Bayi menggigil

SEREMBAN: “Pilunya hati saya apabila melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar,” kata Maideen Machapu, 42, pemandu lori syarikat kontraktor pemungut sampah yang menemui seorang bayi lelaki, semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih hidup ditemui terbaring atas tong sampah di ruang membuang sampah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat.

Bayi malang berpakaian lengkap itu dikatakan hampir terjatuh sebelum diangkat beberapa jiran berdekatan yang turut tersentak menyaksikan kejadian terbabit.

Maideen berkata, dia berada dalam lori dan terkejut apabila dimaklumkan Bed Prasad Sharu, 23, mengenai penemuan berkenaan.

“Saya turun dari lori untuk memeriksa dan mendapati bayi lelaki cukup sifat itu terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas surat khabar tanpa sebarang nota atau objek lain.

“Saya seperti mahu menangis melihat bayi yang memakai baju, seluar, sarung tangan dan kaki menggigil teruk walaupun ketika itu tidak hujan,” katanya.

Menurut Maideen, dia segera memaklumkan kepada pemilik rumah berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Continue reading “Bayi menggigil”

Polis tahan dua pelajar disyaki tanam bayi

MELAKA: Polis menahan dua pelajar berusia belasan tahun, selepas disyaki terbabit menanam hidup-hidup seorang bayi yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pertengahan minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, kedua-dua remaja itu ditahan sejurus selepas ibu pelajar perempuan berkenaan membuat aduan mengenai anaknya yang bersalin tanpa pengetahuan beliau, pada awal pagi Rabu lalu.
Katanya, sejurus penahanan itu, pelajar lelaki dipercayai pasangan remaja yang bersalin itu membawa polis ke sebuah lokasi berhampiran sungai di taman berkenaan, bagi menunjukkan tempat bayi berkenaan ditanam.
“Polis menemui mayat bayi ditanam itu berhampiran sebatang sungai, dipercayai dilahirkan pelajar perempuan itu pada kira-kira jam 4 pagi.
“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati, bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Tangisan suara halus

TANAH MERAH: “Saya terdengar suara jeritan bayi tapi tak tahu di mana. Sebaik membuka pintu rumah, saya terkejut apabila mendapati seorang bayi dibalut dengan kain selimut ditinggalkan di beranda rumah,” kata Sukma Abdullah, 53.
MALANG…bayi yang ditinggalkan
Dia menemui seorang bayi lelaki di rumahnya di Jalan Wan Ahmad, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

Menurut Sukma, sebelum itu dia sedang bersiap untuk tidur sebelum dikejutkan dengan suara tangisan bayi.
Katanya, dia yang tinggal berseorangan agak takut kemungkinan diganggu ‘makhluk halus,’ namun sangkaannya meleset apabila dikejutkan dengan kehadiran bayi itu.
“Ketika itu, saya ingin masuk tidur tapi terdengar suara bayi. Saya takut dan turut menyangka tangisan itu adalah anak jiran yang mungkin sakit.
“Saya kemudian memeriksa dalam rumah sebelum membuka tingkap dekat pintu utama. Saya terkejut kerana ternampak ada ‘benda’ di beranda rumah sebelum memberanikan diri membuka pintu untuk melihat dari dekat. Saya terkejut mendapati ia seorang bayi,” katanya.
Continue reading “Tangisan suara halus”

Polis tunggu DNA mayat bayi digigit anjing liar

SHAH ALAM – Polis akan menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mayat bayi yang ditemui orang awam di Jalan Padang Tembak berdekatan Lapangan Terbang Subang Jumaat lalu bagi memburu mereka yang terlibat.

:Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bedah siasat yang dilakukan mendapati bayi yang tidak lengkap anggota badan itu dilahirkan tidak cukup bulan.

“Hasil bedah siasat mendapati bayi yang disahkan jantina lelaki itu berusia enam bulan dalam kandungan dan menunggu hasil laporan ujian DNA sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh pagi semalam.

Continue reading “Polis tunggu DNA mayat bayi digigit anjing liar”

‘Bekas suami nak jual anak RM2,000’

IBU tunggal yang ditahan kerana positif dadah mengaku tinggal anak lelaki berusia empat tahun di gerai nasi lemak di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra, dua minggu lalu.
Ibu muda mengaku tinggal budak 4 tahun di gerai

ALOR SETAR: Seorang ibu tunggal berusia 22 tahun yang ditahan kerana menagih dadah di Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat sini, kelmarin mengaku dia adalah ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditinggalkan di gerai nasi lemak di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra, dekat sini, dua minggu lalu.

Wanita itu yang positif dadah mengaku dia berbuat demikian ketika berusaha melarikan anak sulungnya itu daripada bekas suaminya yang berusia 25 tahun. Dia juga mendakwa, bekas suaminya yang juga seorang penagih dadah mahu menjual anaknya itu kepada seseorang yang tidak dikenali dengan harga RM2,000.

“Saya tidak berniat untuk buang anak, tetapi mendapat tahu bekas suami mahu menjual anak kami kepada seseorang dengan harga RM2,000. Disebabkan itu, saya membawa anak lari dan meninggalkannya di sebuah gerai di Air Hitam.

“Bagaimanapun apabila kembali semula beberapa jam kemudian saya dapati gerai itu sudah tutup dan anak saya juga tiada di situ.

Continue reading “‘Bekas suami nak jual anak RM2,000’”

Bayi baru lahir maut digonggong anjing

SHAH ALAM – Mayat seorang bayi yang masih belum dikenal pasti jantinanya ditemui dalam keadaan tangan hampir terputus akibat digonggong seekor anjing dalam kejadian di Jalan Padang Tembak berdekatan Lapangan Terbang Subang, di sini, petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat daripada saksi, Ahmad Romzi, kira-kira jam 4 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal polis ke atas mayat itu mendapati bayi itu baru dilahirkan berikutan masih terdapat uri ditemui bersamanya. Setakat ini, kita masih belum dapat pastikan bangsa bayi tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Arjunaidi berkata, buat masa ini masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu mati ketika dilahirkan atau selepas dibuang selain ketika ditemui mayat terbabit sudah tidak lengkap anggota.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan siasatan dibuat menjurus mengikut Seksyen 318 Kanun keseksaan.

Continue reading “Bayi baru lahir maut digonggong anjing”

Apa dosa bayi ini?

BAYI perempuan yang dijumpai di kawasan semak belakang sebuah pasar raya kini menerima rawatan di HRPB, Ipoh.

IPOH: Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan basah kuyup dan menggigil selepas ditinggalkan dalam hujan lebat di kawasan semak belakang sebuah pasar raya di Jalan Medan Ipoh di sini, petang kelmarin.

Bayi yang hanya berbalut dengan tuala mandi itu, dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata bayi itu dijumpai orang ramai yang melalui kawasan berkenaan, kira-kira 500 meter dari tempat pembuangan sampah, pada jam 5.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). “Ketika dijumpai, bayi itu dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat. Malah bayi itu dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu untuk menangis,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon, berkata bayi berkenaan dihantar ke bahagian kecemasan hospital berkenaan, kira-kira jam 8 malam.

Continue reading “Apa dosa bayi ini?”

Mufti perjelas isu murtad pembunuh zuriat

KUALA LUMPUR: Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, hari ini menjelaskan bahawa pelaku yang membuang dan membunuh bayi mereka hanya akan terkeluar daripada Islam jika mereka beriktikad bahawa ia adalah halal.
Beliau berkata, iktikad bermaksud dengan yakin beranggapan bahawa perbuatan haram yang dilakukan itu adalah halal dan secara tidak langsung mereka telah murtad atau terkeluar daripada Islam.
“Jika ia telah disepakati oleh ulama dan diketahui umum bahawa perbuatan membunuh itu haram tetapi pelakunya dengan yakin beranggapan ia adalah halal, ia boleh membawa seseorang itu kepada murtad,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat bayi dibuang bagai sampah

INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.
INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.

IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.

Rajasekaran berkata, dia dan rakannya seperti biasa memungut sampah dalam tong sampah di pangsapuri tersebut sebelum dimasukkan ke dalam lori disediakan.

Janin tersangkut dalam longkang

ALOR SETAR – Ketika umat Islam sedang sibuk meraikan Aidiladha petang kelmarin, penduduk Kampung Keda Derang, Pokok Sena, dekat sini, gempar dengan penemuan janin dalam longkang di kampung berkenaan.

Janin yang masih bertali pusat itu ditemui seorang kanak-kanak, Mohd Saiful Izzat Sofian, 9, yang pada mulanya menyangka, itu adalah anak patung lalu cuba mengambilnya.

Continue reading “Janin tersangkut dalam longkang”