Mangsa banjir di Kelantan meningkat

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 344 orang berbanding 203 orang semalam berikutan hujan lebat di Hulu Kelantan.

Jurucakap Bilik Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata daripada 344 orang itu, 285 orang mangsa terlibat di jajahan Pasir Mas dan 59 orang di jajahan Kuala Krai. “Antara kawasan terbabit di Pasir Mas termasuk, Kampung Kedai Lama, Kedap dan sekitar bandar Rantau Panjang manakala bagi jajahan Kuala Krai hanya kawasan Banggol Guchil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya iaitu 10.10 meter melebihi bahaya 9 meter dan air dilaporkan semakin naik berikutan hujan yang masih belum reda.  Katanya Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan KM11 Kampung Kubang Rambutan ditutup untuk kenderaan ringan.

Banjir kali ini merupakan yang keempat pada tahun ini sejak November. – Bernama

Kanak-Kanak Lelaki Mangsa Terbaru Banjir Di Kelantan

 Seorang kanak- kanak lelaki berusia tujuh tahun lemas apabila terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras berikutan banjir kali ketiga yang melanda Kelantan, setelah hujan lebat sejak dua hari lepas.

Mangsa yang dikenali sebagai Wan Muhammad Azafar Wan Ahmad maut ketika bermain bersama sepupunya di Kampung Paloh, Pintu Geng di sini, pada pukul 12.30 tengah hari Rabu dan kejadian malang itu menjadikan mangsa korban di negeri itu meningkat kepada lima orang.

Sejak awal hari ini, bandar Kota Baharu dilanda banjir kilat dengan ada kawasan rendah dan berdekatan sungai ditenggelami air sedalam 0.3 meter hingga 0.6 meter.

Continue reading “Kanak-Kanak Lelaki Mangsa Terbaru Banjir Di Kelantan”

Mangsa banjir Jeddah terima 1 juta riyal

JEDDAH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz mengarahkan bayaran pampasan berjumlah SR1 juta (RM900,000) kepada setiap keluarga mangsa yang maut akibat banjir besar yang melanda Jeddah minggu lalu.

Raja Abdullah mengarahkan penubuhan jawatankuasa peringkat tertinggi yang dipengerusikan Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal dan turut dianggotai Gabenor Jeddah, Putera Mishaal Majed dan wakil pelbagai kementerian.

Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab mengkaji tahap kerosakan akibat bencana tersebut selain meneliti kesan krisis dan mencadangkan langkah-langkah untuk mengelak situasi sama berulang lagi.

Continue reading “Mangsa banjir Jeddah terima 1 juta riyal”

1,166 mangsa banjir dipindahkan di daerah Kerian

1,166 mangsa banjir dipindahkan di daerah Kerian
17/11/2009 11:45am
IPOH 17 Nov. — Keadaan banjir di Perak tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 1,166 orang pagi ini berbanding 545 orang semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, kesemua mangsa baru itu dipindahkan sejak tengah malam tadi hingga 8 pagi ini dan ditempatkan di enam buah sekolah dan sebuah surau yang dijadikan pusat pemindahan.
“Mangsa terbabit dipindahkan dari 11 kampung iaitu Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Kampung Simpang Empat, Kampung Simpang Lima, Kampung Matang Tengah, Kampung Sungai Semambu, Kampung Matang Pasir, Ladang Sungai Bogak, Ladang Sungai Kerian dan Kampung Yau Shin,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.
Katanya, hujan lebat yang berterusan sejak enam hari lalu serta limpahan dari empangan Bukit Merah menyebabkan kawasan terbabit terus ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.
Katanya, Jalan Bagan Serai ke Selama di Km 10 hingga 17 masih ditutup kepada semua lalu lintas.
Sementara itu, di Selama kesemua 72 mangsa dari dua buah kampung yang dipindahkan ke pusat pemindahan sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang semalam.
— BERNAMA

IPOH 17 Nov. — Keadaan banjir di Perak tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 1,166 orang pagi ini berbanding 545 orang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, kesemua mangsa baru itu dipindahkan sejak tengah malam tadi hingga 8 pagi ini dan ditempatkan di enam buah sekolah dan sebuah surau yang dijadikan pusat pemindahan.

Continue reading “1,166 mangsa banjir dipindahkan di daerah Kerian”

Banjir : Pantai Timur diramal terus alami hujan lebat

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan Pantai Timur dijangka terus mengalami hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat bagi tempoh lima hari mulai hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan itu yang dikategorikan sebagai peringkat kuning iaitu peringkat pertama di mana hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam akan datang, diramal berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Continue reading “Banjir : Pantai Timur diramal terus alami hujan lebat”

1,870 Mangsa Banjir Di Kedah Masih Berada Di 11 Pusat Pemindahan

ALOR SETAR,  Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan kini semakin berkurangan apabila 110 orang dibenarkan pulang setelah banjir di kawasan mereka mulai surut.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri memberitahu Bernama di sini, setakat ini sebanyak 1,870 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Continue reading “1,870 Mangsa Banjir Di Kedah Masih Berada Di 11 Pusat Pemindahan”

Pusat Pemindahan Banjir Di Pasir Mas Ditutup

 Semua pusat pemindahan banjir di Pasir Mas ditutup apabila 111 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan pulang ke rumah masing-masing petang Selasa.

Ketua Pegawai Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri (PKOBN) Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata sehingga pukul 6 petang ini, terdapat 1,335 orang yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di Tumpat.

Continue reading “Pusat Pemindahan Banjir Di Pasir Mas Ditutup”

Mayat mangsa lemas ditemui

PASIR PUTEH – Mayat mangsa yang dilaporkan lemas tiga hari lalu ditemui tersangkut pada bongkah kayu di Sungai Rasau selepas lebih sejam operasi mencarinya dilancarkan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Assisten Superintendan Azmir Damiri berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira dua kilometer daripada tempat dia dilaporkan tenggelam.

Menurutnya, operasi hari ketiga semalam dimulakan jam 8 pagi dan mayat mangsa ditemui pada jam 9.15 pagi oleh sepasukan anggota bomba yang meninjau dengan bot Apex.

Continue reading “Mayat mangsa lemas ditemui”

Banjir terkini : Lebih 4,000 Orang Dipindahkan Akibat Banjir Di Kelantan (9 Nov)

Lebih 4,000 Orang Dipindahkan Akibat Banjir Di Kelantan
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir musim tengkujuh di kelantan meningkat kepada 4,151 orang pagi Isnin berbanding 3,487 orang Ahad malam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata jumlah yang dipindahkan itu adalah dari daerah Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.
“Jumlah itu meningkat berikutan air Sungai Golok, Rantau Panjang yang masih melebihi paras bahaya iaitu 9.93 meter (bahaya 9 meter),” katanya ketika dihubungi di sini Isnin.
Beliau berkata seramai 49 mangsa banjir di Machang dibenar pulang ke rumah masing-masing dan setakat pagi ini tiada jalan utama yang ditutup.
Cuaca pada di Kelantan pagi ini mendung dengan hujan-hujan renyai dilapor di sesetengah kawasan.
Sementara itu, hujan lebat dibeberapa kawasan pedalaman Hulu Kelantan seminggu lepas mengakibatkan 1,000 penduduk di Kampung Pemberian, dekat sini, terputus hubungan apabila jambatan merintasi Sungai Galas di kampung berkenaan ditenggelami air sedalam 15 meter.�
Berikutan itu, penduduk kampung terbabit terpaksa menyeberangi sungai itu menggunakan bot sejak tiga hari lepas.
Di KANGAR, paras air di beberapa kawasan rendah sekitar bandar ini terus meningkat menyebabkan seramai 247 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Tugas-tugas Khas Perlis, Mansor Jusoh berkata, kebanyakan mangsa yang mula dipindahkan petang semalam ialah dari kawasan Taman Intan, Repoh Selatan, Tok Kandang dan Kampung Bakau.
Seramai 141 orang ditempatkan di dewan orang ramai Taman Intan, 78 orang di surau kampung Tok Kandang dan 28 orang di Sekolah Kebangsaan seri Perlis, katanya.
Di KUALA TERENGGANU, keadaan banjir di negeri itu pulih sepenuhnya apabila semua mangsa dibenar pulang ke rumah masing-masing pada Ahad.
— BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir musim tengkujuh di kelantan meningkat kepada 4,151 orang pagi Isnin berbanding 3,487 orang Ahad malam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata jumlah yang dipindahkan itu adalah dari daerah Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

“Jumlah itu meningkat berikutan air Sungai Golok, Rantau Panjang yang masih melebihi paras bahaya iaitu 9.93 meter (bahaya 9 meter),” katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Continue reading “Banjir terkini : Lebih 4,000 Orang Dipindahkan Akibat Banjir Di Kelantan (9 Nov)”

Mangsa banjir terus meningkat di Kelantan

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 2,558 orang apabila lebih ramai mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang dipindahkan berikutan paras air Sungai Golok kekal pada paras bahaya.

Seramai 2,031 mangsa banjir di negeri itu dipindahkan malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata jumlah itu meningkat apabila mangsa banjir di Pasir Mas terus bertambah kepada 2,190 orang berbanding malam tadi diikuti Machang (190), Tanah Merah (75), Tumpat (54) dan Kuala Krai (49).

Continue reading “Mangsa banjir terus meningkat di Kelantan”