaran  Haid
Setelah doktor mengesahkan kehamilan anda, seperti biasa anda akan ditanya tarikh hari pertama haid terakhir (Last Menstrual Period – LMP). Kaedah ini dikenali sebagai Peraturan Naegele. Mengikut kiraan Naegele, anda dijangka bersalin selepas sembilan bulan tujuh hari daripada tarikh yang dinyatakan.

Kaedah kelahiran anak

0

Category : Ibu mengandung, umum

Pelahiran dan Kelahiran
Apakah yang dimaksudkan pelahiran?
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah “menurun”. Keadaan ini dikenali sebagai “keringanan” dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses “keringanan” tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula.
Pelahiran atau “labour” bermaksud kerja. Pada masa ini, anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia. Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan. Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti “doughnut” kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya sebelum menyusut semula.
Kelahiran Palsu
Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang normal. Ia dikenali sebagai “pelahiran palsu” kerana ia tidak membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran palsu dan pelahiran sebenar:
-
Pengecutan pelahiran palsu selalunya tidak kerap berlaku.
-
Pengecutan pelahiran palsu selalunya akan hilang apabila anda berjalanjalan manakala dalam pelahiran sebenar, pengecutannya dirasai semakin kuat.
-
Pengecutan dalam pelahiran sebenar akan menjadi lebih kuat dan semakin rapat di antara satu sama lain.
Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia tidak hilang, hubungilah doktor segera.
Apakah tanda-tanda pelahiran yang biasa?
Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.
-
Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagian
bawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda.
Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.
-
Kesan/tanda merah jambu atau ‘gumpalan’ lendir
Semasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau ‘gumpalan’ lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.
-
Pancutan atau lelehan dari rahim
Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau “kantung air” yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala ‘kantung air’ ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.
Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau ‘kantung air’ mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.
Di Hospital
Apabila sampai di hospital anda akan dihantar ke bahagian pendaftaran dan kemasukan. Jika berkesempatan, maklumat tertentu akan diminta untuk rekod anda. Jika tidak, orang yang membawa anda ke hospital akan memberi maklumat yang diperlukan. Anda akan terus dimasukkan ke wad bersalin atau bilik bersalin di mana anda perlu memakai pakaian seragam hospital. Apabila bayi ‘turun’ dan memasuki saluran kelahiran, anda akan terasa seperti hendak meneran/membuang air besar. Ia sebenarnya hanyalah tekanan disebabkan oleh kedudukan bayi.
Orang yang memberikan sokongan
Kebanyakan hospital membenarkan anda ditemani oleh seseorang semasa proses pelahiran (ketika sakit bersalin di dalam wad) dan kadangkala membenarkan anda ditemani sehingga ke dalam bilik bersalin. Biasanya suami yang akan menemani anda, tetapi ibu, kakak, atau pengajar kelas pendidikan kelahiran bayi yang anda hadiri boleh juga menjadi teman. Sila pastikan anda memeriksa polisi hospital dan doktor mengenai peraturan ini, kerana sesetengahnya hanya membenarkan orang yang pernah menghadiri kelas pendidikan kelahiran sahaja untuk menemani anda.
Peringatan kepada bapa
Sepanjang sesi kelas kelahiran bayi, anda dan isteri akan diajar mengenai proses kelahiran, teknik pernafasan dan cara-cara untuk menenangkan isteri ketika menghadapi saat-saat bersalin. Namun tidak ada yang benar-benar dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi pengalaman pelahiran dan kelahiran anda yang pertama. Ingat bahawa saat ini merupakan saat yang sangat istimewa
bagi sepasang suami isteri. Walaupun anda tidak menghadiri kelas kelahiran bayi, anda mungkin tetap ingin hadir ketika kelahiran bayi anda. Jangan terkejut melihat kelakuan pasangan anda atau apa-apa yang diucapkan olehnya. Bantu pasangan anda sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa. Dia memerlukan sokongan dan belaian anda. Ia juga merupakan peluang untuk hadir di permulaan kehidupan anak anda.
Peringkat pelahiran
Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya.
Peringkat Pertama:
Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya.
Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:
1.
Pelahiran Awal:
Semasa proses pelahiran awal, pangkal rahim akan mengembang dari 0 hingga 3 sentimeter. Inilah ketikanya anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti kesan lendir bercampur darah, kantung air (ketuban) memecah, dan corak pengecutan yang stabil. Semasa pelahiran awal, anda akan mengalami pengecutan selama lebih kurang 30-60 saat, setiap 5 – 20 minit sekali. Pengecutan ini mungkin bermula seperti Braxton-Hicks yang telah anda alami beberapa ketika ini, dan ia biasanya seperti ombak yang kecil.
Apabila pengecutan anda berlaku setiap 5 minit untuk selama 1 jam, ia merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi doktor anda. Melainkan beliau mencadangkan sebaliknya, atau air ketuban telah pecah, mungkin terlalu awal untuk anda pergi ke hospital. Biasanya peringkat ini mengambil masa yang agak panjang bagi kehamilan yang pertama; berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan masa yang betul-betul sesuai untuk pergi ke hospital, dengan mengambil kira jarak dankesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku. Perasaan anda pada saat ini mungkin bertukar-tukar dari gembira kepada takut, dan mungkin juga merasa lega.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merekodkan pengecutan anda; dari bermulanya satu pengecutan ke pengecutan yang berikutnya. Cuba bertenang. Walaupun anda terasa ingin mengemas seluruh rumah, cuba atasinya kerana anda memerlukan sepenuh tenaga untuk proses pelahiran. Jika di waktu malam, cuba tidur semula. Hubungi pasangan, jurulatih, atau sesiapa yang anda inginkan sebagai teman di hospital dan maklumkan apa yang sedang berlaku. Lebih baik sekiranya anda makan sajian yang ringan dalam kuantiti sedikit dan mengelakkan makanan berat bermula dari saat ini supaya saluran penghadaman anda tidak penuh dengan mekanan yang mungkin akan mengganggu proses pelahiran.
Periksa semula beg kelengkapan bersalin anda untuk memastikan anda segala yang diperlukan telah ada dan untuk menambah keperluan lain seperti snek dan minuman. Mula amalkan teknik berehat yang anda pelajari, dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.
2.
Kelahiran Aktif:
Pada peringkat ini, bukaan pangkal rahim mungkin telah berkembang sehingga 4-6 sentimeter. Anda akan mengalami pengecutan yang lebih lama, kuat, dan lebih kerap. Ia akan bermula dari selang masa 1-3 minit, selama lebih kurang 60-75 saat. Walaupun lebih kurang sama seperti pengecutan pada pelahiran awal, ia akan menjadi semakin kuat dan sakit
dengan cepat. Jururawat atau bidan mungkin akan bersama anda sepanjang proses ini. Bapa kepada bayi atau orang yang menemani anda dibenarkan menemani anda di dalam bilik bersalin jika dipersetujui oleh anda dan pihak hospital. Tumpukan perhatian untuk berehat seberapa banyak yang boleh. Semakin anda relaks, semakin kurang anda merencat pengecutan yang berlaku yang sedang bekerja keras untuk mengembangkan dan menipiskan bahagian pangkal rahim. Berjalan-jalan dan duduk dapat membantu anda.
Elakkan dari berbaring terlentang terlalu lama. Jika anda perlu berada di atas katil, pastikan anda selalu mengalihkan posisi. Tarik nafas perlahanlahan dan dalam-dalam seberapa lama yang boleh untuk menolong merehatkan anda. Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik semasa proses pelahiran, doktor atau jururawat akan memeriksa denyutan jantung bayi, sama ada dengan menggunakan stetoskop atau dengan melalui pemantauan janin secara elektronik menerusi wayar yang di pasang di abdomen anda. Semasa pelahiran, proses pengecutan akan
menyebabkan anda berasa tidak selesa. Anda boleh meminta ubat untuk meredakan kesakitan ini. Doktor akan memberi ubat yang paling sesuai di samping mengambil kira keadaan anda dan bayi di dalam kandungan. Analgesik merupakan ubat yang melegakan kesakitan dan pengecutan melalui suntikan.
Peringkat Kedua
Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan pancutan cecair dari faraj.
Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3 minit dan berlanjutan selama 1 minit.
Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran.
Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor
mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan.
Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan
Episiotomi
Episiotomi merupakan torehan kecil yang dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk bayi keluar. Torehan ini akan menghalang tisu faraj daripada terkoyak dan ia hanya dilakukan apabila perlu. Beberapa jahitan akan dilakukan untuk menutupnya kembali. Jahitan ini akan diserap ke dalam kulit semasa pantang dan tidak perlu ditanggalkan. Bertanyalah doktor atau jururawat mengenai polisi untuk melakukan episiotomi. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan prosedur ini.
Peralatan yang digunakan semasa bersalin
Forsep digunakan semasa bersalin hanya jika doktor merasakan tekanan pada kepala bayi perlu dikurangkan dan jika proses kelahiran bayi terbantut. Forsep hanya digunakan apabila perlu dan dalam keadaan yang tidak memudaratkan bayi .
Persediaan pelahiran
Kelas persediaan melahirkan bayi diadakan supaya anda memahami tentang kehamilan, pelahiran, dan melahirkan bayi dengan sedikit atau tanpa anestesia, ubat melegakan kesakitan, episiotomi atau apa-apa peralatan. Ibu dan bapa akan diajar teknik pernafasan dan kaedah merehatkan otot. Semasa pelahiran, teman siibu akan memastikannya berada dalam keadaan selesa, menolongnya melakukan teknik untuk pernafasan dan berehat semasa pengecutan, dan memberi sokongan serta galakan. Sesetengah wanita yang menggunakan kaedah kelahiran bayi tidak memerlukan anestetik atau ubat melegakan kesakitan semasa proses bersalin. Namun menghadiri kelas ini tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan ubat melegakan kesakitan atau anestetik jika anda dan doktor membuat keputusan anda memerlukannya. Jika anda berminat untuk menyertai sesi kelahiran bayi, berbincanglah denan doktor atau jururawat. Penglibatan mereka sangat perlu supaya kaedah ini menjadi lebih efektif.
Doktor anda boleh membantu mencarikan kelas atau pengajar untuk mengajarkan anda teknik kelahiran bayi. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk mempelajari teknik ini. Walaupun kaedah ini bukan untuk anda, namun anda masih boleh mendapat faedah dari kelas prenatalnya yang biasa.
Pembedahan Caesaerean
Kelahiran Caesarean atau Irisan C merupakan pembedahan di mana bayi dilahirkan menerusi insisi di bahagian abdomen dan bukan melalui faraj. Walaupun kelahiran melalui Caesarean dianggap pembedahan besar, risikonya adalah sangat kecil. Kelahiran Caesarean hanya akan dilakukan apabila kelahiran normal (melalui faraj) amat berisiko. Biasanya ia dilakukan apabila kelahiran normal akan membahayakan nyawa bayi dan ibu, jika bayi terdahulu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, atau kerana disebabkan penyakit atau keadaan tertentu.
Bayi Songsang
Biasanya kepala bayi akan masuk ke dalam saluran kelahiran terlebih dahulu. Jarang berlaku keadaan di mana bayi memasuki saluran kelahiran dalam posisi yang berlainan. Bayi songsang adalah keadaan dimana punggung atau kaki memasuki saluran kelahiran terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan proses pelahiran lebih lama dan lebih sukar untuk bayi, jadi anda perlu menjalani pembedahan Caesarean jika bayi berada dalam keadaan songsang. Doktor akan memaklumkan kepada anda jika bayi anda songsang dan akan memberitahu apa yang harus dilakukan.
Selepas Bersalin
Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi dipegang dengan kepalanya lebih rendah untuk membenarkan pengaliran keluar cecair amniotik, mukus dan darah. Picagari ‘bulb’ yang kecil digunakan untuk menyedut mulut dan hidung bayi. Tali pusat akan dipotong, bayi akan dikeringkan, dan dibalut dengan selimut untuk memanaskannya atau diletakkan dibawah lampu pemanas atau dalam tempat tidur/buaian yang dipanaskan. Selalunya bayi akan diletakkan di atas dada sebaik sahaja dilahirkan untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit.
Ubat mata akan dititikkan ke dalam mata bayi supaya dapat mencegah sebarang jangkitan dan gelang pengenalan akan dipakaikan pada tangan anda dan bayi sebelum keluar dari bilik bersalin. Cap jari tangan dan kaki bayi juga akan diambil.
Bilik Pemulihan
Sebelum memasuki bilik, anda akan dimasukkan ke bilik pemulihan untuk 1-2 jam. Di sini anda akan diperhatikan dengan teliti dan diperiksa dengan teliti untuk menentukan tiada pendarahan berlebihan atau perubahan tekanan darah yang luar biasa. Bapa bayi dibenarkan masuk ke dalam bilik pemulihan bersama anda. Jika tiada bilik pemulihan, anda dibenarkan tinggal di bilik bersalin untuk 1 jam berikutnya.
Pelahiran dan Kelahiran
Apakah yang dimaksudkan pelahiran?
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah “menurun”.
Keadaan ini dikenali sebagai “keringanan” dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses “keringanan” tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula.

Amalan Ibu Mengandung Menurut Al-Quran, As-Sunnah & Pengalaman

0

Category : Agama, Ibu mengandung

Amalan Ibu Mengandung Menurut Al-Quran, As-Sunnah & Pengalaman Bah 1

[ Online : 1711 hari. ]