Aduka Taruna, pembakar gereja dan Nasir Safar

0

Category : umum

Ada persamaan antara tiga manusia atau kumpulan manusia ini, mereka terlibat dengan isu yang didefinisikan sensitif di Malaysia, isu yang dianggap boleh merencat keharmonian kaum di Malaysia, iaitu berkaitan agama, keturunan dan raja Melayu.

Hari pertama kejadian gereja dibakar, saya berada di Kuala Lumpur, bimbang juga saya kiranya darurat diisytiharkan pada hari tersebut di ibu kota, pertama kerana membayangkan tragedi 13 Mei, kedua kerana memikirkan yang esoknya saya harus pulang ke Kuantan, harapnya tidak berlaku apa-apa, jangan saya terkandas di bandaraya ini, terus-terang saya rindukan anak kecil saya.

Memang tidak berlaku apa-apa selepas itu, maksud saya dari pihak kerajaan, tiada pengisytiharan darurat atau perintah berkurung. Tetapi sebaliknya kejadian membakar dan cuba membakar gereja setelah hari itu merebak hampir ke seluruh Malaysia, sekali lagi satu kemujuran, Kuantan yang punya gereja, kuil Hindu dan kuil Sikh yang besar, selain masjid yang juga besar terselamat.

Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa

0

Category : umum

Seorang penulis blog dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor. Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Rais ubah pendirian, Anduka perlu didakwa

0

Category : umum

Penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya kelak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata blogger itu juga boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor sendiri.

“Jika seseorang itu ingin memohon maaf mereka boleh buat secara formal di yang merupakan satu faktor mitigasi di mahkamah. Memohon maaf kepada diraja pula soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang tetap harus berjalan,” katanya pada satu sidang akhbar hari ini.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu
Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada Isnin lalu dan direman selama empat hari untuk pihak polis menjalankan siasatan.

 

Penulis blog hina Almarhum Sultan Johor ditahan reman 4 hari

0

Category : umum

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini pagi ini mengeluarkan perintah tahan reman terhadap seorang penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor.

Majistret Azrol Abdullah memerintahkan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini kepada penulis blog yang berusia 30 tahun itu.

Dia yang dikatakan bekerja sebagai pereka grafik dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dan beredar 10 minit kemudian.

Penulis blog hina sultan johor Aduka Taruna serah diri

0

Category : umum

Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan – dikenali sebagai Aduka Taruna – menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.

Penulis blog hina Sultan Iskandar disiasat

1

Category : umum

Penulis blog hina Sultan Iskandar disiasat
JOHOR BAHRU: Polis Johor menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat seorang penulis blog yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.
Ketua Polis negeri, Datuk Mokhtar Mohd Shariff, berkata sehingga jam 6 petang semalam, pihaknya menerima 25 laporan di seluruh negeri terhadap penulis blog berkenaan.
“Kita sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat perkara berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan.
“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya bersabar dan tidak mengambil tindakan terburu-buru,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengutuk sekeras-kerasnya sikap tidak bertanggungjawab penulis blog terbabit yang secara terang-terangan menghina Institusi Kesultanan Diraja Johor.
“Sebarang bentuk provokasi termasuk dalam bentuk tulisan blog dengan tujuan menghina Institusi Kesultanan Diraja Melayu harus ditangani segera. Sikap biadap terhadap Sultan dan Raja-Raja Melayu oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab akan menimbulkan kekecohan dan huru-hara di kalangan rakyat,” katanya.
Sementara itu, Pemuda Umno Johor mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis blog yang menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar.
Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Fadil Muskon, berkata beliau dimaklumkan mengenai kata-kata berunsur penghinaan dan penderhakaan terhadap baginda oleh penulis blog dikenali sebagai Aduka Taruna, kira-kira jam 12 tengah hari, Sabtu lalu.
Beliau berkata, melalui laman blog www.adukataruna.blogspot.com, penulis itu menghina Institusi Kesultanan Diraja Johor dan kerajaan negeri yang disifatkannya bodoh.
Katanya, walaupun penulis blog itu sudah meminta maaf kepada istana serta seluruh rakyat Johor menerusi blognya, Pemuda Umno Johor masih kesal dengan tindakan penulis itu yang mencerca Almarhum.

JOHOR BAHRU: Polis Johor menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat seorang penulis blog yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

Ketua Polis negeri, Datuk Mokhtar Mohd Shariff, berkata sehingga jam 6 petang semalam, pihaknya menerima 25 laporan di seluruh negeri terhadap penulis blog berkenaan.

“Kita sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat perkara berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan.

“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya bersabar dan tidak mengambil tindakan terburu-buru,” katanya ketika dihubungi, semalam.

[ Online : 387 hari. ]