Ahmad Najib gagal dalam cubaan semak keputusan hukuman mati

2

Category : Mahkamah

Ahmad Najib Aris yang dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan membunuh penganalisis teknologi maklumat Canny Ong Lay Kian enam tahun lalu, akan kekal meringkuk di penjara, selepas kehabisan saluran untuk mengenepikan hukuman matinya itu.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Ahmad Najib bagi kebenaran untuk menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengekalkan hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

[ Online : 1017 hari. ]