Tokong lebih 200 tahun di T’ganu terbakar

Sebuah tokong berusia lebih 200 tahun di Kampung Cina di Kuala Terengganu terbakar, mengakibatkan kira-kira 60 peratus tempat ibadat kaum itu hangus dalam insiden kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Pegawai Bomba Tertinggi Terengganu Mohamed Amin Mohamad Basir berkata kebakaran berlaku di bahagian tengah tokong dan sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba Jalan Kota dan Kuala Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau yang ditemui pemberita hari ini berkata seramai 13 anggota dan dua pegawai bertugas memadamkan kebakaran dan api dapat dikawal kira-kira 25 minit kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

Ketua Polis Daerah ACP Zamri Samsuddin berkata siasatan awal polis mendapati tidak wujud elemen sabotaj atau khianat dalam kebakaran tokong berkenaan.

“Kebakaran bermula dari kawasan dalam tokong dan punca sebenar kebakaran kita telah serahkan kepada bomba untuk menyiasat,” katanya.

Continue reading “Tokong lebih 200 tahun di T’ganu terbakar”

Dua surau di Muar dipercayai dibakar

Dua surau di Muar dipercayai dibakar
Oleh Junita Mat Rasid
MUAR: Dua surau di bandar ini dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak tanah dalam dua kejadian berasingan berlaku dalam jarak kira-kira dua kilometer dalam kejadian di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail dan Surau Kampung Parit Beting, Jalan Salleh di sini, awal pagi tadi.
Bagaimanapun kedua-dua surau itu hanya mengalami kerosakan kecil membabitkan langsir, permaidani dan cermin, selain kesan terbakar di pintu surau.
Kejadian pertama di Surau Silaturahim disedari oleh tiga remaja yang dalam perjalanan pulang melalui surau itu kira-kira jam 2.30 pagi, manakala kejadian di Surau Kampung Parit Beting dipercayai turut berlaku dalam tempoh yang sama tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi oleh seorang guru agama yang memasuki ruang solat wanita.
Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal tidak menolak kedua-dua kebakaran itu dilakukan oleh pihak yang sama berikutan taktik yang sama dan berlaku di kawasan hanya terletak antara jarak kira-kira dua kilometer.
Katanya, pihak forensik yang menyiasat di kedua-dua tempat kejadian turut menemui kesan minyak tanah termasuk satu botol yang dipercayai digunakan untuk memulakan kebakaran di surau kedua.
“Siasatan awal mendapati suspek menyimbah minyak tanah sebelum menyalakan api pada bahagian tingkap surau pertama sehingga menyebabkan langsir sepanjang dua meter dan satu tingkap nako rosak, selain turut menyebabkan kesan hitam di dinding surau berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar selepas melawat tempat kejadian.
Jalaluddin berkata, dalam kejadian kedua, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas seorang guru agama menyedari kesan kebakaran di bahagian pintu kedua surau iaitu laluan masuk ke ruang solat wanita.
Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan kesan kebakaran permaidani, langsir dan pintu, selain tingkap yang pecah akibat dibaling dengan batu bata.
“Kejadian itu juga dipercayai berlaku awal pagi tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi dan siasatan awal kemudian turut menemui botol yang berisi minyak tanah berhampiran surau berkenaan,” katanya.
Jalaluddin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeksploitasikan kedua-dua kejadian itu dan tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci.
Katanya, pihaknya masih menunggu laporan forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran berkenaan dan pada masa yang sama pihaknya sudah meningkatkan rondaan di semua kawasan rumah ibadat di negeri ini bagi mengelak kejadian yang sama berulang.
MUAR: Dua surau di bandar ini dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak tanah dalam dua kejadian berasingan berlaku dalam jarak kira-kira dua kilometer dalam kejadian di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail dan Surau Kampung Parit Beting, Jalan Salleh di sini, awal pagi tadi.
Bagaimanapun kedua-dua surau itu hanya mengalami kerosakan kecil membabitkan langsir, permaidani dan cermin, selain kesan terbakar di pintu surau.
Kejadian pertama di Surau Silaturahim disedari oleh tiga remaja yang dalam perjalanan pulang melalui surau itu kira-kira jam 2.30 pagi, manakala kejadian di Surau Kampung Parit Beting dipercayai turut berlaku dalam tempoh yang sama tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi oleh seorang guru agama yang memasuki ruang solat wanita.
Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal tidak menolak kedua-dua kebakaran itu dilakukan oleh pihak yang sama berikutan taktik yang sama dan berlaku di kawasan hanya terletak antara jarak kira-kira dua kilometer.

Masjid di Sarawak dibaling botol

Jan 16  : Sebuah masjid di Sarawak dibaling botol – yang pertama menjadi sasaran ekoran serangan ke atas 11 gereja sejak minggu lalu – berhubung isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam.

Insiden pagi ini berlaku di Kota Samarahan, kira-kira 20km di selatan bandar Kuching.

 Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar memberitahu Reuters bahawa polis menemui pecahan kaca dekat dinding luar masjid tersebut, sambil mengingatkan mereka yang melakukannya sebagai jangan sengaja menaikkan emosi.

“Jangan buat sebarang spekulasi. kami sedang menyiasat insiden tersebut. Situasi adalah aman dan jangan ada yang ambil kesempatan ini untuk melakukan sesuatu yang buruk,” kata Ismail.

Ismail tidak dapat mengesahkan sama ada yang dibaling ke masjid tersebut adalah botol minuman keras, yang haram dalam Islam, tetapi berkata beliau percaya ianya adalah perbuatan vandalisme.

Continue reading “Masjid di Sarawak dibaling botol”

Sebuah lagi gereja di Seremban jadi sasaran

Sebuah lagi gereja di Seremban – Gereja Grace Global Prayer – menjadi sasaran apabila kaca sebuah tingkapnya dipecahkan.

Ia merupakan rumah ibadat di Seremban yang disasarkan – selepas Gereja Sidang Injil Borneo yang pintunya terbakar akibat perbuatan orang yang tidak dikenali.

Menurut laporan, insiden di Gereja Grace Global Prayer yang terletak di Rasah itu, berlaku antara jam 6 petang Khamis dan petang Jumaat, ketika gereja itu kosong. Demikian satu berita dipetik dari edisi malaysiakini hari ini.

Kejadian itu disedari oleh anggota Gereja Grace Global Prayer – yang terletak di sudut barisan rumah kedai dua tingkat – yang tiba untuk bersembahyang dan mendapati kaca sebuah tingkapnya pecah.

Continue reading “Sebuah lagi gereja di Seremban jadi sasaran”

Kuil Sikh di Sentul dilempar batu

Satu lagi insiden rumah ibadat diserang dilaporkan berlaku petang semalam – kali ini sasarannya adalah sebuah kuil Sikh di Sentul apabila ia dibaling batu yang merosakkan sebuah pintu kaca.

Polis menemui kira-kira 20 ketul batu besar dekat pintu terbabit. Kuil Gurdwara Sahib itu berusia 100 tahun.

Beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, terdengar bunyi gelas pecah pada kira-kira jam 6.45 petang dan pergi memeriksanya. Salah seorang sukarelawan, yang juga pegawai polis, memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Gurbial Singh berkata tiada seorang pun yang nampak penyerangnya. Katanya, kitab suci Sikh menggunakan perkataan Allah. Pegawai kuil itu menggesa para penganutnya supaya bertenang.

Continue reading “Kuil Sikh di Sentul dilempar batu”

Bakar Gereja: Menteri gagal bertindak awal jadi punca

 Kegagalan kerajaan membendung dari awal kemarahan rakyat ekoran mahkamah membenarkan penggunaan perkataan Allah bagi penerbitan Herald, akhirnya mengundang padah.

Media pula seperti dibiarkan mengapi-api isu tersebut dengan memaparkan bantahan orang ramai, tanpa mengambil kira sentimen penganut agama lain.

Kegagalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mempercepatkan maraknya perasaan tidak senang hati antara kaum.

Anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kerajaan dilihat hanya bertindak selepas berlaku peristiwa di luar kawalan sehingga gereja dibakar.

“Isu yang berlaku sekarang berjaya menutup kemarahan sebenar rakyat ekoran kenaikan harga barangan dan kos hidup.

“Mungkin juga sebagai satu pelan bagi mengelakkan rakyat terus bercakap  kehilangan enjin jet pejuang yang begitu mengaibkan sekali kerajaan,” katanya di sini.

Continue reading “Bakar Gereja: Menteri gagal bertindak awal jadi punca”

Hisham: 7 gereja sasaran cubaan bakar, vandalisme

Tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak, menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme setakat ini, bagaimanapun keadaan adalah terkawal, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Beliau berkata selain gereja di Miri, kes terbaru turut membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak.

“Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir dan diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan laporan-laporan di internet serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi pendidikan di bawah program Juara Rakyat di tapak ekspo Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dekat Rawang hari ini.

Dalam insiden vandalisme di Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar,
kira-kira 10km dari Miri, dua daripada tingkap kacanya pecah selepas dibaling bata hari ini.

Continue reading “Hisham: 7 gereja sasaran cubaan bakar, vandalisme”

Surau Taman Menara Maju dibaling batu

SHAH ALAM: Pintu cermin surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang dekat sini pecah dibaling batu kira-kira jam 6 pagi tadi setelah dibaling dengan batu.

Selain batu, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop, ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian itu tetapi menyangkal insiden itu ada kaitan dengan isu pembakaran gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, semalam.

 Mohamad juga berkata tompokan air itu bukan air kencing seperti yang didakwa dan berkata siasatan lanjut untuk mengenal pastinya sedang dijalankan.

“Saksi kejadian iaitu seorang penduduk tempatan yang hendak ke surau untuk menunaikan solat Subuh memberitahu polis yang dia nampak seorang suspek lelaki lari ke satu lorong kira-kira 200 meter dari surau itu dalam keadaan tidak memakai baju.

Continue reading “Surau Taman Menara Maju dibaling batu”

Gereja keempat diserang bom api

9 Jan : Sebuah lagi gereja dibaling bom api hari ini, demikian menurut polis dan pegawai gereja – yang keempat dalam tempoh dua hari lalu ekoran kontroversi penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

Polis sedang menyiasat percubaan membakar Gereja Good Shepherd Luthern di Petaling Jaya, yang mengalami kerosakan kecil.

Pada kira-kira jam 2 petang, pihak gereja menemui bom api yang dibaling ke arah tingkap tingkat satu dan dua bangunan tiga tingkat itu, kata Bishop Philip Loke kepada AFP.

“Ia hampir mengenainya tetapi ada bahagian dinding yang terbakar,” katanya sambil menambah “kami mengesyaki serangan itu ada kaitan dengan serangan yang lain”.

Continue reading “Gereja keempat diserang bom api”

PM: Peruntukan RM500,000 bantu gereja Desa Melawati

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api semalam bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.

Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.

“Ini adalah sokongan kerajaan…ini adalah tanda keikhlasan kerajaan dan saya harap semua pihak akan bersikap tenang”.

 “Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan yang dialami oleh gereja itu dan pengumuman itu disambut dengan tepukan oleh ramai yang hadir.

Continue reading “PM: Peruntukan RM500,000 bantu gereja Desa Melawati”