Keadaan banjir di Terengganu semakin baik

0

Category : umum

KUALA TERENGGANU: Banjir yang melanda empat daerah di Terengganu sejak Jumaat lalu pada umumnya semakin baik pagi ini dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan kini hanya 57 orang berbanding 534 orang, petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara, Terengganu berkata sehingga 9 pagi ini empat pusat pemindahan masih beroperasi iaitu masing-masing satu di Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Berita banjir : Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat, Keadaan Di Terengganu Semakin Baik

0

Category : umum

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Jumlah mangsa banjir di Kelantan pada petang semalam semakin meningkat manakala di Terengganu jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan berkurangan berikutan semakin ramai telah boleh pulang ke rumah masing-masing.

Ketua Pegawai Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri Kelantan, Shahnaz Nurul Amin berkata sehingga pukul 3 petang ini bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di seluruh negeri meningkat kepada 2,328 berbanding 2,023 tengah hari semalam.

Penduduk Tok Jembal bimbang

0

Category : umum

KUALA NERUS – Penduduk yang tinggal di pesisir Pantai Kampung Tok Jembal, di sini, berada dalam kebimbangan apabila kejadian ombak besar dan angin kencang sempena kedatangan musim tengkujuh kali ini menyebabkan kawasan pantai di situ terhakis kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Berikutan kejadian hakisan yang turut melibatkan jalan pesisir pantai sepanjang kira-kira dua kilometer itu, memaksa penduduk bertindak segera menutup laluan berkenaan sebagai langkah keselamatan.

7 bot musnah dipukul ribut

0

Category : umum

TUMPAT- Tujuh bot enjin galah musnah dipukul ombak besar dalam kejadian ribut serta air pasang luar biasa menyebabkan nelayan di Kampung Jubakar Pantai, di sini kerugian lebih RM10,000 malam semalam.

Dalam kejadian ribut kira-kira jam 9 malam itu, tiga daripada tujuh bot yang diletakkan di tepi pantai hancur berkecai manakala empat lagi pecah, terputus dua dan tinggal rangka, manakala pukat serta enjin bot rosak teruk.

Amaran merah hujan di Kelantan, Terengganu

0

Category : umum

KUALA LUMPUR: Amaran hujan sekejap-sekejap dan kadang kala lebat yang berlaku di Kelantan dan Terengganu sejak beberapa hari lepas telah ditingkatkan kepada amaran “peringkat merah” pada jam 4 petang semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, daerah yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Kota Baharu, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai, manakala di Terengganu adalah Besut.

[ Online : 1011 hari. ]