Resepi Cara Masak KUIH DONAT yang gebu

17

Category : My Resepi

kuih donat

Berikut adalah resepi nak masak kuih donat:

Bahan-bahan untuk masak kuih donat:

Tepung gandum-1/2 kilo
 Mauripan -1 peket kecil
Air suam- jgn panas sgt. lebihkan air sejuk dari air panas
Gula
Garam
Telur-1 biji
Planta-sedikit utk menguli.
Minyak utk mengoreng donat

Cara-cara:

1. Ambil air suam( 1/2 gelas) + mauripan. kacau. asingkan.

2. Masukkan tepung sedikit dulu+ telur+ gula(3 sudu besar) kemudian masukkan air yg bercampur mauripan tadi. kacau dgn tangan dan pastikan gula tadi larut.
kemudian masukkan tepung sedikit2 hingga adunan tadi lembut.Langkah ini penting bagi memastikan kuih donat kini lembut dan gebu.

3. Uli dgn planta sedikit2. biar ianya jadi lembut sgt. Biarkan dlm 2 jam.

4. Lepas 2-3 jam. Ambil acuan donat dan acukan atas dulang besar. panaskan minyak. kisar gula tadi jadi halus.

5. Goreng donat sehingga perang dan kuning. kemudian angkat, toskan minyak dan salutkan dengan gula halus tadi..

Selamat mencuba dengan resepi kuih donat.

Resepi nak masak PAI TEE

0

Category : My Resepi

2769130949_0773418c16
PAI TEE

Bahan kulit
5 camb tepung beras
1 camb tepung kanji/ubi
sed garam
1 biji telur
minyak masak

Bahan isian
3 camb minyak
5 ulas bawang merah, dihiris
125 g isi ayam, dicincang halus
90 g isi udang, dicincang halus
300 g kubis, dihiris halus
350 g sengkuang, dihiris halus
120 ml air rebusan udang/ayam
90 g isi ketam (yg sudah direbus)

Bahan perasa
1 camt gula
1 camt garam
2 camb kicap cair
sed serbuk lada sulah

Satukan semua bahan kulit kecuali air. Tuangkan sedikit demi sedikit air, pukul hingga adunan tidak bergentel. Panaskan minyak, celup acuan pai tee dan biar panas. Angkat dan celup di dalam adunan kulit. Letak semula cepat-cepat di dalam minyak panas dan goyang supaya acuan tanggal. Goreng hingga keemasan. Bila sejuk simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk isian:

Panaskan minyak. Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam, kacau hingga separuh masak kemudian masukkan udang. Goreng 2-3 min. Masukkan kubis dan sengkuang, kacau. Bubuh air rebusan dan bahan perisa. Masak hingga kering kemudian bubuh isi ketam. Bila sejuk, bolehlah dihidangkan di dalam kulitnya.

[ Online : 1836 hari. ]