Guru disiplin promosi ubat seks

JOHOR BAHRU: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.

Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa.

Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.

Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan.

“Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah.

“Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu,” katanya di sini, semalam.

Continue reading “Guru disiplin promosi ubat seks”

Guru cuti dua Sabtu sebulan

Pengetua wajib beri rehat untuk kurangkan beban tugas pengajar

PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.

Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini semalam.

BERNAMA memetik Alimuddin berkata, pihak sekolah bagaimanapun boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang guru merancang aktiviti keluarga.

Selain itu, beliau berkata, jika Sabtu jatuh pada hari kelepasan am, sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas.

Continue reading “Guru cuti dua Sabtu sebulan”

Guru tampar murid kena tindakan

ALOR SETAR: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) akan menentukan tindakan terhadap seorang guru lelaki yang menampar anak muridnya berusia sembilan tahun sehingga tulang hidungnya retak dan berdarah, Selasa lalu, selepas menerima laporan dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Setar, hari ini.
“Saya kena tunggu laporan itu dulu. Saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan kerana belum melihat laporan siasatan,” katanya.

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham cikgu…”

Continue reading “KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.”

Makmal nilai pencapaian guru diwujud

HULU SELANGOR: Kementerian Pelajaran mewujudkan sebuah lagi makmal bagi menilai tahap pencapaian guru bertujuan memastikan proses kenaikan pangkat guru dapat dibuat dengan lebih telus. adil dan saksama sebagai usaha memartabatkan lagi profesion perguruan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia juga dibuat bagi memastikan tidak ada lagi guru yang sepatutnya mendapat kenaikan kerana cemerlang dalam perkhidmatan terlepas pandang hanya kerana mereka mengajar di pedalaman.
Ada sesetengah guru berasakan mereka seolah-olah tidak diberikan perhatian dan oleh sebab itu kita nak pastikan supaya ada satu sistem yang lebih telus diikuti dengan sistem pengurusan lebih cekap supaya rekod guru yang ada terkini dan kemas. Melaluinya kita dapat melihat semua profil guru yang ada disimpan dengan lengkap dan bila guru berkhidmat, prestasi guru dinilai dari semasa ke semasa dengan lebih rapi supaya kita boleh memberikan pengiktirafan kepada guru, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Bersama Guru Seluruh Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian, Datuk Noh Omar dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Continue reading “Makmal nilai pencapaian guru diwujud”

Seksa jadi cikgu

Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

Continue reading “Seksa jadi cikgu”

2 elaun tambahan guru pedalaman

Kategori baru RM750 dan RM1,250
Modul baru kurikulum sekolah luar bandar tahun depan

MIRI: Kementerian Pelajaran bercadang menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh. Beliau berkata, kategori baru di bawah Elaun Pedalaman itu akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250.
“Elaun baru ini dijangka dilaksanakan sedikit masa lagi dan ia tambahan kepada kategori sedia ada, iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian bengkel tiga hari mengenai sekolah kecil, di sini semalam.

Timbalan Menteri Pelajar Dr Mohd Puad Zarkashi merasmikan bengkel bertajuk ‘Strategi Pedagogi Bagi Meningkatkan Prestasi Sekolah-Sekolah Kecil’ yang disertai 36 peserta dari enam negara.

Amir berkata, pengenalan kategori elaun tambahan itu diharap dapat mengurangkan kadar pertukaran guru dari sekolah kawasan pedalaman.
Beliau berkata, insentif tambahan untuk guru itu juga dilihat sebagai satu strategi mencegah prestasi buruk sekolah di kawasan pedalaman.
“Modul baru akan diperkenalkan tahun depan sebagai sebahagian daripada kurikulum untuk pelajar sekolah pedalaman bagi meningkatkan kemampuan pembelajaran mereka,” katanya.

Continue reading “2 elaun tambahan guru pedalaman”

Cikgu makan nasi bungkus

Tidak ada lagi makan secara buffet dan ala carte kepada semua guru yang hadir berkursus atau mengikuti apa sahaja program anjuran jabatan dan Kementerian Pelajaran. Ini berikutan langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia berikutan krisis kegawatan ekonomi.

Maka mungkin ada komen dan ulasan, guru di Malaysia patut bersyukur kerana masih lagi diberi makanan ketika berkursus berbanding dengan guru di beberapa negara lain yang tak diberi makan langsung!

Bagi saya jika benar keadaan negara berada dalam gawat semua pihak tanpa mengira ideologi politik perlu menerima hakikat dasar penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia.

Tapi apa yang saya pelik dalam masa yang sama ketika guru-guru disuruh makan nasi bungkus, kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan pengurusan kewangan yang tak masuk akal.

Misalnya, gaji dan elaun polis meningkat berkali ganda ketika perkhidmatan kerajaan lain disuruh berjimat cermat dan perbelanjaan mengurus dipotong. Ada yang berkata, bersyukur dan tak usah berdengki itu dah rezeki polis.

Ini bukan soal dengki dan sebagainya. Saudara mara saya ada yang jadi pegawai kanan polis. Malah dengan pendapatan saya sekeluarga sekarang mencecah lima angka, apa yang diperolehi lebih dari cukup,Allahamdullillah.

Continue reading “Cikgu makan nasi bungkus”

Bekas guru besar disaman guru

ALOR SETAR – Pada Oktober tahun lalu, seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di Kuantan, Pahang menyaman pengetuanya dan menuntut ganti rugi sebanyak RM228,000 kerana mendakwa pengetuanya telah menjejaskan reputasinya.

Pada tahun ini, ketika sesi persekolahan baru bermula 20 hari, budaya menyaman membabitkan guru dilihat semakin menular dalam institusi pendidikan di negara ini.

Semalam di Mahkamah Tinggi di sini, sepasang guru memfailkan saman berjumlah RM1.5 juta terhadap dua bekas guru besar mereka yang telah bersara dan seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Kedah kerana mendakwa dianiaya sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah mental yang dahsyat.

Continue reading “Bekas guru besar disaman guru”

Minum racun lepas ditegur guru

 BATU GAJAH: Hanya kerana ditegur guru sekolahnya supaya belajar lebih rajin dan tekun, seorang pelajar berusia 12 tahun bertindak nekad minum cecair dipercayai racun serangga di rumah bapa saudaranya di Taman Pusing Baru, dekat sini, kelmarin.

S Uvaneswaran, 12, yang juga yatim piatu, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Batu Gajah kira-kira jam 6 petang, dipercayai selepas tiga jam meminum racun serangga itu.

Ketua Polis Batu Gajah, Asisten Superintendan Najib Mohammad, berkata berdasarkan maklumat bapa saudara pelajar terbabit, mangsa kelihatan murung dan resah sebaik pulang dari sekolahnya kira-kira jam 1.30 petang.

“Apabila ditanya, mangsa memberitahunya dia mempunyai masalah di sekolah.

Continue reading “Minum racun lepas ditegur guru”