Bakar surau, tiga remaja mengaku tak salah

0

Category : umum

Tiga remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar atas tiga tuduhan membakar dua surau bulan lalu.

Seorang daripada mereka juga dituduh membuat laporan palsu.

Dua daripada tertuduh itu berusia 17 tahun dan sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala remaja ketiga berumur 16 tahun tetapi sudah berhenti sekolah.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan khianat sehingga menyebabkan kebinasaan di Surau Parit Beting, Jalan Salleh, di Muar, pada kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 1 pagi, 21 Jan lalu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh melakukan khianat sama, di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail, di Muari, pada jam 2 hingga 3.15 pagi, tarikh yang sama.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Lydiana Mansor menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 setiap seorang bagi kedua-dua pertuduhan itu. Beliau menetapkan 6 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid

0

Category : Apa dah jadi

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk ‘God’.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

4 ditahan berkaitan kes bakar surau di Muar

0

Category : umum

bakar surau

Kesan dibakar

Empat orang ditahan di Johor kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu.Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 28 tahun.

Seorang daripada mereka yang ditahan itu dipercayai anak seorang anggota polis.Pada 21 Januari lalu, dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer. Mereka ditahan di tempat yang berasingan pagi semalam – kurang 48 jam selepas insiden tersebut.

Surau dibakar bakal dapat ??

0

Category : umum

By Angkasanuri

Selepas reda sekejap isu bakar gereja, semalam dua buah surau di Muar pula dibakar pada awal pagi.

Dalam kejadian bakar gereja yang pertama di ibu kota, Perdana Menteri Dato Seri Najib yang membuat lawatan ke gerejaMetro Tabernacle Church Taman Malawati mengumumkan bantuan sebanyak RM 500,000 untuk memindahkan gereja berkenaan ke tapak baru.

Bagi saya tindakan bakar gereja dan bakar surau mempunyai agenda yang sama. Membuat khianat untuk mewujudkan suasana panik dan huru hara dalam negara.
Cuma saya berharap kerajaan 1Malaysia tidak bersikap double standard dalam menyalurkan bantuan.

Dua surau di Muar dipercayai dibakar

0

Category : umum

Dua surau di Muar dipercayai dibakar
Oleh Junita Mat Rasid
MUAR: Dua surau di bandar ini dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak tanah dalam dua kejadian berasingan berlaku dalam jarak kira-kira dua kilometer dalam kejadian di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail dan Surau Kampung Parit Beting, Jalan Salleh di sini, awal pagi tadi.
Bagaimanapun kedua-dua surau itu hanya mengalami kerosakan kecil membabitkan langsir, permaidani dan cermin, selain kesan terbakar di pintu surau.
Kejadian pertama di Surau Silaturahim disedari oleh tiga remaja yang dalam perjalanan pulang melalui surau itu kira-kira jam 2.30 pagi, manakala kejadian di Surau Kampung Parit Beting dipercayai turut berlaku dalam tempoh yang sama tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi oleh seorang guru agama yang memasuki ruang solat wanita.
Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal tidak menolak kedua-dua kebakaran itu dilakukan oleh pihak yang sama berikutan taktik yang sama dan berlaku di kawasan hanya terletak antara jarak kira-kira dua kilometer.
Katanya, pihak forensik yang menyiasat di kedua-dua tempat kejadian turut menemui kesan minyak tanah termasuk satu botol yang dipercayai digunakan untuk memulakan kebakaran di surau kedua.
“Siasatan awal mendapati suspek menyimbah minyak tanah sebelum menyalakan api pada bahagian tingkap surau pertama sehingga menyebabkan langsir sepanjang dua meter dan satu tingkap nako rosak, selain turut menyebabkan kesan hitam di dinding surau berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar selepas melawat tempat kejadian.
Jalaluddin berkata, dalam kejadian kedua, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas seorang guru agama menyedari kesan kebakaran di bahagian pintu kedua surau iaitu laluan masuk ke ruang solat wanita.
Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan kesan kebakaran permaidani, langsir dan pintu, selain tingkap yang pecah akibat dibaling dengan batu bata.
“Kejadian itu juga dipercayai berlaku awal pagi tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi dan siasatan awal kemudian turut menemui botol yang berisi minyak tanah berhampiran surau berkenaan,” katanya.
Jalaluddin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeksploitasikan kedua-dua kejadian itu dan tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci.
Katanya, pihaknya masih menunggu laporan forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran berkenaan dan pada masa yang sama pihaknya sudah meningkatkan rondaan di semua kawasan rumah ibadat di negeri ini bagi mengelak kejadian yang sama berulang.
MUAR: Dua surau di bandar ini dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak tanah dalam dua kejadian berasingan berlaku dalam jarak kira-kira dua kilometer dalam kejadian di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail dan Surau Kampung Parit Beting, Jalan Salleh di sini, awal pagi tadi.
Bagaimanapun kedua-dua surau itu hanya mengalami kerosakan kecil membabitkan langsir, permaidani dan cermin, selain kesan terbakar di pintu surau.
Kejadian pertama di Surau Silaturahim disedari oleh tiga remaja yang dalam perjalanan pulang melalui surau itu kira-kira jam 2.30 pagi, manakala kejadian di Surau Kampung Parit Beting dipercayai turut berlaku dalam tempoh yang sama tetapi hanya disedari kira-kira jam 11 pagi oleh seorang guru agama yang memasuki ruang solat wanita.
Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal tidak menolak kedua-dua kebakaran itu dilakukan oleh pihak yang sama berikutan taktik yang sama dan berlaku di kawasan hanya terletak antara jarak kira-kira dua kilometer.
[ Online : 913 hari. ]