Mayat bayi ditemui dalam surau

0

Category : umum

KUALA TERENGGANU: Penduduk kampung Budiman, Batu Buruk di sini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki di dalam Surau Budiman petang ini.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui bilal surau berkenaan, Mohamed Embong, 60, yang datang datang pada jam 4.10 petang untuk melaungkan azan dan menunaikan solat Asar.

Mayat bayi di belakang rumah ADUN

0

Category : jenayah

Mayat seorang bayi dengan kepalanya terdapat kesan gigitan haiwan ditemui terapung oleh seorang pekerja warga Indonesia di sebatang sungai di Batu 4, Kampung Sementa, Kapar di Kelang petang ini.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Md Yusof berkata mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui dalam keadaan bogel kira-kira pukul 3.30 petang di sungai yang terletak di belakang kediaman ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Isteri ugut jual bayi

0

Category : Johor

JOHOR BAHRU: Luluh hati seorang suami apabila isteri yang sedang mengandung anak sulung tergamak memberi kata dua supaya menghentikan usaha memujuknya selepas lari dari rumah atau menghadapi kemungkinan bayi itu dijual kepada orang lain dengan harga tertentu.

Lebih mengecewakannya, isteri yang mempunyai rupa paras menawan dan bakal ibu kepada anak sulungnya itu sanggup bertindak demikian selepas mendakwa tidak tahan dengan kerenah ibu mentua.

Amalan seks bebas

0

Category : Apa dah jadi

 Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid

0

Category : umum

KOTA BHARU – Kariah Masjid Telipot di sini semalam terkejut dengan penemuan seorang bayi lelaki yang sedang menangis kerana lapar dan kesejukan dibiarkan di sebuah wakaf di kawasan masjid itu.

Bayi malang yang dibungkus dengan kain tudung itu ditemui pukul 8 pagi oleh sepasang suami isteri. Semasa ditemui, bayi yang masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan kebiruan-biruan akibat sejuk diletakkan di lantai wakaf tersebut.

Tinggal bayi atas bonet kereta

3

Category : Malaysiaku

KOTA BHARU: “Kami terkejut sejurus dimaklumkan mengenai penemuan bayi lelaki yang diletakkan di atas bonet kereta milik seorang jemaah dengan keadaan badannya lengkap berpakaian dan dibaluti tuala.

“Tanpa berfikir panjang, kami segera membawa bayi comel yang diselimuti tuala berwarna merah jambu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sebelum di hantar ke hospital,” kata seorang bilal, Muhammad Firdaus Zakaria, 22.

[ Online : 1011 hari. ]