KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dijangka melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Sabah hujung minggu ini ekoran desakan sesetengah pemimpin di negeri tersebut.
Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal mengumumkan pemimpin baru apabila mempengerusikan mesyuarat tertinggi Majlis Tertinggi parti pada Ahad ini.
Azmin mendedahkan keputusan itu hari ini selepas bermesyuarat dengan semua 25 ketua bahagian PKR Sabah termasuk Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan.






