Cerpen pendek : Surat untuk Isteri Tersayang

6

Category : Karya Seni

Cerpen pendek : Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku – terpaku diruyung minda.

Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, diantara bebintang yang bergentayangan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox massage yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

Cerpen Pendek : Duka Hati Seorang Isteri

0

Category : Karya Seni

“Maafkan abang, sayang.”

Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga… inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir.

Kehangatan air mataku meneyelinap ke dalam diri.
Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak
bersisa lagi.

Cerpen: Pinggan Retak Seribu

0

Category : Karya Seni

PANGG!!! Jatuh berderaian beberapa buah pinggan setelah usai dibersihkan dari sebuah meja yang diletakkan berhampiran penjuru tingkap. Memercik serpihan kaca yang bertebaran memenuhi ruang dapur rumahnya. Pinggan yang disusun bertingkat itu tidak mampu lagi menimbang beban lalu jatuh berderaian. Silap Mak Lijah juga kerana tidak sedar akan perkara sekecil itu. Dia mengeluh, menyalahkan diri sendiri. Mak Lijah terbongkok-bongkok mengutip sisa-sisa kaca dan kemudiannya membersihkannya dengan menggunakan penyapu lidi. Haida Sulasti hanya memandang dengan matanya yang berkaca. Sudah jenuh dia mengatakan kepada orang tuanya untuk mengadakan kenduri secara katering. Namun permintaannya seperti tidak diendahkan. Emaknya lebih suka cara tradisi Melayu yang menonjolkan ciri-ciri tradisional.

Mengucap syukur Mak Lijah pinggan kesayangan yang satu-satunya masih dimilikinya tidak pecah. Dikucupkannya pinggan itu, pinggan yang banyak meninggalkan nostalgia kepadanya. Sementelah pinggan yang diwarisi daripada ibunya masih terpelihara sehingga kini. Pinggan yang menjadi simbol perkahwinan dengan arwah suaminya. Dan pinggan ini bakal berubah tuan kepada anaknya Haida Sulasti. Pinggannya masih bersinar, masih cantik, berkilat seperti sucinya mana kasihnya kepada suaminya. Pinggan ini pasti menjadi lambang sejati perkahwinan anaknya Haida.

Cerpen: Selendang sutera pembalut luka

1

Category : Karya Seni

Oleh HAFIZA TALIB

FIKIRANNYA dirasuk ingatan yang bukan-bukan. Hatinya berdegup rancak penuh kegelisahan menanti derma yang diperlukan. Namun bukan wang ringgit yang diimpikan tetapi sebuah organ yang dinamakan hati untuk menggantikan hatinya yang telah rosak dek penyakit yang boleh membahayakan nyawanya.

‘Manusia gajah’ dalam perut teksi

0

Category : Suka-suka, umum

Oleh Hishamuddin Rais

Aku pun berdiri di bibir jalan menunggu teksi. Sebuah teksi sampai, aku membuka pintu untuk masuk. Masuk ke dalam sebuah teksi samalah seperti memasuki sebuah dunia baru. Dua susuk yang tidak pernah berkenalan sepanjang hidup tiba-tiba akan berkongsi untuk sementara waktu dalam sebuah ruang sempit.
Seperti Stagecoach filem John Ford – manusia sering terperangkap dalam ruang dan waktu di mana mereka tidak memiliki pilihan – jika apa-apa berlaku.

[ Online : 1017 hari. ]