Ayah terbunuh, abang cedera parah ditikam saudara sendiri

0

Category : Terengganu

Bunuh keluarga sendiri

Bunuh keluarga sendiri

KUALA TERENGGANU, Feb 3 — Seorang bapa terbunuh manakala seorang anak lelakinya cedera parah ditikam saudara sendiri dalam satu kejadian di Kampung Duyong Wan Su di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Md Jamil berkata, dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, bapa berkenaan berusia 51 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya berusia 30 tahun, cedera parah setelah ditikam dengan pisau Rambo berukuran 32 sentimeter.
 
Kejadian berlaku semasa abang kepada suspek sedang tidur di rumahnya.

Suspek secara tiba-tiba telah bertindak menikam abangnya sendiri, kata Hamzah.

“Sebaik sahaja ditikam, abang kepada suspek menjerit meminta pertolongan menyebabkan kedua ibu bapanya keluar dari bilik untuk melihat keadaan. Mereka kemudiannya melihat abang suspek berada keadaan berlumuran darah sambil menahan sakit.

“Suspek juga dilihat dalam keadaan badannya yang berlumuran darah sedang memegang sebilah pisau di tangannya,” katanya kepada pemberita di sini.

Amuk cekik isteri tidur

0

Category : umum

 SIK: “Tiba-tiba suami mencekik saya dengan kuat hingga sesak nafas,” kata Khatijah Shaari, 56, yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya musnah dibakar pasangan hidupnya yang tiba-tiba mengamuk di Kampung Hujung Bandar, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, lelaki berusia 57 tahun itu turut merosakkan lima kereta jiran serta dua motosikal termasuk sebuah miliknya.

Khatijah ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia tidur di ruang tamu rumah bersama anak perempuannya, Nurul Izzati Omar, 21, sebelum terasa sesuatu menindih tubuhnya.

“Apabila terjaga, saya lihat suami menindih dan mencekik leher saya sehingga sukar untuk bernafas dan menjerit.

Mujur Nurul Izzati yang terjaga menjerit meminta tolong sebelum anak lelaki saya, Mohd Hizwan, 23, meluru keluar dari bilik dan menolak suami hingga terjatuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Amuk bakar rumah, rosakkan lima kereta

0

Category : Kedah

BALING -  Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengamuk lalu membakar rumah sendiri sebelum memecahkan cermin lima buah kereta milik keluarga serta jirannya di Kampung Hujung Bandar, Sik, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 55 tahun itu turut mencekik isterinya yang berusia 56 tahun dan anak perempuannya yang berumur 21 tahun ketika mereka sedang tidur.

Isterinya berkata, mereka terselamat apabila seorang anak lelakinya menyedari kejadian itu dan menghalang bapanya.

“Saya dan anak kemudiannya lari keluar dan meminta tolong jiran, kami sangat terkejut kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian,” katanya.

Keluarga Taufik diminta biar polis siasat kes surat layang

0

Category : umum

 

NOORZAN dan isteri, Salmiah Ismail menunjukkan surat layang memburukkan arwah anaknya, Muhammad Taufik, kelmarin.

NOORZAN dan isteri, Salmiah Ismail menunjukkan surat layang memburukkan arwah anaknya, Muhammad Taufik, kelmarin.

KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, meminta keluarga Muhamad Taufik Noorzan, 21, yang ditembak mati anggota polis dalam kejadian amuk bulan lalu supaya menyerahkan kepada polis melakukan siasatan rapi berhubung penyebaran surat layang memburukkan arwah yang berlaku ketika ini.

Difahamkan kira-kira 1,000 keping surat layang yang menamakan diri penulisnya sebagai ‘Ahli Jamaah Anak Murid Ibnu Qayyim’ disebarkan individu tertentu mengandungi pelbagai fitnah menyentuh peribadi Mohamad Taufik, termasuk mendakwanya seorang pemabuk, pemuda panas baran dan penagih.

Surat layang berbaur fitnah itu didakwa disebar di beberapa tempat tumpuan ramai di sekitar Arau, Pauh dan Guar Sanji, awal pagi kelmarin.

 Md Isa berkata, beliau menasihatkan supaya keluarga Mohamad Taufik tidak panik dan bertindak terburu-buru, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan mengesan penyebar surat berkenaan.

“Saya faham dalam situasi sekarang, keluarga Muhamad Taufik pasti tertekan dengan penyebaran surat layang ini dan kes itu perlu diserahkan kepada polis untuk menyiasat serta mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukannya.

“Ia perbuatan yang biadap dan melampau, apatah lagi orang yang difitnah menerusi surat layang itu sudah meninggal dunia dan sekali gus mengaibkan keluarganya,” katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga berkenaan di Kampung Belakang Istana, Arau, dekat sini, petang kelmarin.

Surat layang aibkan pemuda amuk guar sanji

0

Category : umum

KERATAN Kosmo! 15 November.

KERATAN akhbar! 15 November.

ARAU – Keluarga Muhammad Taufik Noorzan, pemuda amuk yang mati ditembak polis di Guar Sanji di sini lebih sebulan lalu, terkejut apabila ribuan surat layang yang mengaibkan kematian mangsa disebarkan oleh pihak yang tidak dikenali di sekitar daerah ini kelmarin.

Surat layang itu antara lain cuba membangkitkan beberapa persoalan yang memburukkan latar belakang mangsa dalam kejadian malam sebelum dia ditembak mati pada 14 November lalu.

Turut dikaitkan dalam surat layang itu ialah rakan mangsa, Rashidi Abd. Rahman, 23, teman wanita mangsa bernama Nisa serta ibu dan bapa mangsa.

Nota tersebut ditemui ditinggalkan di tempat tumpuan ramai sekitar kedai runcit dan sekolah serta tepi jalan pekan Arau, Simpang Empat dan Guar Sanji.

Kes Guar Sanji didakwa

0

Category : umum

KANGAR: Barisan pengamal undang-undang di Perlis dan Kedah menyifatkan wujud unsur penganiayaan dalam kes amuk di Guar Sanji, di sini, baru-baru ini, sehingga mengorbankan nyawa seorang pemuda, Muhammad Tawfiq Noorzan, 21.

Kesimpulan dibuat sekumpulan 10 peguam dari kedua-dua negeri diketuai Mohamed Hanipa Maidin, berdasarkan maklumat diterima, termasuk beberapa bukti menjurus ke arah itu.

[ Online : 1017 hari. ]