Ibu pelajar tampar guru

0

Category : umum

KANGAR – Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu ‘naik angin’ dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.

Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.

Ustaz naik hantu??atau budak memang hantu??

24

Category : Apa dah jadi

Tajuk asal hmetro “Ustaz naik hantu”

PUTRAJAYA: Kesabaran seorang ustaz terhadap sikap anak muridnya yang dipendam sejak enam bulan lalu tiba ke kemuncaknya kelmarin, apabila pelajar tingkatan lima itu mendakwa ditumbuk beberapa kali oleh guru agama terbabit menyebabkan keningnya terkoyak dan berdarah.

Sebelum kejadian, pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Farouk mendakwa dipanggil ustaz berkenaan yang juga guru disiplin sekolah sebaik selesai perhimpunan pagi.

Bagaimanapun, ustaz itu didakwa hanya mendiamkan diri menyebabkan dia berjalan terus ke bilik darjah bersama rakan lain.

Cikgu Zalim ??: Pelajar bengkak pipi ditampar guru..

0

Category : umum

JASIN – Gara-gara dituduh ponteng sekolah, seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum mendakwa ditampar seorang guru lelaki sebanyak lima kali di pipi sehingga bengkak.

Pelajar terbabit, Imran Mahfuz, 15, berkata, selepas perhimpunan pada pagi Isnin lalu iaitu kira-kira pukul 9 pagi, dia mencari kawan-kawannya di padang kerana ketika itu waktu Pendidikan Jasmani (PJ).

Kerana Air Gau, guru dimarah depan umum

0

Category : Pahang, Politik

Oleh Basiron Abdul Wahab

Perhimpunan Agong Umno 24-28 March lalu manyaksikan perubahan besar dalam barisan kepimpinan Umno, juga berakhirnya era Abdullah Ahmad Badawi Al Hadhari.

Turut tersungkur dalam pertandingan itu ialah Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob. Adnan adalah di antara empat menteri besar yang tewas dalam perebutan jawatan Majlis Tertinggi (Mkt).

Kekalahanya mungkin memberi kesan kepada survival politik beliau sebagai Pengerusi Perhubungan dan kedudukannya sebagai menteri besar juga. Ini disebabkan kepimpinan tertinggi Umno kini beralih kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak sedangkan Adnan sering dikaitkan sebagai ‘orang Pak Lah’.

[ Online : 913 hari. ]